Jumaat, 30 Ogos 2019

Merdeka dalam 1001 pengertian di ambang Muharam....

Assalamualaikum wbt....

Salam di ambang Muharam 1441H...
Salam kemerdekaan Malaysia ke-62...

Bersyukur kita masih mempunyai masa dalam kehidupan hari ini,
Sejauh pengalaman dan nafas yang dilalui,
Pasti ada suka duka yang dilalui...
Sesungguhnya nikmat peluang itu amat bererti.

Kematangan dalam tindakan itu adalah ukuran untuk dinilai membuat keputusan,
Sekadar suka-suka atau mempunyai maksud yang tersirat...
Perancangan dan tindakan itu perlu selari, agar bervisi, bererti dan bermotivasi.

Analogi mudah, jika seorang petani itu masuk ke kebun untuk bercucuk tanam, adakah mata kail yang perlu dibawa dan diasah?

Manakala, jika seorang nelayan turun ke lautan, adakah cangkul perlu dipikul untuk menyauk ikan?

Begitulah perumpamaan, keperluan dalam tindakan itu harus bersesuaian untuk mencapai kejayaan...

Setiap insan ada kelebihan dan kekurangan...cari kelebihan insan itu, bukan cari kekurangan sebagai perbandingan...gabungkan insan dalam satu pasukan yang lengkap...dan bukan mengambil keputusan, memberi rasa agar insan lain perlu buat apa kita hendak buat...

Sedangkan, Allah mencipta kepelbagaian sebagai rahmat kehidupan. Teruskan kecemerlangan merancang dan membuat tindakan...

Awal muharam adalah detik bagi tiap insan mencuba menjadi yang lebih baik dan diredhai Allah...Kemerdekaan itu bukan alasan kebebasan segalanya, tapi kemerdekaan itu lambang jiwa yang merdeka di bawah tawaduk sebagai insan yang bergelar khalifah di muka bumi.

Doakan agar kita semua sentiasa dibawah lindungi Allah SWT.

Amin....

Ahad, 11 Ogos 2019

Pengorbanan sehingga terkorban...

Salam Aidiladha 1440H...

Setiap insan pasti berkorban,
Tidak kira masa, wang, jiwa, dan kasih sayang,
Sedar atau tidak, pengorbanan itulah
Ujian dari Allah..

Hadap sahajalah apa yang dihadapan,
Abaikan kisah lalu,
Ambilah kenangan terindah,
Bekalkan demi masa depan.

Wallahualam

Khamis, 1 Ogos 2019

Usaha itu Komitmen...

Assalamualaikum wbt...

"Aku matahari yang tidak mampu memberi kehangatan,
Aku pelangi yang tidam mampu memberi warna,
Aku rembulan yang tidak mampu memberi cahaya,
Aku bintang yang tenggelam dalam kegelapan malam..."

Setiap usaha dan komitmen tidak mampu dipaksa manusia lain, kerana ia hadir dari dalam hati yang sentiasa mengharapkan ihsan Allah...sentiasa berfikiran positif agar akal dan niat selari dengan kehendak diri dan makbul Allah Swt...

Wasalam

KEPIMPINAN

Nak tahu panjangnya sungai, tanya seluang, Nak tahu luasnya padang, tanya belalang, Nak tahu banyaknya ikan, tanya memerang Nak ...