Khamis, 15 Jun 2023

MAKANAN TEMURUN-SAMBAL JAWA

Sambal Jawa:
*Bahan-bahan*:
1. 1 kilo daging,
2. 400 g cili hidup (dihiris),
3. 5 sudu makan cili kering yg telah dimesin,
4. 6 biji bawang besar (dihiris),
5. 1 ulas bawah putih (dihiris),
6. 1 ketul halia (dihiris),
7. 1 ketul lengkuas muda (dihiris),
8. 1 ketul gula melaka (diketuk hancur),
9. Sedikit belacan (diramas),
10. Sedikit asam jawa (bersama air garam)
11. Serbuk perasa,
12. Tempe (dipotong kecil,siap goreng),
13. 1/2 kg santan,

*Cara memasak*:
1. Panaskan minyak,
2. Masukan cili hidup,
3. Masukan cili mesin,
4. Tumis hingga garing,
5. Masukan bawang puteh,
6. Masukan bawang merah, halia dan lengkuas,
7. Kacau sehingga sebati sehingga mesra,
8. Masukkan daging dan kacau,
9. Masukan sedikit air dan kacau,
10. Bila daging separuh empuk, masukan air asam jawa yang telah bercampur belacan dan kacau,
11. Masukan garam, serbuk perasa dan gula melaka,
12. Setelah daging empuk, masukan santan, kacau sehingga sebati dan akhir masukkan tempeh yang telah digoreng.

Sekian, terima kasih..selamat maju jaya👍

KEPIMPINAN

Nak tahu panjangnya sungai, tanya seluang, Nak tahu luasnya padang, tanya belalang, Nak tahu banyaknya ikan, tanya memerang Nak ...