Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

Tak semuanya kita tahu...So jangan EGO!!!!

Imej
Hadis :Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda "Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu:

1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah.
2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.
3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.
4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. (Bukhari)

Huraian :Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan.

Firman Allah yang bermaksud "Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan it…

Mengantuk dan Sangap....???

Imej
ADAB KETIKA MENGUAP

Hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka, juga untuk menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut.

Mengikut adabnya hendaklah menggunakan sebalik tapak tangan kanan untuk tujuan menutup mulut ;

mengikut riwayatnya,

Juga disuruh mengurangkan suaranya hingga tidak kedengaran langsung. Wallahu'alam

Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah SWT kerana menguap adalah dari tanda malas dan ia dari syaitan.

Rasulullah SAW bersabda:Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi bersabda

"Sesungguhnya Allah SWT sukaakan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin danmemuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan"Yarhamukallah".

Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika seorang kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapatmungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan ketawa melihatnya.hadith riwayat Bukhari.

Rasulullah SAW bersabda…

Ada hikmah dalam ujian hidup ini sebenarnya...

Imej
Andai kata setiap permasalahan ada puncanya?
Apakah yang kita perlu uraikan?
Adakah lari itu satu jawapan?
Bukankah ia satu tambahan masalah?
Mengikut kajian,80%-90% manusia akan cuba lari dari masalah,
Namun tidak ramaii yang bersedia menghadapi masalah,
Akhirnya ia menjadi pekong yang akhirnya menjadi satu kerumitan dalam hidup,
Dan kadang-kadang menjadi satu halangan kehidupan...
Dalam 1001 ujian mahupun masalah manusia,
Sebenarnya tersingkap satu hikmah yang memang diturunkan sebagai dugaan,
Sebagai satu medan perjuangan untuk mencari kebahagiaan,
Sebagai satu titik tanda dalam menguji dan mendekatkan kita pada Maha Pencipta...
Sesungguhnya DIA Maha Yang Mencipta dan Maha Mengetahui segalanya...
Dekatkan diri pada-Nya bererti kita memudahkan setiap ujian yang ada...
Terpulang pada kita yang ada kiri dan kanan sebagai pilihan...
(Dalam gambar di atas,cuba fokus dan cari wajah seorang manusia yang berada dalam 1001 masalah iaitu anda sebagai insan yang mempunyai akal)

Wahai Lelaki,diriku...

Imej
Janganlah hipokrit, semua lelaki perlukan wanita.
Tanpa wanita hati, perasaan dan fikiran lelaki akan rosak.
Mereka masih mencari walaupun ada segalanya.
Apa yang tidak ada di syurga hingga Adam tetap rindukan Hawa?
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.


Wahai lelaki, luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya.
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka semakin menderita.
Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal kerana di situlah punca bagi kekuatan dunia.
Akal wanita setipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.
Hiasilah i…

Power of Girl's???Lets find that.....

Imej
KUASA LAYANAN PEREMPUAN

* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.Tapi kemesraan layanan yang tidak kena kepada orang lain mampu membawa bencana kepada pasangan.Timbul salah faham kerana apa yang difikirkan perempuan kadang-kadang memberi maksud tersendiri kepada lelaki yang perasan.Ini terbukti terjadi apabila goyahnya kepercayaan lelaki kepada perempuan apabila datangnya orang ketiga.

KUASA DOA PEREMPUAN

* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUA…

Mendekati Allah Bererti Mencari Kebahagiaan...

Imej
Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.


5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'


6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga perg…