Jumaat, 17 April 2020

KATA ALI BIN ABI TALIB....

"Bergerak merupakan perjuangan yang besar dalam memperoleh nasib baik."

"Janganlah sekali-kali engkau bergantung pada takdir kerana hal itu merupakan komuniti orang yang dungu dan bodoh tentang dunia serta akhirat."

"Berbuatlah kebaikan dan janganlah kalian meremehkannya sedikit pun. Sebab, yang kecilnya adalah besar dan sedikitnya adalah banyak. Dan janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengatakan, "Sesungguhnya orang lain lebih utama dalam hal melakukan kebaikan ini daripada saya." Maka, demi Allah, perkataannya akan menjadi kenyataan. Sesungguhnya bagi kebaikan dan keburukan ada pemiliknya. Maka, bagaimanapun kamu meninggalkan di antara keduanya, ada orang lain akan mengajarnya."

Covid-19 @ 17/4/2020

Khamis, 16 April 2020

MAKNANYA DI TAHUN 2020....


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... 

WAWASAN 2020- Sebuah Wawasan kerajaan ketika merangka Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991 bagi meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju pada tahun 2020

INTERIM- waktu perantaraan / seementara waktu

CROWN IMMUNITY- Kekebalan Diraja

STIPULUS- Rangsangan / Dorongan

KLUSTER- Rangkaian /Kelompok / Gugusan

FRONTLINER- Pihak di Barisan Hadapan

SANITIZER- Bahan membunuh mikroorganisma

DISINFEKSI- Basmi kuman

MASK- Topeng muka

PANDERMIK- Wabak yang menyerang manusia dalam skop lebih besar, tidak terhad kepada komuniti

EPIDEMIK - Wabak yang menyerang sekumpulan manusia atau komuniti

ENDEMIK - Wabak yang sentiasa wujud disesuatu kawasan / daerah

WUHAN- Bandar besar di China Tengah (Tiga daerah ; Wuchang, Hankou, dan Hanyang)

TABLIGH- Gerakan yang bertujuan mengajak manusia kembali ke ajaran Islam yang menyeluruh

CORONA- mahkota

CORONA VIRUS - Sekumpulan virus menjangkiti manusia dengan simptom saluran pernafasan

COVID019- Co: Corona, VI: Virus, D: Disease, -19: tahun 2019

MORATORIUM - Penangguhan rasmi

KUARANTIN- Suatu pendekatan perubatan sekelompok manusia, haiwan, barangan ataupun tumbuhan diasingkn untuk tempoh tertentu mencegah dan menghadkan penularan penyakit

PKP / MCO - Perintah Kawalan pegerakan / Movement Control Order


Semoga kita semua dalam redho Illahi dari semasa ke semasa... Amin...

Covid-19 @ 16 April 2020

Ahad, 12 April 2020

MENCARI PENAWAR HATI?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... Pada suatu ketika. Seorang pesakit datang kepada seorang yang arif, Sofyan r.a. pesakit itu bertanya kepadanya, “Ya Sofyan, aku ini menderita penyakit jauh dari Allah Ta’ala. Tolong beri aku ubat penyembuhnya, ya Sofyan..” Sofyan r.a, ulama yang arif itu lalu berkata kepadanya, Ya saudaraku, hendaklah kau mengambil beberapa tangkai keikhlasan, daun-daun kesabaran, dan perahan kerendahan hati.Letakkan semuanya dalam wadah ketaqwaan, lalu tuangkan ke dalam cairan rasa takut, kemudian direbus bersama kewaspadaan dan kemudian ambil ramuan itu dengan tangan kejujuran, lalu minumlah dari gelas istighfar yang telah dicampur dengan air kesolehan. Sesudah itu jauhkanlah dirimu dari rakus dan tamak, insyaAllah dengan izin Allah Ta’ala, engkau akan sembuh dari penyakitmu itu.” Sayyidina Ibrahim Al Khawash r.a berkata, “Penawar hati itu ada lima, yakni membaca Al-Qur’an dan merenunginya, mengosongkan perut (shaum), bangun (solat) malam, memohon pada waktu sahur, dan bergaul dengan para solehin”. Nota: Sumber: Fatimah Haji Omar (penyusun) : Kisah-Kisah Benar: Penglipur Lara terbitan Al-Hidayah Publishers Covid-19 13 April 2020

JEMPUTAN RISIKAN KHABAR ILLAHI....


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Aku pasti dirisik nanti.. Pertunangan sejak azali lagi..
Di hujung hidupku nanti.. Akan berlangsungnya perkahwinanku dengan maut...

Hantarannya..mungkin jatuh sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis dan sayu dan mungkin gembira..

Sebagai Pengantin, jasadku dimandikan..
Dipakaikan baju cantik nan putih.. 

Wangian gaharu dan cendana dan mungkin mawar dan barus..
Keranda jadi pelaminan diarak langkah demi langkah..

Pengantinan diriku bersanding sendirian kali ini..
Di arak keliling kampung atau bandar..

Insyallah, pakej berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahku dengan bacaan talkin tegas..

Berwalikan liang lahat yang adil dan setia..
Saksi majlisku pula adalah nisan-nisan..

Siraman air mawar sekali lagi..
Keluarga terdekatku menepung tawar..

Kini, tiba masa aku sebagai pengantin dinanti..
Menunggu sendirian, tanpa sesiapa lagi..

Malam pertamaku bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan Dia menuntut janji..
Adakah, Sucikah aku tatkala berpadu..
Pernahkah taubatku sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...

Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkan aku ke syurga..

Atau melemparkan diriku ke neraka Renung-renungkanlah bersama.....
Moga, tanah tumpah kelahiranku adalah persinggahan akhirku nanti..

Amin...

Covid-19 @ 12 April 2020

MENYANTUNI....

" Kehidupan penuh bermakna jika berkongsi rasa bahagia bersama setiap makhluk " ~ ilhamkuabadi

" Life is full of meaning when sharing happiness with everyLife is full of meaning when sharing happiness with every creature " ~ ilhamkuabadi

"الحياة مليئة بالمعنى عند مشاركة السعادة مع كل
مخلوق" ~ ilhamkuabadi

与每个生物分享幸福时,生命充满意义” ~ ilhamkuabadi

"हर प्राणी के साथ खुशियाँ बाँटने पर जीवन सार्थक हो जाता है" ~ ilhamkuabadi

Covid-19@11 April 2020

LIHAT GUNA MATA AKAL?

Assalamualaikum wbt dalam sejahtera...

Setiap insan diciptakan Yang Maha Esa secara sempurna dengan pelbagai deria asas.

Namun, rahmat akal adalah bezanya insan dan makhluk lain.

Adakah kita menggunakan akal dalam kehidupan? Bagaimana menggunakan akal untuk analisa sesuatu perkara dan tindakan?

Hal ini dapat dirungkai, melalui:

1. Memerhati,
2. Mengelas,
3. Mengukur dan menggunakan nombor,
4. Meramal,
5. Membuat inferens,
6. Berkomunikasi.

Maka dengan itu, janganlah bersombong bodoh, dengan menidakkan pandangan orang lain dengan penilaian selari pada satu sudut, sedangkan tiap insan berakal mampu menilai dari kaca mata akal yang dibuktikan dengan fakta di atas.

Segala ilham akal, datangnya dari ehsan dan rahmat Allah kepada mereka yang berkehendak dan dikehendaki.

Walhualam...

Covid-19 @ 12 April 2020

Rabu, 8 April 2020

HERO ORGANISASI SEJATI???

Bismillahirahmanirahim....

Secara fantasi dan realitinya...

Jika kita pergi ke negara Jepun, kita tentu mencari2 di mana dia sang ultraman,

Dan pula,  jika kita berada di Eropah, pasti kita ingin berjumpa dengan The Avengers...

Namun, ini semua khayalan dan permainan di kotak televisyen ciptaan pendrama...

Benar atau tidak apa yang saya nyatakan ini?

Jika benar, apalah salahnya kita bersama mengia-iakan...

Sebelum saya mulakan bicara saya kali ini, izinkan saya merakamkan salam takziah ke atas pemergian 6 orang pewira negara yang telah syahid dalam operasi menyelamat di air dan semasa rusuhan yang berlaku tahun lalu..sesungguhnya ia menjadi pembakar semangat untuk tiap pegawai bomba dalam melaksanakan amanah sebagai tonggak penyelamatan negara...Alfateha

Dalam rangka cerita saya akan cerakinkan tajuk ini kepada 3 fasa utama iaitu fasa pendahuluan, fakta dan analisa dan solusi penyelesaian...

Merujuk kepada kamus Dewan Edisi Keempat, inovasi merupakan proses mengubahsuai sesuatu produk atau kaedah yang dilakukan untuk meningkatkan prestasi,

Manakala Kamus Pelajar Edisi kedua,  menyatakan pemacu ialah penggalak bagi memesatkan sesuatu proses

Dan, permodenan atau civilization adalah kemajuan masa kini,  dan perlu ada kelompok manusia yang merujuk kepada Jabatan atau organisasi

Tuan2, Puan2...

Kalau kita lihat pada masa dahulu, negara German telah berperang demi teknologi, Negara Mesir kuno dengan binaan berteknologi, dan ianya semua membuktikan pencapaian demi penghasilan produk dan inovasi yang mengagumkan...

Termasuk juga, di negara kita ini, kita bersyukur dengan adanya pemimpin-pemimpin masa hadapan yang melangkaui zaman yang mengamalkan budaya inovasi dari semasa ke semasa...

Ini jelas membuktikan bahawa pentingnya penghasilan inovasi...

Justeru itu,  setiap organisasi perlu seiring dengan revolusi industri yang sangat pesat dengan mengamalkan konsep 3E oleh pengurusan tertinggi jabatan.. E pertama ialah Education, Engineering dan Enforcement.

Pembudayaan dalam organisasi telah dibentuk dengan pelbagai aktiviti yang disusun melalui unit Latihan dan kompetensi dalam membentuk budaya kerja yang kreatif dan berinovatif. Hasilnya pelbagai pencapaian pasti  dicapai dalam peringkat negeri, kebangsaan dan luar negara.

Wahai anda sekalian,

Adakah kita lupa atau tidak perasan, dengan pembelian aset yang terkini dan berteknologi seperti jentera, teknologi komouter yang telah membuktikan komitmen menjadi pasukan serba canggih dari semasa ke semasa. Sudah pasti tiap kecanggihan ini hanya mampu dilaksanakan oleh warga organisasi yang hebat.

Dan tidak lengkap dengan itu, pasti ada perundangan, SOP, arahan dan pekeliling yang diwujudkan juga dapat diinovasikan dengan pindaan terkini pada tahun ke tahun bagi penguatkuasaan pelaksanaan sistem tugas yang lebih berkesan sejajar dengan masa kini.

Sekalian yang saya sayangi...

Masuk perenggan kesimpulan... Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang..

Tiap perkara dalam dunia ini memerlukan usaha berterusan dalam mencapai objektifnya. Maka dengan itulah juga peranan penting dari setiap warga kerja jabatan inilah yang akan menjadi titik tolak kepada asas budaya inovasi. Akhirya dengan budaya kerja berinovasi akan memacu permodenan jabatan sejak dulu, kini dan selamanya.

Yang membezakan kemajuan dalam sesebuah jabatan, adalah mentaliti dan sikap sesama insan secara rohani...Betapa hebatnya teknologi dan prasarana jabatan kelas pertama, pasti gagal jika ada kakitangan minda kelas ketiga yang menjadi setitik nila yang mencemar susu sebelanga...

Walhualam..

Ahad, 29 Mac 2020

BERSIFAT TIDAK TERHAD...

Assalamuaikum wbt dan salam sejahtera...

Hasil telaah dan perkongsian bersama, sebuah doa hasil seorang Hamba Allah...

Bismillahirohmanirahim....

"Segala puji Engkau, duhai Tuhan Semesta Alam. Aku banyak berdoa kepada Mu dan aku tidak memiliki alasan untuk berdalih dari dosa-dosaku. Apapun yang aku derita saat ini semata-mata kerana kecintaan Mu kepadaku yang berusaha menyedarkan diriku daripada kesalahan-kesalahanku. Tuhanku, aku adalah milikMu, lakukanlah apa sahaja seperti yang Engkau kehendaki. Aku lebih suka saat ini kerana penyakitku, masalahku telah mengingatkan aku kepada Mu. Maafkan aku, maafkan aku duhai Tuhanku. Engkau adalah Tuhan Yang Maha Baik, dan aku percaya kepadaMu dengan segenap hatiku. Engkau takkan pernah ku tukar dengan apapun dari nikmat dunia ini. Selamatkan aku dari dunia dan akhirat"

Amin Ya Rabb...

Pindaan sedikit dari hamba ke hamba...

Walhualam...

Covid 26/3/2020

Rabu, 25 Mac 2020

KEBIJAKSANASINI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Perkongsian:

GAYA KEPIMPINAN DALAN ORGANISASI MERUJUK PEMIKIR BARAT:

Daniel Goleman, Richard Boyatzis dan annie Mckee (2002) menerangkan enam gaya kepimpinan yang berkesan untuk keatas organisasi seperti yang dinyatakan di bawah;

1. Pemimpin Yang Berwawasan (The Visionary Leader)
Ia menggerakkan pekerja kepada satu visi bersama, memberitahu mereka kemana hendak dituju, lalu memotivasikan mereka untuk terus berjuang. Mereka berkongsi maklumat dan kuasa pengetahuan dengan orang lain. Bagaimanapun, mereka ini kurang berjaya memotivasikan mereka yang lebih pakar dan berpengetahuan.

2. Pemimpin Yang Memberi Latihan (The Coaching Leader)
Latihan yang diberikan kepada pekerja akan dilakukan sehingga diluar waktu dan tempat kerja. Tujuannya ialah untuk memastikan matlamat organisasi difahami dan dihayati pekerja. Tugasan yang mencabar adalah diantara perkara yang diberikan kepada pekerja.

3. Pemimpin Bersekutu (The Affiliative Leader)
Pemimpin yang berupaya membina perhubungan manusia untuk mewujudkan keharmonian dalam organisasi. Keperluan emosi diberi keutamaan dari keperluan kerja. Usaha dan tindakan pemimpin ini didapati berkesan untuk mengurangkan tekanan kepada pekerja dalam organisasi.

4. Pemimpin Demokratik (The Democratic Leader)
Pemimpin yang memberi penilaian input dan komitment pekerja melalui penglibatan pekerja dalam organisasi. Pemimpin yang bersedia mendengar semua berita daripada para pekerja, samaada berita itu buruk atau baik kepada organisasi. Pemimpin begini banyak mendapat input dari pekerja kerana sikap prihatinnya.

5. Pemimpin Penentu Rentak (The Pace-setting Leader)
Pemimpin yang suka membina cabaran dan matlamat yang mencabar kepada pekerja, serta mengharapkan kecemerlangan dari mereka. Ia mengenalpasti pekerja yang lemah dan meminta lebih komitment daripada mereka.

6. Pemimpin Yang memerintah (The Commanding Leader)
Pemimpin yang mampu memberikan arahan yang jelas dengan menggunakan kuasa yang ada dan mengharapkan kepatuhan yang tidak berbelah bagi daripada pekerja. Ia memerlukan kebolehan mengawal emosi diri untuk berjaya dan akan kelihatan tegas dan bengis. Pendekatan ini adalah baik semasa krisis, dimana tindakan segera diperlukan dan semasa pekerja tidak memberi tindakbalas terhadap kaedah lain.

Kepimpinan dalam ISLAM merujuk kepada Kepimpinan Rasululluah SAW...

Covid 25/3/2020

AGENDA SETTING?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Kali ini, dunia dilandai satu wabak Covid-19 (Corona Virus Disease 2019) yang sangat luarbiasa cara merebaknya, bermula di Negara China, Asia, dan Eropah terkesan olehnya. Kematian saban hari, positif meningkat, negatif fan sembuh juga seperti bursa saham dinanti oleh seluruh umat.

Kecanggihan teknologi, kepakaran kedoktoran, kebijaksanaan ekonomi, politik rancak memainkan peranan bagi mengatasi ujian ini. Kebuntuan ini masih tiada jawapan kesembuhan. Namun, sedikit sebanyak rangsangan ekonomi dijana serta-merta bagi manusia terjejas, dan hubungan diplomatik di antara negara sejagat giat dilaksana.

Hari demi hari, langkah kawalan diperketat bagi menghalang rantaian jangkitan virus biologi ini. #stay@home didendangkan tiap masa ditiap corong komunikasi dan media. Golongan bangsawan hinggalah marhaen saling ingat-mengingati.

Jiwa manusia merdeka, mula rasa terkongkong. Yang dijangkiti, mula memenuhi sudut rawatan di hospital. Yang digelar barisan hadapan, terus digembleng tenaga demi memastikan perang ke atas virus ini dapat dihalang. Kajian demi kajian dilancarkan seantero dunia mencari penawar. Manusia mulai panik dan bimbang, keluar mencari sumber bekalan makanan, berebut dan pelbagai ragam diterjemah. Kawalan perniagaan membatasi aktiviti harian, hanya yang berkepentingan sahaja layak melalui sekatan jalanraya.

Fasa ekonomi mula terasa, dengan pelbagai sektor terkesan. Golongan sesuap nasi sehari, gelandangan terus dibantu dengan pelbagai inisiatif. Sikap perihatin mula terserlah dikalangan rakan dan kerajaan. Kesukaran ini menyembunyikan perkara yang tidak berfaedah yang dibincangkan sebelum wabak. Teknologi bermain dijari sebagai penghubung jarak sosial. Fardhu ain, kifayah juga terkesan. Kuasa membeli menjadi tinggi, namun bekalan terhad akibat sikap manusia yang tidak memikir orang di belakang.

Maka dengan itu, mula lah keseimbangan emosi mula teruji. Bermula di rumah, masyarakat dan alam maya. Netizen bersembang dan berbicara pelbagai teori dan topik menarik sebagai penghibur hati. Golongan yang ingin menang orang pertama berkongsi fakta dan auta berleluasa. Usah sampai menyebarkan gusar dan andaian semata, kerana kesannya amat teruk.

Teori konspirasi di seluruh dunia dibincangkan. Benar atau tidak, itu hanyala agenda yang memang tidak mustahil dan mungkin juga sekadar penmbah resipi bercerita. Namun, berbaliklah kepada agama, yakinlah kepada ketentuan qada', berimanlah kepada QunFayaqun...kerana ini lah hikmah apa yang berlaku, Allah inginkan kita mencari 1001 hal untuk kesiapsiagaan menuju akhir zaman. Perangi virus ini, namun yakinlah Allah sedang memerhati kita, mengingatkan kita, menguji kita. Begitula kita, hanya fikirkan Allah disaat apa jua situasi, kerana disitu ada ketenangan abadi.

Insyallah.

Covid 24/3/2020

Isnin, 23 Mac 2020

APA ITU KOMUNIKASI?

Assalamualaikum wbt n salam sejahtera....

Merujuk, wikipedia:

Komunikasi
(Tulisan Jawi: كومونيكاسي)
- boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumatperasaanidea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:

perbuatan menghantar matklumat; dan proses untuk bertukar-tukar maksud;

supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geribahasa isyaratsentuhanhubungan mata, dan penulisan

Nah!

Begitulah kepentingan berkomunikasi waima dengan pelbagai cara...Sekiranya gagal berkomunikasi dengan baik, terang dan nyata, berkemungkinan 1% itu juga yang akan menghalang kejayaan atau pencapaian.

Berorganisasi, berpolitik, beribadah, selagi bernyawa komunikasi perlu dijalankan dengan penuh etika.

Etika yang bagaimana?

Tiap manusia berbeza latarbelakang, yang memerlukan penyampai data itu perlu menilai kaedah dan kesesuaian untuk memindahkan maklumat yang dikehendaki.

1. Kenalpasti siapa yang akan menjadi penerima?
2. Adakah sesuai maklumat itu disampaikan secara terbuka atau secara tersirat?
3. Adakah maklumat yang disampaikan itu bersifat biasa-biasa atau penting?
4. Bagaimana untuk bersoal-jawab dan jangkaan timbal balik setelah maklumat disampai?
5. Bayangkan kita adalah penerima itu, melalui softskill peribadi yangb simpati.

"Kegagalan komunikasi adalah kegagalan kejayaan"

Wallahualam

Covid - 23/3/2020

Ahad, 22 Mac 2020

KOMUNIKASI FIKIRAN VS HATI???

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Kekuatan jiwa dalam menghadapi sesuatu ujan adalah satu keperluan. Setiap manusia mempunyai dimensi dan sudut pandangan yang berbeza dalam menilai situasi.

Ya!

Semua tiada yang salah atau benar kerana perbezaan pandangan itu. Bukan itu yang sepatutnya difikirkan, dilecehkan.

Kerana Apa?

Kerana, tiap yang berlaku ada hikmahnya dan carilah kekuatan dari kelemahan dan ujian yang berlaku.

Dari mana?

Semua yang berlaku datang dari Maha Pencipta...Penyelesaian hanya dari Nya...Keredhaan dari Nya, kekuatanNya, IzinNya...Tawakal dan Usaha la demi mencapai tahap komunikasi minda dan kalbu ciptaanNya..

Walhualam

Covid 24/3/2020

Sabtu, 21 Mac 2020

KATA MASLOW?

Assalamualaikum wbt n salam sejahtera...

Cikgu Maslow katakan, keperluan dalam kehidupan:

1. Keperluan fisiologi - jasmaniah, makanan, air, udara, tidur, seks dan kepuasan, pekerjaan, perubatan dan lain-lain keperluan asas,

2. Keperluan keselamatan - kehendak hidup dalam keadaan aman tenteram, stabil, bebas daripada bimbang dan takut,

3. Keperluan sosial - keperluan kepada manusia-manusia lain untuk menjadi pasangan, sahabat dan kenalan, serta berkahwin, mempunyai anak dan mendorong manusia jatuh cinta dan dicintai oleh manusia lain,

4. Keperluan estim - ingin berasa dihargai, diperlukan, dimuliakan dan dihormati oleh manusia-manusia lain, keperluan dalaman dan keperluan luaran,

5. Keperluan 'self-actualization' - ingin menjadi manusia seperti yang diidam-idamkan / realisasi-diri / berusaha memperbaiki diri sendiri

Walaubagaimanapun, kata cikgu ini....Islam lagi awal menyatakannya dalam Al-Quran...beriman la pada Al-Quran dan Maha PenciptaNya...

Sekian

Covid 20/3/2020

Jumaat, 20 Mac 2020

CIRI BAHASA ORANG BERJAYA???

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Ciri bahasa orang yang berjaya dan mempunyai estim tinggi ialah mereka itu bercakap dengan gaya yang lancar, dan nahu mereka betul.

Bahasa yang patah-patah dan bercampur aduk dengan bahasa asing menimbulkan gambaran seseorang itu tidak yakin dengan apa yang diucapkan.

Covid-19/2/2020

Ahad, 23 Februari 2020

Apa itu Politik?

Aristotle, "political science is a master of science to those who gain knowledge and understanding to those who control the state" 

Rabu, 25 Disember 2019

University Of Life....

Assalamualaikum wbt...

Akhirnya, kesyukuran dipanjatkan kepada Allah di atas nikmat kurnia yang tidak ternilai harganya....

Akhirnya, tercapai satu tahap yang pasti membuahkan hasil,
Dengan segulung ijazah kehidupan,
Hasil modul kehidupan yang dilalui sepanjang kehidupan....

Tiada yang lain, melainkan kesyukuran dalam jiwa yang besar...
Insyallah, pasti tahap-tahap lain akan ditempuhi dengan jayanya...

Wasalam

Ahad, 1 Disember 2019

Giliran Masa....

Assalamualaikum Wbt...

Sedetik langkah menapak masa,
Setiap masa denyutan jiwa,
Sejenak berhenti menghirup raga,
Setulus hati menggapai cita...

Tahun berganti tahun,
Bulan berganti bulan,
Hari berganti hari,
Saat berdetik ganti....

Selagi nyawa badan dikandung,
Selagi masa diberi upaya,
Selagi itu langit dijunjung,
Selagi itu harapan dicubagaya...

Apa dirisau langit berguruh,
Sedangkan hujan belum turun,
Apa dirisau tempikan naga,
Sedangkan ada Yang Maha perlu digerun..

Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal....

Insyallah berjaya....

Sabtu, 26 Oktober 2019

Sampai Matahari Tiada Terbit.

Asslamualaikum wbt...

"Belum pasti yang kita hendak itu baik, dan yang kita ada itu tidak baik"

"Yang kita hendak perlu dibuat analisa, yang kita ada dibuat penambahbaikan"

Begitulah kata2 seorang yang hebat bagi malayari kehidupan dipentas dunia. Sedangkan apa di dunia ini adalah pinjaman sementara dalam kembara seorang insan. Padahal kehidupan hakiki masih belum tiba dan akan tiba masanya nanti.

Apa yang dikumpul dan dibawa akan dihitung satu persatu. Saksi masa itu tidak dapat disangkal. Nawaitu selama ini akan diterjemah dalam paparan ketelusan. Timbangan mula diukur bagi penilaian samada ke kanan atau ke kiri. Adakah bekalan yang dibawa itu mencukupi?

Sementara masih ada tugasan di dunia ini, buatlah yang terbaik. Tiap langkah diiringi perjanjian niat yang baik. Kerana itulah yang telah dijanjikan.

Allahukabar.

Waslam...

~Nukilan@Bukit Piatu

Ahad, 22 September 2019

Sepakat Membawa Berkat...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini, bersyukur kita semua masih berpijak di bumi yang nyata,
Masih bernyawa dan masih mampu melaksanakan tanggungjawab dan amanah,

Sesukar mana kehidupan, pengharapan doa menjadi awalan, dan ketentuan menjadi redho.

Mudah untuk kita sentiasa sepakat dengan ilmu yang ada, kemampuan yang ada dalam berhubung antara satu sama lain tanpa mengira kasta dan keturunan.

Untuk hidup, penilaian akal semata tidak sebenarnya tepat,
Analisa dan kemampuan berfikir secara dalil itu mampu dihuraikan.

Bersyukur dan sepakat tiap saat...

Wallahualam.

Jumaat, 30 Ogos 2019

Merdeka dalam 1001 pengertian di ambang Muharam....

Assalamualaikum wbt....

Salam di ambang Muharam 1441H...
Salam kemerdekaan Malaysia ke-62...

Bersyukur kita masih mempunyai masa dalam kehidupan hari ini,
Sejauh pengalaman dan nafas yang dilalui,
Pasti ada suka duka yang dilalui...
Sesungguhnya nikmat peluang itu amat bererti.

Kematangan dalam tindakan itu adalah ukuran untuk dinilai membuat keputusan,
Sekadar suka-suka atau mempunyai maksud yang tersirat...
Perancangan dan tindakan itu perlu selari, agar bervisi, bererti dan bermotivasi.

Analogi mudah, jika seorang petani itu masuk ke kebun untuk bercucuk tanam, adakah mata kail yang perlu dibawa dan diasah?

Manakala, jika seorang nelayan turun ke lautan, adakah cangkul perlu dipikul untuk menyauk ikan?

Begitulah perumpamaan, keperluan dalam tindakan itu harus bersesuaian untuk mencapai kejayaan...

Setiap insan ada kelebihan dan kekurangan...cari kelebihan insan itu, bukan cari kekurangan sebagai perbandingan...gabungkan insan dalam satu pasukan yang lengkap...dan bukan mengambil keputusan, memberi rasa agar insan lain perlu buat apa kita hendak buat...

Sedangkan, Allah mencipta kepelbagaian sebagai rahmat kehidupan. Teruskan kecemerlangan merancang dan membuat tindakan...

Awal muharam adalah detik bagi tiap insan mencuba menjadi yang lebih baik dan diredhai Allah...Kemerdekaan itu bukan alasan kebebasan segalanya, tapi kemerdekaan itu lambang jiwa yang merdeka di bawah tawaduk sebagai insan yang bergelar khalifah di muka bumi.

Doakan agar kita semua sentiasa dibawah lindungi Allah SWT.

Amin....

Ahad, 11 Ogos 2019

Pengorbanan sehingga terkorban...

Salam Aidiladha 1440H...

Setiap insan pasti berkorban,
Tidak kira masa, wang, jiwa, dan kasih sayang,
Sedar atau tidak, pengorbanan itulah
Ujian dari Allah..

Hadap sahajalah apa yang dihadapan,
Abaikan kisah lalu,
Ambilah kenangan terindah,
Bekalkan demi masa depan.

Wallahualam

Khamis, 1 Ogos 2019

Usaha itu Komitmen...

Assalamualaikum wbt...

"Aku matahari yang tidak mampu memberi kehangatan,
Aku pelangi yang tidam mampu memberi warna,
Aku rembulan yang tidak mampu memberi cahaya,
Aku bintang yang tenggelam dalam kegelapan malam..."

Setiap usaha dan komitmen tidak mampu dipaksa manusia lain, kerana ia hadir dari dalam hati yang sentiasa mengharapkan ihsan Allah...sentiasa berfikiran positif agar akal dan niat selari dengan kehendak diri dan makbul Allah Swt...

Wasalam

Ahad, 5 Mei 2019

Kejayaan itu...

"Tiada kepercayaan yang tidak mungkin digoncang, tiada dogma yang disanjung tinggi tidak boleh dipersoalkan, tiada tradisi yang telah diterima tidak boleh diancam kemusnahan"

Jumaat, 12 April 2019

Selasa, 2 April 2019

Manusia Sebagai Elektron

Asslamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Tika manusia itu menghuni di muka bumi,
Tugasan sebagai khalifah yang beramal,
Tetap bergerak selagi bernyawa,
Terus membekal tenaga di muka bumi...

Begitulah perumpamaan kitaran gas:
Nitrogen
Oksigen
Hidrogen
Karbon
Yang merosakan muka bumi adalah manusia sebagai elektron di muka bumi...

Sabtu, 16 Mac 2019

PEMIKIRAN LONCOS

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saban hari apabila menyusuri kehidupan ini, dapat dilihat bagaimana ragamnya manusia dan tindakannya....

Sekiranya, tindakan itu dilaksana demi kepentingan peribadi maka tidaklah ia memberi kesan kepada orang sekeliling sepatutnya. Namun, jika kesannya terkena kepada insan lain, jelas ketidakadilan berlaku.

Sesungguhnya, setiap perkara yang berlaku, perlu dinilai secara holistik berdasarkan fakta dan hujah yang kukuh. Bukannya berdasarkan akal logik semata. Adapun hujah, itu bukan satu ketetapan hakiki, kerana tiadanya penganalisaan yang lemah dan rapuh.

Sudut pandangan kepada penyelesaian boleh berada 360 darjah, namun perlu berpaksikan kepada akar pokoknya, bukan hanya buah-buah yang dihasilkan. Bagaimana kan sebatang pokok dapat menghasilkan buah yang ranum, jika akarnya tidak berjaya mencari makanan.

Setiap daripada kita bergelar insan, dan bukan manusia semata perlu dibezakan. Kerana manusia mampu bertindak mengikut amarah dan serakah. Sedangkan insan itu mempunyai gaya pemikiran yang loncos bagi tiap tindakan.

Walhualam

Sabtu, 23 Februari 2019

TRIVIA....

"We failed to be success, because we failed to planning how to be success"

KEUPAYAAN

Asslamualaikum dan salam sejahtera....

Kali ini, apabila direnung tingkah laku manusia sebagai iktibar diri, dapat dilihat manusia mudah untuk membuat perbandingan berbanding kesakmaan.

Kerana apa, kita perlu mengesahkan keupayaan orang lain, sedangkan kita lebih berupaya dengan lorongan kita sendiri?

Perasaan itu perlu diluah, tapi bagaimana luahan itu diolah agar lebih mencapai objektifnya.

Bukan mudah bagi kita membuat penilaian ke atas rezeki, jodoh, maut...sebab usaha atas kita, Maha Kehendak lebih segalanya

Susunatur perasaan itu terletak pada diri kita, bukan orang lain...walhualam

Rabu, 6 Februari 2019

How do u feel as a gelandangan???

Asslamualaikum n Gong xi fa Cai...

Hopefully we always in Allah Bless any second of breath...

As a human,

Sometime we can feel as a boss,

Sometime we can feel as a labour,

Sometime we can feel as stupid,

Sometime we can ferl as a smarties,

What ever we feel, we just only the gelandangan in the alami..we can choose what do u want, but the best choice will choosen with Allah help...

Walhualam

Ahad, 3 Februari 2019

Kebahagiaan Di Sini Untuk Di Sana

Asslamualaikum dan salam sejahtera...

Sesunggguhnya kita di sini mampu lebih berbahagia apabila membahagiakan orang lain...

Insyallah, nawaitu itu hanya milik Allah...

Ahad, 4 November 2018

Kesempurnaan.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Isunya,setiap kehidupan mereka inginkan kesempurnaan...

Tak kira apa cara sekalipun, mereka bertindak atas peraturan orang atau ciptaan mereka demi mencapai kesempurnaan...

Penggunaan setiap cara dicuba sehingga berjaya...

Akhirnya, mereka gagal jua mencapai kesempurnaan, kerana mereka diciptakan untuk menyempurnakan kehidupan bukan ingin menjadi yang sempurna...

Wallahualam

Sabtu, 20 Oktober 2018

Hari ini untuk esok yang belum pasti...

Assalamualikum dan salam sejahtera...

Hari ini,
Telah berlalu dengan jayanya,
Telah berlalu dengan kegagalan,
Telah berlalu dengan seadanya.  

Esok hari,
Belum tahu berjayanya,
Belum tahu kegagalannya,
Belum tahu adakah seadanya...

Hari ini dilalui untu esok,
Esok yang belum pasti,
Namun esok masih sempat dirancang,
Kerna yang pasti Allah yang menentukan...

Ibadah kehidupanku hanya kerna Allah...
Kerna Allah Maha Mengetahui berbanding kalian...

Wasalam

Ahad, 30 September 2018

Kereta dan Manusia....

Assalamualikum dan salam sejahtera...

Jika kereta rosak,
Kita akan bawa ke bengkel kereta,
Jika dibaiki baik, maka jadilah baik
Namun, jika tidak baik, rosaknya berbalik

Kesimpulannya,  bawalah ia ke tempat asal usul ciptaannya... Segalanya dirancang dan ditentukan oleh penciptanya...

Jika manusia itu bermasalah,
Manusia jadi stress dan gelisah,
Buat itu, buat ini semuanya susah,
Dibawa masalah ke tempat yang salah,
Gelisahnya hilang sementara,berbalik gelisah,
Maka carilah Allah Maha Yang Maha Permudah.

Kesimpulannya,  maka tiap masalah manusia pasti akan mudah jika kita berbalik kepada Allah.. Berfikiran waras, terlupa segera ingat, bila dah dekat teruskan niat ibadat pada tiap urusan, selagi hidup sentiasa fikirkan Allah.

Sabtu, 15 September 2018

Salam Maal Hijrah

Jangan jadikan dunia ini kerisauan terbesar kita , sedang setiap sesuatu hanyalah bersifat sementara. Letakkan akhirat dalam hati kita dan letakkan dunia di tangan kita agar mudah kita membahagikannya . jangan membeli Syurga dengan harga yang murah dan jangan gadaikan akhirat demi memiliki kesenangan dunia. Dunia ialah nikmat tetapi dunia itu menjadi kosong bila kita membuka mata sahaja dunia lah yang kita kejarkan.

pandang Allah dalam setiap sudut . besarkan Allah dalam hati kita, nescaya dunia ini menjadi kecil dan ia bukan lagi kerisauan kita.

Moga tahun baru ini lebih bermakna dibawah perhatian Allah tiap saat..

Amin

Ahad, 26 Ogos 2018

SUATU PENGORBANAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pengorbanan adalah satu tindakan yang membezakan keikhlasan dalam bertindak dalam sesuatu perkara atau hanya menurut perintah...

Walhualam

Salam Aidiladha

Rabu, 22 Ogos 2018

Kehidupan Menuju Kematian...

Assalamualaikum wbt...

Kehidupan semalam mengajar erti kebenaran hari ini...

Sejarah semalam menjadi kenyataan pada hari ini....

Jangkauan hari ini ada lipatan momen indah untuk esok....

Sukar dijangka tiap perancangan adalah ketentuan yang tetap...

Kejayaan dalam kehidupan bukan noktah abadi...

Kerana yang hidup telah dijanjikan mati....

Kehidupan perlu pengisian semaksima...

Agar kematian dan kehidupan akhirat yang abadi menjadi perkara yang tidak sia-sia..

Moga kita ditempatkan bersama umat yang diredhai...

Moga mereka yang dahulu pergi ditempatkan bersama org beriman....

Alfateha

Sabtu, 16 Jun 2018

Salam Aidilfitri...

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,..

Asalamualaikum dan salam sejahtera...

Semoga aidilfitri kali ini membawa seribu rahmat kepada saya, anda dan kalian...

Mulakan memohon ampun sebaiknya, bagai membuka lemang...

Senyuman manis disembahkan, ibarat air sirap merah berbandung...

Gagahkan diri menerima kesilapan, ibarat dodol yang liat dikunyah,  sedap ditekak...

Sesungguhnya manusia tidak pernah membuat silap, namun Allah tidak pernah tidak mengampuni dosa kita...

Walhulama

Ahad, 15 April 2018

Anugerah Kehidupan....

Asslamualaikum wbt....

Dalam menyusuri 'millage' tiap langkah kehidupan, sudah pasti kita menyusuri penambahan angka umur...

Setiap langkah yang kita redahi,  diberi pakej pengalaman yang berbeza antara insan...

Susah senang, menjadi azimat semangat selagi nyawa dikandug jasad... Andai nyawa terpisah, tiada peluang kedua untuk dicuba...

Setiap kesedihan,  disulami hikmah yang tersendiri bila dek difikirkan secara positif, dan sebaliknya difikirkan akan menjadi kelemahan...

Setiap pencapaian cemerlang, bukan sekadar pengiktirafan kerja kuat, tapi tertulis rezekinya sejak azali... Dan juga menjadi kayu ukur bagi kelemahan yang perlu ditambahbaik...

Sekiranya,  yang dihajati itu masih belum tiba,  itu bukan pengakhiran, tapi itu satu mula langkah yang lebih jauh perlu difikirkan...

Dengan izin Allah,  kehidupan insani itu akan menjadi anugerah kehidupan yang tidak ternilai jika sentiasa berfikir...kita hanya mampu berfikir dan mengandai, namun perancang dan Maha Penentu, hanya dari Allah...

Alhamdulillah syukur....#berfikir dan bersyukur...

Ahad, 18 Mac 2018

The heart of The Leaderless Revolution

Assalamualaikum, salam sejahtera...

There are 4 simple ideas at the heart of The Leaderless Revolution.

1. The action of one individual or small group can affect the whole system very rapidly,

2. The action that convinces, not words,

3. About engagement and discussion,

4. The power to decide matters for ourselves...

Wallahualam

Sabtu, 20 Januari 2018

CARA NAK BUAT RUMAH???

Asslamualikum dan Salam Sejahtera...

Now a days we can doing whatever we wants... But how come,  we realize about that?  Sometime environment change will affect the organizaton...managed an organization is like as how we want build  housing or building...

There need a good knowledge and calculate the strong of basement where can absorbed the problem in happen..

Important is about understanding what changes are needed,  how to implement and manage these changes, and hoe to create a roadmap for sustaining improvement  that lead to better performance.

Tools: understanding-implementing-delivering-managing services in organization...

Similar with,  our effort and commitment to develop our house...optimistic and confident with Allah,  insyallah the guidelines easy come to us...

Wallhualam

Isnin, 15 Januari 2018

TAK FAHAM APA YANG DIFAHAM...

Asslamualikum....

Untuk memahami perlu difahamkan...
Untuk difahamkan perlu memahami...

Sukar untuk memahamkan...
Sukar untuk difahamkan...

Isnin, 1 Januari 2018

New Year and New Motivation

Assalamualikum...

New year just only a new gear..
Just only the time estimate...
For those will try change from bad to nice..
For motivation and iman...

Jumaat, 29 Disember 2017

One Step for Million Stone...

Assalamualikum wbt...

Everyone who will success in life when they try moving step ahead than try reverse to failure action..

Ahad, 10 Disember 2017

Pehentian Sementara...

Asslamualaikum dan salam sejahtera...

Melayari kehidupan musafir dunia,
Tidak semudah yang difikirkan,
Dan tidak sesusah seperti yang disangka,
Atas perkara tiap amal dan perbuatan...

Sesukar kehidupan dunia,
Semudah capaian mahsyar,
Semudah urusan dunia,
Sukar digambar di mahsyar...

Kejari dunia daptlah ia,
Kejari akhirat,
Dikejari dunia...
Dapatlah keduanya terikat...

Sekadar perhentian buat sepanjang tujuan maknawi...

Isnin, 4 Disember 2017

Si Komputer...

Assalamualikum dan salam sejahtera....

Kehidupan ini adalah satu sistem yang dicipta oleh Maha Pencipta...

Terdapat pelbagai klausa kehidupan yang perlu dilalui...

Halangan dan cabaran itu pasti diselesai satu persatu...

Begitulah umpamanya Si Komputer...

Dicipta dengan dibekalkan aturcara untuj berfungsi...

Terdapat halangan keberatan jika tidak diselenggara dengan baik,..

Bahkan diserang virus jika tiada pedamping...

Maka itu,

Sebagai manusia berakal dan dicipta,

Jadilah pencipta berdasarkan ciptaan Illahi...

Wallhualam

Ahad, 19 November 2017

Bunga atau Duri????

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dalam kehidupan di dunia ini,
kita hanya sementara cuma...

Berhubung bekerja sesama manusia,
Bercinta sesama insan,
Dibelai dan membelai,
Hanya sementara selagi bernyawa..

Mahu atau tidak,  semuanya telah tertulis..
Gerak lakon dan skrip telah sedia ada..

Jika beramanah dan mampu memilih sifat benda,
Jadilah seperti bunga...

Bunga dibelai,  dijaga,  dihiasi ditiap tempat,
Yang cantik, harum mewangi, mudah disanjung di sana sini...

Bila layu,  dan tiada selalu dirindu..
Bila mati terkulai layu dijadikan hiasan..
Begitulah sifat dan nilai bunga...

Namun,

Jika dipilih menjadi duri...
Ada ditakuti,  ada dibuang..
Malah terpijak menjadi luka,
Dilanggar menjadi nanah...

Boleh jadi,  bukan manusia sahaja tidak mahu dekat,
Malah hidupan lain menghindari..
Dalam kerjaya menjadi duri dalam daging,

Kewujudannya memberi isyarat berwaspada,
Tersilap langkah menusuk bisa,
Tidak siapa yang rela,
Menjadi sahabat sang duri...

Maka itu,

Saya, kita,  awak,  kamu dan andalah bunga dan duri,
Pilihan ditangan selagi ada pilihan..

Sabtu, 30 September 2017

SINGKATNYA MASA...

Assalamualaikum wbt...

1. Kejar apa yang hendak dibawa,  jangan dikejar apa yang ingin ditinggalkan...

2. Angan-angan yang panjang,  sedangkan maut menanti...

3. Kita selalu melupakan maut,  tapi maut tidak akan melupakan kita...

4. Kalau kita ingatkan kematian,  sudah pasti kita akan banyak menangis berbanding ketawa...

Sabtu, 23 September 2017

Maal Hijrah 1439H...

Jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di  dalamnya akan berakhir...Tetapi, jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru akan lahir..

Jadi hal-hal besar selalu bermula dari dalam diri.. bukan dari luar..

Allah tidak pernah menjanjikan:
Langit itu selalu biru...bunga selalu mekar... Matahari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahawa Allah selalu memberi:
Hikmah di setiap cubaan... jawapan di setiap doa..

Jangan pernah menyerah.. Life is so beautiful..

Jika hidup itu perjalanan.. maka nikmatilah..

Jika hidup adalah tentangan.. maka hadapilah..

Jika hidup adalah anugerah.. maka terimalah..

Jika hidup adalah tugas.. maka selesaikanlah..

Jika hidup adalah cita-cita.. maka capailah..

Jika hidup adalah peluang.. maka ambillah..

Satu hal yang membuat kita bahagia adalah:
Cinta Allah.

Satu hal yang membuat kita hancur adalah:
Putus Asa.

Satu hal yang membuat kita maju adalah:
Ikhtiar.

Satu hal yang membuat kita kuat adalah:
Doa.

Semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan kita hari ini dan hari seterusnya.Amin Ya Allah❤

Sabtu, 26 Ogos 2017

KEMERDEKAAN 2017 TAHUN KE-60 MALAYSIA

Assalamualaikum Negaraku Malaysia... Telah menjadi saksi kepada kewujudan tamadun dunia, Dari tahun ke tahun semakin dewasa, Menjadi matang dan megah tersendiri, Melahirkan pelbagai generasi pewaris bangsa, Demi menggapai cita dan suka, Negaraku Malaysia, Tiap halangan dihadapi selalu, Bergandingan sesama bangsa dan masa, Menyusuri onak dan denai serta lumpur, Namun tetap diredah dengan redha, Kerna tidak mudah untuk mendaki puncak jaya, Negaraku Malaysia, 60 tahun dalam acuan tersendiri, Moga sentiasa dirahmati tanah dan rakyatnya, Buat mereka berada di pucuk dan juga di akar, Haruslah sentiasa menghitung sejarah, Apa yang dicapai perlu semakin baik, Dan apa yang tidak baik perlu diselamatkan, Negaraku Malaysia...

Sabtu, 12 Ogos 2017

Move On It...

Assalamualikum dan salam sejahtera...

Bila bergerak ke hadapan ada musuh,
Bila berundur ke belakang juga ada musuh..

Apabila ke hadapan berisiko,
Apabila mengundur juga berisiko...

Itulah persimpangan dalam membuat keputusan...
Yang terbaik adalah terus maju ke hadapan,
Sekurangnya jika gagal kita telah berani majun ke hadapan,
Tapi jika berjaya merempuh halangan,  itulah kejayaan...

Namun,  jika mengundur, kita tidak mencuba untuk berjaya,  dan juga kita gagal dipersimpangan pilihan...

Kejayaan itu harus menuju ke hadapan...

Sabtu, 29 Julai 2017

Jam Tangan Antik

Asslamualaikum....

Jam tangan antik,
Jam yang ada zaman dulu,
Jam yang berfungsi hingga kini..

Jam tangan antik,
Jam yang tiap saatnya berdetik,
Jam yang setia ditangan si pemakai..

Jam tangan antik,
Jam lama yang semakin bernilai,
Jam yang sentiasa berharga berzaman...

Begitulah istimewanya jam tangan antik,
Sentiasa berdetik dalam apa jua keadaan,
Sentiasa menjadi rujukan masa...

Jadilah seperti jam tangan antik,
Tidak hirau caci, maki, hinaan,
Sentiasa bertawakal dalam kehidupan...

Walauapapun yang terjadi,
Detik masa tetap bergerak,
Sehingga ke saat akhir kehidupan...

Jam tangan antik,
Menempuh kehidupan saat gembira,
Merempuh saat sukar,
Hingga titisan saat terakhir ajalnya...

Walhualam

Rabu, 26 Julai 2017

Minyak dan Air....

Assalamualikum wbt...

Mana kan boleh,  minyak dan air bersatu...
Walaupun sebekas bersama,  namun tidak bersatu...

Wallahualam

Isnin, 17 Julai 2017

JANGAN TUNJUK PELANGI

Asslamualikum..

"Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat"

 (QS al-Faathir [35]: 27)

Kadangkala kita perlu lihat ke belakang,
Untuk menilai sejarah,
Kita terlupa yang dibelakang itu adalah pengalaman,
Yang dihadapan itu harapan,
Kehidupan itu berwarna warni bagai sang pelangi..

Khamis, 6 Julai 2017

PENGURUSAN POP POP

Assalamualaikum wbt....

Ourlife is so beautiful,
How we handle?
How we control?
How we manage?
Everything done as planning...

In management of life or organization, dont be a joker cycling the bicycle.,
But,
Try to cycling like a human being with ilham by Allah...

Conclusion is, dont manage like a pop pop, but try manage like a thunder bomb. Your result is more impact and good...

Wallhualam

Sabtu, 1 Julai 2017

Khamis, 29 Jun 2017

SELOKA BERAYA

Assalamualikum...

Kegembiraan beraya adalah kemestian buat semua insan dari yang tua hingga yang muda...

Ke darat ke baruh, pasti berjumpa sanak saudara...
Ketawa girang bertemu syahdu atas ukhwah kerinduan...

Tapi,

Pastikan aurat dan batasan menjadi keutamaan...

#Utamakan Keselamatan Diri dan Premis
#Utamakan Keselamatan Di Jalan Raya
#Utamakan Keselamatan Kebakaran
#Utamakan Dosa dan Pahala Dijaga

Rabu, 28 Jun 2017

STRESS ITU BOOSTER???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Sesetengah manusia itu mudah mengatakan stress...
Hakikatnya stress itu datang apabila ada sesuatu yang sedang difikirkan dan dilakukan...
Tapi, bagaimana untuk mengendalikan stress tersebut?
Itu yang menjadi kelemahan dalam pengurusan kehidupan...
Jika stress itu mampu dikawal dengan baik, sebenarnya ia mampu menjadi hikmah dalam penyelesaian masalah...

Namun ini adalah sukar buat mereka yang tidak memahami konsep stress...Dan juga bukan mampu diajar kepada mereka..Kerana perlu pengalaman dan analisa peribadi, barulah stress itu akan menjadi booster dalam kejayaan kehidupan...

Walahualam

Sisa Saat Kehidupan...

Mengapa manusia ego?
Mengapa manusia tidak bersyukur?
Mengapa manusia tidak menempatkan haknya?
Mengapa manusia tidak menghormati pada yang hak dihormati?

Mungkin kerana mereka berfikir hidup buat selamanya...

Salam Aidilfitri

Allahuakbar....

Semoga aidilfitri ini menjadi satu detik kematangan dalam kehidupan yang diberi peluang oleh Allah...

Setelah sebulan menempuh bulan cabaran,
Maka tiba bulan kemenangan dalam menghalang hawa nafsu...

Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua...

Maaf Zahir Batin...

Selasa, 20 Jun 2017

MENGEJAR MASA YANG TIDAK BERGANJAK???

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Apa yang dikejar saat masa yang sememangnya bergerak detik ke detik, Sedangkan masa itu adalah hiasan perkara dalam kehidupan... Tidak perlu mengejar masa, Penuhi masa kita dengan kehidupan itu lebih bermakna... Tiap orang mempunyai masa yang sama, Namun tiap orang menguruskan masa itu berbeza cara, Semoga Allah memberi masa untuk kita bersedia menanti panggilanNya...

Ahad, 28 Mei 2017

Salam Ramadhan Al Mubaraq

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tahun berganti demi tahun...
Akhirnya ditakdirkan kita masih dapat bersama Ramadhan kali ini...
Bulan di mana penuh barakah ibadahnya...

Bersamalah kita menyambut dan mengimarahkan bulan ini bersama...

Insyallah...

Sabtu, 6 Mei 2017

Nilai Seorang Bomba....

Nilai seorang Bomba....
Tugasnya bermula sejak langkah ke pusat latihan...Perubahan diri dari seorang awam menjadi seorang penyelamat...
Berlatarbelakang yang pelbagai. Menjadi satu platun yang seerat serasa sehati sejiwa... Latihan demi latihan, menjadi bekalan harian...

Semangat setiakawan menjadi kekuatan sesama rakan...Bidang terdahulu telah ditransformasi menjadi seorang penyelamat yang professional...Ditempatkan bertaburan ke setiap negeri sebagai adi wira yang baru...Dididik menjadi perwira dalam pelbagai unit kebombaan...Bermulalah langkah dalam belajar mencari ilmu dan pengalaman...Penglibatan dalam perlbagai bidang, program,sukan....Perwira Bomba terus mara bergerak dan didorong keluarga tercinta...Kerja tidak tentu masa, kerenah dan birokrasi dihadapi dengan tabah...Mental dan fizikal 24 jam sentiasa diasah...Tanpa doa dan keyakinan tawakal pada Allah, sudah pasti perwira api mampu bertahan...Niat azali membantu manusia tetap menjadi keutamaan dalam memikul tanggungjawab yang diberi...Hidup dan kerja bersama stress tidak asing bagi perwira api...Namun barakah titik peluh kudrat yang diberi hanyalah datang dari izin Allah...Ketabahan semangat perwira api, hanya perlu difahami oleh keluarga tercinta...

Pihak berkepentingan ke atas perwira api perlu sentiasa mendengar keluh resah pewira api...Kerana apa? Kerana setiap tugasan dilaksanakan demi kesejahteraan bersama,.. Kerana ikhlas dan jujur dalam keselamatan kebakaran...Kebajikan perwira api tidak mampu dinilai dengan hanya berpandukan kertas semata-mata...Dekatilah perwira api yang sentiasa mudah didekati walaupun sinonim dengan api...Sikap air dalam perwira api adalah sandaran timbal balik untuk diselami isi hatinya...Tiada apa yang diminta hanya sekadar untuk difahami isi hati perwira api....Pengorbanan yang dilalui dalam memastikan keselamatan kebakaran masyarakat umum adalah berpaksikan kenyataan dan realiti...Tomahan yang diterima semasa melaksanakan tugas, hanya ditelan seorangan...Sabar bila dihina, dicaci, kerana karma hidup ada balasannya...Wahai perwira perjuang....Hanya Allah Yang Maha Mengetahui....Wahai keluarga tercinta, hanya kalian pembakar semangat pejuang....Wahai masyarakat, hanya kamu adalah amanah....Setiap perwira api disetiap cabang,  adalah himpunan kepakaran dalam organisasi...Kepakaran individu dikumpul menjadi permata...Organisasi adalah ibarat sepohon pokok yang teguh berdiri dirantai akar umbi yang teguh mencengkam tanah...Daunan diranting menjadi peneduh....Dahan tua dan ranting muda menjadi topang....Teras yang utuh dan segar sudah pasti menghasilkan buah yang baik...Lantas bersambung sehingga disemai benih-benih baik di kebunan mewangi...Di situlah kekuatan organisasi perwira api...Ikhlas ilham bagi Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2017~Nukilan 5 Mei 2017

Khamis, 20 April 2017

JALAN SAJA....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Allah telah beri peluang hingga sekarang ini....

Hadapilah segala yang ditempuhi dengan yakin...

Langkah saja meredah dihadapan...

Allah telah tentukan segalanya dihadapan....

Berserahlah pada Allah dan jalan saja maju ke depan...

Rabu, 19 April 2017

SURATAN MASA...

Asslamualikum dan salamn sejahtera...

Detik-detik masa berjalan sentiasa kehadapan...

Nyawa dikandung nikmat Allah...

Bukan mudah mengharungi pengalaman yang menjadi sejarah...

Sentiasa menilai nyawa semakin singkat, ujian semakin mencabar...

Ahad, 16 April 2017

Sleeping Eye...

Assalamualikum....

When close the eye,
It doesnt sleep...

When open the eye,
It doesnt not sleep...

Its just nothing...

Jumaat, 14 April 2017

Pandangan Mata dan Pandangan Hati

Asslamualaikum dan salam sejahtera...

Bila kita berada di atas, kita lupa pandang ke bawah...
Bila kita di bawah, kita leka melihat yang di atas...

Kehidupan,

Buat mereka yang positif akan terus ke hadapan,
Buat mereka yang negatif akan ketinggalan,

Opera Kehidupan,

Apa yang dijalani adalah sebuah pentas opera yang dihiasi perhiasan,
Telah ada jalan ceritanya hingga episod akhir kehidupan..

Tawakal,

Tiap yang dilalui dimulakan dengan Bismillah,
Dijalani dengan selawat,
Diakhiri dengan alhamdulillah...

Inilah kehidupan.

Sabtu, 4 Mac 2017

Kayuhan Dunia Menuju Akhirat...

Assalamualaikum...

Perjalanan dalam menyusuri kehidupan ini nampak sukar dan penuh dengan keterbatasan...

Serba tidak kena dengan tiap  langkah...
Mudah untuk terperangkap dalam fakta-fakta songsang...

Kayuhan kehidupan bagaikan roda yang berputar,
Adakala kita di bawah,
Sementara kita di atas...
Terus berputar selagi ada ajal yang belum tiba...

Putaran kehidupan ini, akan menyusuri jalan-jalan yang indah,
Melanggar lopak air, dan meredah kekotoran sisa-sisa kemungkaran...

Adakah kita bersedia mengayuh menuju keabadian negeri abadi?
Sudahkan kita mempunyai ilmu akal dan ketaqwaan iman?

Maka jelaslah, kehidupan ini memang sukar bagi mereka yang sendirinya menyukarkan jalan-jalan sementara ini...

Namun bagi mereka yang sentiasa bersedia mengharungi kehidupan dengan selamba dan berjiwa hamba kepada Allah,
Nah! itulah bedanya, bila meletakkan sesuatu hanya pada Allah...

Sukar mana, bahagia mana, di sudut mana, insyallah mampu meneruskan kayuhan hidup ini...

Yakin dan Percaya Allah setiasa ada dalam menemani kayuhan hamba dalam menuju syurgawi...amin

Ahad, 26 Februari 2017

KAYUHAN KEHIDUPAN

Assalamualikum dan salam sejahtera...

Sejak dari Luh Mahfuz, kita telah berjanji,
Di dunia ini adalah perjalanan yang sukar,
Bagi menuju keabadian negara akhirat...

Setiap perkara yang dibuat di dunia,
Dilaksanakan dengan hati yang terbuka,
Mulut mampu mengeluh bagi mencernakan fikiran positif,
Tapi, akal juga yang mampu mencari penyelesaian...

Tiada masalah tanpa penyelesaian,
Liku itu adalah rahmat dan ujian,
Apabila satu perkara selesai,
Pasti ia melegakan...

Fikirkan peluang dan ruang dalam masalah,
Jangan beri peluang masalah yang akan menguruskan diri,
Jika masalah itu dikecilkan,
Maka selesai akhirnya gundah hati...

Masa lalu itu telah berlalu,
Indah atau kecewa juga telah berlalu,
Yang dihadapan pasti ditempuh,
Kayuh jiwa dan mental dengan bersungguh...

Make it simple but nice...Insyallah Allah itu ada bersama...Allahuakbar

Selasa, 21 Februari 2017

Musafir Masa...

Andai berjalan laju ke hadapan,
Tapak kaki tetap ketinggalan,
Sukarnya menempuh dugaan,
Tapi tak sesukar menafikan kejayaan...

Tomahan dan fitnah itu ada,
Sukar dikawal boleh dicegah,
Lumrah manusia tidak manusia,
Negara akhirat gagal diredah...

Semalam selesai,
Kelmarin siap,
Hari ini pasti,
Esok pasti digigih...

Sabtu, 18 Februari 2017

Rasa Kiasan Hati...

Assalamualikum....

Apabila kita selesa,
Sebenarya kita diuji,
Apabila kita menghadapi masalah,
Juga sebenarnya kita sedang diuji...

Bagaimana jika kita bahagia?
Mungkin itu juga ujian,
Sekiranya kita tidak bahagia?
Sejujurnya itu adalah ujian...

Maka,

Atas nama kehidupan,
Rasa dan perasaan adalah ujian,
Samada itu membahagiakan,
Atau tidak...
Jiwa itu perlu bersyukur,
Kerana nikmat dan ujian yang dihadapi dengan izin Allah,
Pasti tersirat dengan rahmat Allah...

"Jangan bermegah bila di puncak, kerana bila terjatuh, tingginya menyakit hina bila di bawah"

Sabtu, 11 Februari 2017

Allah Giving Us Principal...

Assalamualikum....

We going life for everyday by nothing,

We going step every time by nothing,

We going sleep every night by nothing,

We felling happy and sad every day by nothing,

We going settle problem in life by nothing,

Because,

Allah always with us...and nothing can be handle if nothing by Allah....

This is principal of life,Allah with us...

Allahuakbar

Sabtu, 28 Januari 2017

KAIS AYAM API...

Asslamualikum dan salam sejahtera...

Masa berganti masa, semakin singkat usia...

Dengan cabaran kehidupan yang semakin mencabar, pastinyang matang sahaja akan berjaya meredah...

Niat yang berpaksikan Allah pasti ada jalan untuk setiap halangan..

Tiada apa yang mustahil, kerana semuanya hadir daripada Allah Yang Maha Mengerti..

Begitu jua, tahun baru cina kali ini mengikut kepercayaan cina, yang menyambut tahun baru dengan kalendar Ayam...

Apa jua kepercayaan, iman dan taqwa yang membezakannya...

Sesungguhnya cabaran kehidupan kini, adalah ibarat kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang...

Doa dan harapan hanya pada Allah SWT...

Allahuakbarx3!

A GOAL SETUP BY MIND

Assalamualikum...

Three things to remember in life:

1. Never lose hope until its over

2. Never celebrate too early

3. Never leave your place before the battle is over

It was declared as a GOAL...

Allah with us, anytime and anyplace...

Jumaat, 20 Januari 2017

TERSIRAT TIDAK TERSURAT

Wahai Insan,

Jika tanganku pendek untuk membalas kebaikan seseorang, maka panjangkan lisanku untuk selalu mendoakan sesrorang..

Pesan pada hati.

Benci jangan sampai mnghina.. Suka jangan sampai memuja.. Menangis jangan sampai merana..

Moga2 ALLAH menjaga baik2 hati insan.

Org tenang sentiasa menang..

Insyallah

Selasa, 17 Januari 2017

HARI-HARI DI DUNIA

Asslamualaikum...

Matangnya seseorang bukan diukur pada berapa umur yang dimiliki,

Matangnya seseorang adalah berapa banyak pengalaman dan cabaran yang ditempuh semasa di dunia,

Alhamdulillah, masih ada nafas yang diberi untuk cabaran di dunia ini...

Subhanallah...

Ahad, 15 Januari 2017

BAGI MASA DEMI MASA

Assalamulaikum dan Salam Tahun Baru 2017...

Sesungguhnya banyak masa telah diberi bagi kehidupan dunia...

Sedangkan masa untuk Allah hanya seketika sahaja...

Dibuatnya kerja bersungguh, sehingga masa untuk Allah tidak terkejar...

Ada masa diberi, dibuang dengan sia-sia,

Ada masa diguna, hanya pada yang tidak berguna,

Azam dan niat menjadi objektif tahun baru bagi kembali kepada hakiki...

Dengan harapan sekeliling kehidupan hanya bagi manfaat kerja di dunia yang akan ditinggalkan, tapi hasil tanaman dituai di Negeri Akhirat...

Insyallah

Isnin, 12 Disember 2016

Menikmati Sajian Langit

Nothing Impossible!

When you try to be success, you can be success,

When you going to be something different, you also can try something different,

When you try thanks, you also thanks what you done,

Where can you try?

Always in your life and also when Allah giving you time before invite back to HIM..

Just Try...

Ahad, 4 Disember 2016

Pengosongan Minda...

Setiap masa yang dilalui adalah nikmat Allah bagi setiap manusia..

Pengalaman yang diraih dalam pelbagai bentuk dan keadaan...

Secara naluri dan fizikal, pasti akan memberi kesan kepada kehidupan...

Masa yang dihadapan belum pasti ditempuhi...

Namun, masa yang dilalui adalah memori kehidupan....

Membesar dengan usia yang semakin mengurang...

Mengejar sesuatu yang diredhai, agar masa-masa itu bernilai...

Minda yang berfikir, dizahirkan pada tubuh yang bekerja...

Pasti ada masa, yang ada bagi mengosongkan minda...

Sudah pasti, izin Allah esok hari lebih berkinetik, berinergi, dan berintegriti...

Amin

Sabtu, 24 September 2016

Teori X & Y

Douglas McGregor : menyatakan dua kategori sikap manusia dalam sesuatu organisasi, iaitu bersifat positif dan negatif...

Dalam organisasi juga perlu mempunyai kaedah SWOT yang bermaksud, Strenghtness (kekuatan), Weakness (kelemahan), Opportunity (peluang), Threat (ancaman)..elemen ini sekiranya berjaya dikuasai akan mencapai Goal dalam perancangan visi dan misi organisasi.

Oleh itu, sesebuah organisasi sekiranya ingin berjaya perlu mengenali perangai dan sikap peribadi ahli bagi membentuk satu pasukan mantap yang boleh bergerak ke arah satu matlamat. Baik atau buruk perangai ahli itu adalah faktor kecil jika pengurus itu berjaya mengatur strategi.

Sekian

Ahad, 18 September 2016

Teknologi Atas Pokok

Assalamualikum dan salam sejahtera...

"Kerja apa pun boleh siap, waima sedang berada di atas pokok!"

Ungkapan ini mungkin mengeletek hati sesetengah orang...tapi bagi mereka yang berilmu perkara tersirat, pasti ia ungkapan bernas!

Kenapa?☝

Zaman sekarang, ada smartphone, wifi pasti boleh melakukan apa sahaja walaupun di atas pokok..

Rancang kerja, fikirkan kontigensi, cari bahan, idea dan susun stratgi...inilah ramuan kejayaan sesuatu tugasan..

Hasilnya yang penting, kaedah bagaimana mencapai kejayaan itu tidak penting...

Sekian

Khamis, 15 September 2016

Sistem Pengurusan Positif

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sering kali dalam kehidupan, setiap daripada kita pasti mempunyai halangan dan dugaan...onak duri itu adalah bekalan kepada kejayaan sebenarnya...

Tapi bagaimana caranya kita mampu berjaya?

Mudahkah untuk dilaksanakan?

Ia pasti mudah! Sekiranya kita mempunyai akal dan minda positif...

Fikirkan sahaja yang baik-baik, pasti berjaya..insyallah..

Allah pasti membantu jika usaha itu lahir daripada pengurusan positif...

Yang indah itu perjalanan, yang lebih indah itu kejayaan, betulkan yang biasa, biasakan yang betul, tahu tidak semestinya faham, tapi faham itu sudah pasti tahu...

Wallahualam
Salam Jumaat Saiyadtulayyam..alfatiha buat junjungan Nabi Muhammad Saw, ibu bapa, para sahabat baginda, keluarga, rakan-rakan seperjuangan yang hidup mahupun yang telah ke rahmatullah...amin

Ahad, 11 September 2016

Salam Aidiladha...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selawat ke atas Nabi Muhammad, Nabi junjungan kita..

Allahuakbar, Allahukabar, Allahuakbar...

Aidiladha disambut seluruh umat islam di dunia.

Terlalu besar pengorbanan sirah yang ditinggalkan buat insan akhir zaman,

Umat islam yang berkemampuan menunaikan rukun Islam kelima, diseru Allah ke tanah suci..moga mabrur hajinya,

Aidiladha membawa titik mula pengorbanan dalam setiap perkara yang sedang atau akan dilakukan oleh kita,

Agar kesempatan menyambut Aidiladha kali ini akan membawa hijrah dan pengorbanan besar dalam mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi...

Insyallah..salam aidiladha.

Selasa, 30 Ogos 2016

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-59

Kemerdekaan hari ini bukan mudah dicapai,

Kemerdekaan di atas keringat dan idea insan dahulu,

Kemerdekaan tiada jaminan sekiranya penyatuan bangsa,

Kemerdekaan adalah perjuangan,

Kemerdekaan atas satu bendera,

Kemerdekaan atas bangsa negara,

Kemerdekaan demi mempertahankan Islam, bangsa dan negara,

Kemerdekaan itu anugerah Allah bagi setiap warganegara...

Ahad, 28 Ogos 2016

Wind Of Change

Assalamualikum & salam sejahtera...

Mutakhir ini, cuaca sukar diramal, walaupun dunia mempunyai teknologi 'super duper' bagi meramal iklim dunia, namun mungkin masih tidak tepat ramalannya...

Kejadian bencana alam berlaku setiap hari di dunia. Benar la mukjizat Al Quran dan janji Allah..

Manusia hanya mampu meramal, kepastian Allah itu benar...assababnya manusia itu adalah bertanggungjawab di muka bumi ini...

Begitu la secara signifikasinya, perubahan diri ke arah kebaikan itu perlu dalam hidup kita...doa kepada Allah dalam setiap hal yang kita laksanakan di dunia ini..usaha terus berubah saat ini! Insyallah pasti mampu berubah....

Sabtu, 20 Ogos 2016

Gagal Merancang...

Assaalamuikum dan salam sejahtera...

Dalam kehidupan ini, cabaran dan dugaan adalah resam dalam mencapai kejayaan. Waima, ingin mencapai cita-cita.

Tiada perkara yang tidak boleh dibuat, cuma keputusan yang diterima itu sahaja ukurannya. Kalau redha, pasti yang gagal itu disambut baik.

Usaha itu tidak ada erti gagal, kerana tanpa usaha kejayaan atau kegagalan itu tiada makna.

Dipendekkan, sesuatu perkara yang dilaksana perlu dirancang dan boleh dirancang. Hanya keputusannya bukan ditangan kita. Biarlah usaha kita dinilai Allah, insyallah berjaya dalam usaha itu.

"Gagal merancang, adalah merancang untuk gagal"... Fikirkan...

Khamis, 31 Mac 2016

Happy

Assalamualaikum...semua perlu ada kegembiraan dan bersyukur kepada Allah...

Rabu, 14 Oktober 2015

3 Perkara Berat Kehidupan

Assalamualaikum..
Salam Maal Hijrah 1437H..

Setiap apa yang dilalui dalam kehidupan adalah cabaran...

Sudah pasti kita mampu laksana sekiranya berstrategi dan sabar...

Sudah pasti doa tidak berhenti setiap masa...

Manusia paling malas bukan yang tidak berusaha tapi yang tidak berdoa itu pemalas...

3 perkara yang berat untuk berjaya dalam kehidupan adalah:
1. Dalam menghisab diri
2. Berzikir
3. Pemurah pada adik-beradik

Srkiranya kita mampu laksanakan perkara berat ini...

Insyallah...

Kita mampu menjadi HEBAT...

AMIN

Isnin, 21 September 2015

Doaku Pada Mu...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagu Yang Maha Pengasihani....

Ya Allah Ya tuhan kami, Ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan Kami Zahir ban Batin.Ya Allah ampunkanlah Dosa kami, Dosa Kedua Ibu Bapa Kami, Dosa Keluarga kami,Dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat Islam yang telah mati dan yang masih hidup. Ampun dosa isteri dan anak kami..

Ya Allah Ya Tuhan kami, pohonkan apa yang telah dipohonkan oleh Rasulullah s.a.w dan kami meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah. S.a.w.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami pohonkanlah Syurga tanpa Hisab dan berikanlah kekuatan,Taufik dan Hidayah kepada kami kearahnya,selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami kearah Neraka

Amin Ya Allah

Sabtu, 19 September 2015

Semangat 20%

Asslamualaikum...
Dalam kehidupan semestinya terdapat pelbagai jenis manusia yang mempunyai sikap dan peribadi tersendiri...sudah pasti, mempunyai pro atau kontra sesama insan...

Jelaslah,bahawa pelbagai peel ini ada hikmahnya sebagai perbedaan yang perlu ada titik pertemuan yang dipanggil penerimaan..

Begitu juga, dalam kerjaya..siapa yang bodek bos, akan terus maju jaya??

Sudah pasti TIDAK..kerana alaf ini, manusia yang rajin dan berjaya pasti ada rezeki..jikalau hanya pandai menjadi tok penasihat 20%, lebih baik sedar diri awal..kerana jika nasihat itu memberi beban dan masalah kepada orang lain..sudah tentu buruk bunyinya berbanding menjadi seorang yang boleh membantu sesama insan...

Sukar akan senang...

Wallahualam...

Jumaat, 28 Ogos 2015

Kebagusan dan kebodohan..?

"Manusia yang bijak, adalah manusia yang tidak pandai menunjuk kebagusan diri, berbanding manusia yang tidak bijak tetapi menunjuk kebodohan selalu"...

Bererti...

Janganlah kita menjadi manusia bodoh yang sombong dalam setiap hal...tidak kira berapa besar pangkat kita, namun tiada masalah untuk bertanya jika sesat pendapat..

Pengajaran...

Setiap manusia ada kelemahan dan kekuatan yang telah ditetapkan Allah...

Ahad, 19 Julai 2015

Koleksi kehidupan....


Assalamualaikum...

Semoga semua dalam rahmat dan redha Allah...

Bukankah kesempatan seketika di dunia ini adalah untuk dimanfaatkan...

Kembali kepada fitrah, adalah ungkapan selepas berjaya di bulan ramadhan...

Namun, ada yang masih tidak berjaya bersyukur dengan kehidupan...

Berfikiran jumud dan berfikiran seperti hidup di dunia selamanya...

Sentiasala beringat, kita pasti hadir tanpa gagal apabila telah tiba masanya nanti...

Meninggalkan semua yang digenggam,

Meninggalkan semua kuasa dan darjat...

Meninggalkan semua prestasi kerja yang terbaik...

Meninggalkan ilmu, anak dan harta yang bermanfaat...

Bersyukur dan sentiasa redha..kunci kejayaan hidup sebenar...

Sabtu, 18 Julai 2015

Salam lebaran Aidilfitri..

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِالرَّحِيْــــــــــــــمِ.                    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه  وَبَرَكَاتُهُ

"تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ صِيَمَنَا وَ صِيَمَكُمْ"
"Taqabballallahu minna wa minkum" (Semoga Allah menerima kebaikan kami dan kebaikan kamu ) akan segala amalan dan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan.

شلآمت هاري راي عيدالفطري
معاف ظاهير دان باطين

Syawal ini dibawa pelbagai kisah setahun raya sebelum ini...
Pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuhi...
Pelbagai kejayaan dan rahmat diberi...
Diberi ujian dan dugaan...
Diberi jua jalan penyelesaian...
Tiada penuh kesalan...
Tapi diharungi bersama kekuatan...

Namun...

Adakah setahun selepas ini, mampu...
Adakah dugaan yang mendatang tepu...
Sediakah dalam kekuatan sediada...
Sepenuhnya jiwa diserahkan padaNya..

Hanya Dia yang mampu bersama...
Hanya Dia yang memberi kekuatan...
Hanya Dia yang memberi taufiq hidayah...
Hanya Dia yang tetap dalam segalanya...

Sesungguhnya, Di mana bumi dipijak...
Di situ langit dijunjung...
Di mana Allah dijejak...
Di situ nyawa dikandung...

Hidupku, matiku kerana Allah...

Sabtu, 11 Julai 2015

Saki Baki Ramadhan Ini...

Assalamualaikum salam ramadhan...

Dalam kehidupan ini, sentiasa ada perkara yang perlu dilakukan...setiap perkara itu bertujuan tidak lain selain untuk beribadah sebagai khalifah di dunia..keperluan kehidupan hendak atau tidak, perlu dicari dan diadakan agar tidak terganggu dengan nawaitu kerana Allah...mencari ilmu yang dituntut, mencari kertas bernilai,dan pelbagai lagi sebagai assabab kehidupan harmoni. Sebagai pemudahcara kehidupan.

Rezeki dan keluarga tidak dapat dipisahkan bersama tuntutan hak Allah...ibarat minyak dan air walau tidak bercampur namun tetap bersama di dalam bekas..itulah ujian dan dugaan insan. Sekiranya hadirnya ujian itu akan mendekatkan diri kepada Allah, maka itulah yang terbaik...namun jika dugaan yang hadir itu menjauhkan kita pada Allah, maka perlu ada penyelenggaraan kehidupan.

Semoga insan semakin tabah dan sentiasa cekal di dunia sementara..Semoga Allah sentiasa jauhkan sifat haiwan yang tidak mampu berfikir, dan dekatkan sifat khalifah berakal dalam menjalani kehidupan. Semoga saki baki Ramadhan ini mendapat semakin banyak taufiq dan hidayah dari Allah.

Amin

Isnin, 29 Jun 2015

Ramadhan oh ramadhan. ?

Sikap manusia, perlu ada perubahan bermula ramadhan....
Sekadar coretan di bulan ramadhan,  bulan indah lagi nikmat...syukur kita sempena ramadhan kali ini, kita diberi kesempatan dalam menghadapi saat manis dalam beribadah dalam bulan mulia ini...
Ramadhan memimpin kita agar menjadi lebih berdisiplin dalam mengawal hawa nafsu, di samping memastikan sistem tubuh badan sentiasa sihat...setiap ibadah dilipat gandakan ganjaran dari Allah..

Namun, masih ada manusia yang tidak mengerti bersyukur dan masih ditakuk lama cara berfikir dan tindakan...hubungan Allah, manusia dan alam perlu ada dalam kehidupan...menyusahkan hidup sendiri dan orang lain.

Pastikan kita semua sentiasa hebat berfikir, dan berayukur dengan peluang yang ada...Allahuakbar

Jumaat, 22 Mei 2015

Cabaran kehidupan???

Assalamualaikum...

Setiap perjalanan dalam kehidupan kita pasti ada destinasi untuk dituju. Bagaimana cabaran yang akan kita hadapi pasti di luar kotak pemikiran. Tetapi sekiranya ada payung disediakan sebelum hujan, pasti tidak basah. Bagaimana sesak jalanraya, pasti sampai dengan selamat perjalanan sekiranya sabar. Apapun, semua berbalik pada usaha kita dalam hadapi cabaran..tetap indah kalau doa dalam solat seiring, insyallah destinasi kehidupan tetap sampai.

Wallahualam

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...