Sabtu, 26 Ogos 2017

KEMERDEKAAN 2017 TAHUN KE-60 MALAYSIA

Assalamualaikum Negaraku Malaysia... Telah menjadi saksi kepada kewujudan tamadun dunia, Dari tahun ke tahun semakin dewasa, Menjadi matang dan megah tersendiri, Melahirkan pelbagai generasi pewaris bangsa, Demi menggapai cita dan suka, Negaraku Malaysia, Tiap halangan dihadapi selalu, Bergandingan sesama bangsa dan masa, Menyusuri onak dan denai serta lumpur, Namun tetap diredah dengan redha, Kerna tidak mudah untuk mendaki puncak jaya, Negaraku Malaysia, 60 tahun dalam acuan tersendiri, Moga sentiasa dirahmati tanah dan rakyatnya, Buat mereka berada di pucuk dan juga di akar, Haruslah sentiasa menghitung sejarah, Apa yang dicapai perlu semakin baik, Dan apa yang tidak baik perlu diselamatkan, Negaraku Malaysia...

Sabtu, 12 Ogos 2017

Move On It...

Assalamualikum dan salam sejahtera...

Bila bergerak ke hadapan ada musuh,
Bila berundur ke belakang juga ada musuh..

Apabila ke hadapan berisiko,
Apabila mengundur juga berisiko...

Itulah persimpangan dalam membuat keputusan...
Yang terbaik adalah terus maju ke hadapan,
Sekurangnya jika gagal kita telah berani majun ke hadapan,
Tapi jika berjaya merempuh halangan,  itulah kejayaan...

Namun,  jika mengundur, kita tidak mencuba untuk berjaya,  dan juga kita gagal dipersimpangan pilihan...

Kejayaan itu harus menuju ke hadapan...

KEPIMPINAN

Nak tahu panjangnya sungai, tanya seluang, Nak tahu luasnya padang, tanya belalang, Nak tahu banyaknya ikan, tanya memerang Nak ...