Rabu, 22 April 2009

Mengantuk dan Sangap....???

ADAB KETIKA MENGUAP

Hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka, juga untuk menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut.

Mengikut adabnya hendaklah menggunakan sebalik tapak tangan kanan untuk tujuan menutup mulut ;

mengikut riwayatnya,

Juga disuruh mengurangkan suaranya hingga tidak kedengaran langsung. Wallahu'alam

Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah SWT kerana menguap adalah dari tanda malas dan ia dari syaitan.

Rasulullah SAW bersabda:Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi bersabda

"Sesungguhnya Allah SWT sukaakan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin danmemuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan"Yarhamukallah".

Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika seorang kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapatmungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan ketawa melihatnya.hadith riwayat Bukhari.

Rasulullah SAW bersabda dari Abu Hurairah RA katanya, "Menguap dalam solat adalah dayang daripada syaitan, jika seseorang kamu menguap maka hendaklah ia berusaha menahannya (dari membuka mulut lebar-lebar).hadith riwayat Tarmizi & Muslim

Hmmm...Jadi pandai-pandailah menjaga adap tika dan waktu sangap,takut-takut SETAN masuk dengan selamba...Wallahualam...

Tiada ulasan:

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...