Rabu, 31 Disember 2008


I KNEW I CAN
BE WHAT I WANNA BE
IF I WORK HARD IN IT
I'LL BE WHEN I WANNA BE...
BE OURSELF IN OURLIVE...

Ahad, 28 Disember 2008

.........renungkanlah..........

Apabila seorang lelaki dan wanita melangkah ke alam perkahwinan,setiap mereka membayangkan kebahagiaan ada di depan sana, kerana CINTA mereka telah berpadu dalam satu ikatan, tetapi sebenarnya `cabaran-dugaan hidup' yang lebih mencabar sedangmenanti...

Setelah cita-cita untuk berkahwin tercapai, ia bukan la menjamin kebahagiaan seseorang.Sebaik selesai diijabqabulkan, di sini bermula `cabaran-dugaan-masalah'.Bagaimana menjaga sensitiviti pasangan masing-masing, mertua,tanggungjawab, ekonomi dan seribu satu macam masalah lagi...Jangan menafikan ini semua!

Hanya pasangan yang tabah, sabar, berwawasan dan yakin sahaja sanggup menghadapi dugaan serta masalah tersebut dan akan terus melayari bahtera mereka hingga ke akhir hayat...Tidak kurang juga pasangan yang kecundang,karam dan lemas...Ini disebabkan kelemahan jiwa mereka...

Di saat itu, mereka memerlukan orang ketiga sebagai Penasihat...Dan berhati-hatilah mencari penasihat, kerana TERkadang, penasihatjuga boleh menjerumuskan ke arah kehancuran rumahtangga tersebut.Jangan ambil penasihat yang berciri BATU ASAH...Pendapat soul, (serlahkan pendapat anda juga), ` perkahwinan itusendiri' "mengambil masa" untuk `proses penyesuaian' antara lelaki dan wanita.

'Selagi kita tidak tinggal sebumbung, jangan sesekali kitakatakan kita sudah cukup kenal seseorang...Sesetengah orang berpendapat, mereka perlu mengenali pasangan mereka sebelum menikah...Dengan kata lain "bercinta dulu..."Ada yang berjaya dan ada yang masih gagal mengenali pasangan mereka.

Ada perkahwinan yang terjadi tanpa pernah berlaku pertemuan atau perkenalan...Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal...Kebahagiaan sesebuah mahligai, tidak datang menggolek...Kebahagiaan rumahtangga perlu dipupuk...Semuanya terletak kepada ANDA, `suami dan isteri', bagaimana mengemudikan bahtera rumahtangga tersebut?

Setiap pasangan meng'impi'kan pasangan yang akan memenuhi naluri atauimpian mereka.Aku juga tidak terkecuali dengan impian itu...Sebelum aku melangkah ke gerbang perkahwinan, aku mengangankan Isteri yang BERIMAN, (bagiku, kalau dah beriman yang lain-lain akanlahir la, bertanggungjawab, sabar, pengasih, timbang rasa, tolak-ansur, persefahaman, cemburu dan jenaka.)

Sebaik cincin disarung ke jarimanis, ingin saja aku berbisikkepadanya,"andai kita impikan mahligai kita bahagia, semaikan keimananan yang bajai dengan kasih sayang, siramilah dengan persefahaman, belailah dengan tolak-ansur, renjiskan sedikit apicemburumu dan gemburkan dengan jenakamu..."Tapi sayang, aku tidak berpeluang berbuat demikian...Membentuk keluarga bahagia bukan la semudah kita melafazkan, " Akumahu keluarga bahagia."Sesiapa sahaja menginginkan keluarga bahagia. Tahukah kalian,rumahtangga bahagia `tidak wujud' hanya dengan kata-kata...Ia memerlukan kesabaran, usaha dan yang paling utama pengorbanan...

Pengorbanan suami-isteri ke arah itu...Kesungguhan suami-isteri membentuk keluarga bahagia memerlukan ilmu(teori).Ilmu bukan setakat teori sahaja, tetapi untuk di praktikkan!

"Rata-rata kita lihat lebih teori dari praktikal"Rumahtangga bahagia, keluarga harmoni adalah cita-cita aku dan aku ingin merealisasikan sampai bila-bila...kerana aku berpendapat,keharmonian itu bermula dari rumah..."Rumahku, Syurgaku."

Kekadang kaum wanita terpaksa beraksi pelbagai cara, kekadang bersopan-santun, kekadang tunjukkan ketegasan..Ingatlah perpatah ini " LEMBUT WANITA BUKAN UNTUK DIPULAS..."Kalau terpaksa berkeras, jadi la sekeras waja, kerana waja itu masih boleh di tempa...Jangan kau jadi sekeras batu?kerana batu tidak mudah untukdibentuk...

Ada masa kau perlu menunjukkan PENDIRIANku...Kebanyakan lelaki dambakan wanita `cerdik'...Cerdik bukan hanya kerana ijazahnya kelas pertama..tetapi cerdik untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran rumahtangga...Cerdik dalam membuat keputusan bila suami dalam kebuntuan...Cerdik mendidik anak-anak,Cerdik dalam `argument' dan lojik?.Jangan hanya jadi `pak turut'?Wanita pula dambakan lelaki yang ` alert'...Jangan setelah melakukan kesilapan baru mengaku TERsilap...Lelaki hendaklah cekap dalam menangani masalah...Jangan biarkan masalah menjadi `api dalam sekam...'Bila parah, baru hendak bertindak...Saat itu mungkin sudah TERlambat,kerana `sekam' telah menjadi abu dan tidak dapat diperbetulkan lagi keadaan...

Wahai wanita yang dipanggil isteri, taatlah suamimu selagi dia tidakmenyekutui Allah dan RasulNya...Wahai lelaki yang dipanggil suami, jangan kita menyusahkan isteri, selagi isteri tidak menderhaka kepadamu, Allah danRasulNya...`Beriman dan bertanggungjawab' memainkan peranan yang penting dalamrumahtangga...

Dan, jangan sesekali menuntut "suami" sahaja, atau "isteri"sahaja memainkan peranan...Sebenarnya, peranan itu untuk kedua-dua pihak..."suami-isteri."Itu la taarif "perkongsian hidup"...Peranan kedua-dua."Kongsi kasih sayang, tanggungjawab, kesetiaan dan seribu macam yangberkaitan dengan hubungan kedua insan yang bernama `suami dan isteri...'

`Teori' jangan hanya untuk mencari kelemahan pasangan kita...TETAPI kedua-dua pihak WAJIB menunjukkan keIMANan dan TANGGUNGJAWAB masing-masing...(`menunjukkan' di sini bukan bermaksud untuk dibanggakan TETAPI sebagai AMALAN -PRAKTIKAL)Contohnya: Jika suami leka menonton bola dan melambatkan sembahyang.IsteriWAJIB beri peringatan...Begitu la sebaliknya jika isteri pula leka...

Aku ingin berpesan kepada wanita, jangan sesekaligentar atau takut untuk memperingati KELALAIAN lelaki...Biar dia marah kita, katakan, `Allah lebih marah perbuatanmu...'Dan, katakan `kita hanya takut kepada kemurkaan Allah...'Jika lelaki itu seorang yang beriman, pasti dia akan tersedar dan ber'terima kasih' kerana menyedarkanya dari kelalaian itu...Tetapi kalau suami yang ego, pasti terdapat bantahan...Biarkan dia berbantah...Sekurang-kurangnya, tanggungjawab kita sebagai teman hidup untuk memberi peringatan telah kita laksanakan...

Sabda Rasulullah SAW:"Wahai suami, didiklah isteri dan anak-anakmu, kerana semua itu dibawah pimpinanmu dan di akhirat nanti, engkau akan dipersoal terhadap kepimpinanmu?"Suami dan isteri adalah watak utama dalam pentas rumahtangga dan mereka perlu "berganding bahu" dengan utuh untuk membentuk `keluarga bahagia...'

Jangan sesekali `suami' menunding kepada `isteri' atau `isteri'menunding kepada `suami' bila berlaku atau terjadi kesilapan dan kelalaian,kerana jika salah seorang mereka `sedar' terjadi kelalaian tersebut, kenapa tidak `diberi peringatan' kepada pasangan kita?

Manusia sentiasa alpa...Di sini ilmu amat penting...Didik dengan lemah-lembut, tetapi `tegas' atau 'keraskan' suaramu jika terdapat KEDEGILAN di situ...Jangan biarkan `dia' mempermainkan perintah Allah SWT! Alam perkahwinan itu `amat manis'...semanis berbulan madu, tetapi menjadi `amat pahit'...sepahit hempedu, jika pasangan tidak memainkan peranan yang sepatutnya seperti Allah telah tetapkan dan dipratikkan oleh RasulNya...

Kita tidak mungkin menjadi isteri/ibu, suami/ayah yang `perfect'...tetapi memadai, "tanggungjawab" kita tunaikan sebaik mungkin untuk pasangan kita dan anak-anak...Cuba tunaikan HAK pasangan kita pun dah cukup..HAK isteri dan HAK suami...

Dan pesanan terakhir untuk dikongsi, kita manusia tidak pernah terlepas daripada kesilapan..Kita adalah kita..Walaupun belum mengecapi alam perkahwinan,aku minat untuk mengkaji alam yang penuh cabaran ini.Sama-samalah kita...:)
THE BEST TIME FOR ASKING ALLAH

Middle of the night:

The Messenger (Peace and Blessing be upon him) said: "The Gates of Heaven are open at midnight, and a caller calls, 'Is there a supplicant that his supplication may be granted? Is there a petitioner that his petition maybe granted? Is there a distressed person so that his distress may be removed?' At that time, no Muslim makes a Dua but that it is answered, except for an adulteress who trades with her body, or a person who gathers his money unlawfully." [Sahih al-Jami' 2968]

At the time of Azan and between it and the Iqamah:

The Messenger (Peace and Blessings Be upon Him) said: "A Dua between Azan and the Iqamat is not refused, so make du'a at that time." [Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban]
The Messenger (Peace and Blessing Be upon Him) said: "Two kinds of du'a are not rejected - or rarely are they rejected - du'a at the time of the call for prayer, and du'a at the time of fighting when the warriors are engaged with each other." [Abu Dawud]

On Friday after 'Asr The Messenger (Peace and Blessings Be upon Him) said: "Friday has twelve periods. Among them is a period when no Muslim asks Allah for anything but He grants it to him. Search for that period late after 'Asr." [Sahihal-Jami' 8402]

When it is raining:

The Messenger (Peace and Blessings Be upon Him) said: "Two kinds of du'a are not rejected: du'a at the time of the call for prayer, and du'a during rain." [Abu Dawud]

Being a parent, while fasting and while travelling:

The Messenger (sallallaahu 'alaihi wa sallam) said: "Three types of du'a are undoubtedly granted: a parent's du'a for his children, du'a of a fasting person, and du'a of the traveller." [Abu Dawud]

While Making Sujood:

The Prophet (Peace and Blessings Be upon Him) said: "The servant is closest to his Lord while in sujud, so ask Allah in that time."

Laylatul-Qadr:

Aisha asked the Prophet (Peace and Blessings Be upon Him) What should I say on Laylatil-qadr? And he replied, O Allah, indeed you are a Pardoner,and you love pardon; so pardon me "Allahuma inaka afuuin tuhibul afua Fahafu Anni" .

Islam Is Universal
Hatimu Hatiku Yang Satu...

SINGKATNYA MASA...

Assalamualaikum wbt... 1. Kejar apa yang hendak dibawa,  jangan dikejar apa yang ingin ditinggalkan... 2. Angan-angan yang panjang,  sedan...