Ahad, 30 September 2018

Kereta dan Manusia....

Assalamualikum dan salam sejahtera...

Jika kereta rosak,
Kita akan bawa ke bengkel kereta,
Jika dibaiki baik, maka jadilah baik
Namun, jika tidak baik, rosaknya berbalik

Kesimpulannya,  bawalah ia ke tempat asal usul ciptaannya... Segalanya dirancang dan ditentukan oleh penciptanya...

Jika manusia itu bermasalah,
Manusia jadi stress dan gelisah,
Buat itu, buat ini semuanya susah,
Dibawa masalah ke tempat yang salah,
Gelisahnya hilang sementara,berbalik gelisah,
Maka carilah Allah Maha Yang Maha Permudah.

Kesimpulannya,  maka tiap masalah manusia pasti akan mudah jika kita berbalik kepada Allah.. Berfikiran waras, terlupa segera ingat, bila dah dekat teruskan niat ibadat pada tiap urusan, selagi hidup sentiasa fikirkan Allah.

Sabtu, 15 September 2018

Salam Maal Hijrah

Jangan jadikan dunia ini kerisauan terbesar kita , sedang setiap sesuatu hanyalah bersifat sementara. Letakkan akhirat dalam hati kita dan letakkan dunia di tangan kita agar mudah kita membahagikannya . jangan membeli Syurga dengan harga yang murah dan jangan gadaikan akhirat demi memiliki kesenangan dunia. Dunia ialah nikmat tetapi dunia itu menjadi kosong bila kita membuka mata sahaja dunia lah yang kita kejarkan.

pandang Allah dalam setiap sudut . besarkan Allah dalam hati kita, nescaya dunia ini menjadi kecil dan ia bukan lagi kerisauan kita.

Moga tahun baru ini lebih bermakna dibawah perhatian Allah tiap saat..

Amin

KEPIMPINAN

Nak tahu panjangnya sungai, tanya seluang, Nak tahu luasnya padang, tanya belalang, Nak tahu banyaknya ikan, tanya memerang Nak ...