Ahad, 24 Januari 2010

Multiskill???

Mutakhir ini, banyak isu yang melibatkan siswazah di negara kita sukar mendapat tempat di alam pekerjaan. Adakah tidak dapat pekerjaan disebabkan majikan tidak memberi tawaran atau siswazah itu sendiri yang memilih pekerjaan yang akhirnya mereka sendiri menyalahkan pihak majikan atau kerajaan? Dan dimanakan silapnya pengangguran dan perlamabakkan orang berkelulusan tinggi yang tidak bekerja?


1.Dalam hal ini sebenarnya bermula dari rumah, iaitu didikan ibu bapa dalam mencorak fikiran anak-anak mengikut minat mereka semenjak kecil dan membawa ke cita-cita apabila besar.


2.Ibu bapa tidak seharusnya meletakkan satu ketetapan kepada anak-anak untuk memilih bidang kerjaya apabila mereka dewasa, kerana ia mungkin berjaya dalam pengajian namun tidak beridea dalam kerjaya mereka. Berbanding galakkan yang berterusan daripada ibu bapa untuk anak-anak lebih berjaya dalam bidang yang digemari dan ada masa depan.


3.Pihak kerajaan juga memainkan peranan penting sebagai pemerintah dalam menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur dan mempelbagaikan penyampaian maklumat kepada seluruh rakyat bidang-bidang yang penting untuk memacu negara.


4.Siswazah itu sendiri juga perlu membuktikan diri mereka adalah yang terbaik daripada kalangan yang terbaik.


5.Tidak cukup hanya dengan segulung sijil/diploma/ijazah tanpa mempunyai nilai tambah yang boleh menjadikan mereka yang sepatutnya terpilih daripada orang lain.


6.Penyediaan diri untuk ke alam pekerjaan juga perlu disemai semasa dalam pengajian lagi, dengan moral dan sikap disiplin yang tinggi tidak ada sebab mereka tidak mendapat peluang pekerjaan.


7.Pemilihan kos/bidang pengajian yang bersesuaian juga amat penting kerana peluang pekerjaan hanya akan ada jika kerja itu sendiri memerlukan pekerja. Maksudnya, jika bidnag yang diceburi kurang kepentingan, skopnya semakin kecil untuk mendapat pekerjaan.


8.Dan akhir sekali, walaupun tidak berpeluang mendapat pekerjaan yang diimpikan, yang dipelajari di menara gading, bukan alasan kepada siswa-siswi untuk berdiam diri dan hanya menunggu apa yang dihajati.Tidak makan gaji juga boleh teruskan hidup, kerana rezeki tidak datang dalam satu sudut sahaja, tetapi datang daripada usaha anda itu sendiri.


9.Sahutlah dengan yakin apa sahaja peluang yang diperolehi dan buktikan anda seoarang yang MULTISKILL walaupun kerjaya anda itu adalah baru bagi anda.


10.Konsep bersyukur dengan rezeki yang ada, insyAllah ada hikmah disebaliknya.

Rabu, 20 Januari 2010

Keinginan dan kenyataan...???

Keinginan?

1.Setiap antara kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk diri sendiri tidak kira peringkat usia kita.
2.Semua inginkan bahagia, ceria dan kesenangan dalam kehidupan.
3.Apa sahaja keinginan dan kehendak sentiasa ada dalam hati masing-masing untuk memenuhi setiap sudut
   kehidupan.
4.Manusia akan dibuai asmaraloka dalam angan yang tak sudah.
5.Dengan usaha yang ada, matlamat yang jelas, izin Alalh tidak mustahil semua itu pasti dikecapi

Kenyataan?

1.Kita perlu mengukur baju dibadan sendiri, tanpa ada perasaan cemburu atau dengki dengan kelebihan
   orang lain.
2.Contohi apa yang telah dilakukan orang yang telah berjaya dengan diri mereka sebelum mengecapi
   kejaayaan itu.
3.Mensyukuri setiap pemberiaan Allah, dan sentiasa meletakkan kemampuan diri sendiri melebihi keinginan
   semata.
4.Capai apa yang jelas, kejar apa yang dihadapan, sisip apa yang diperolehi, redha menjadi keutamaan untuk
   sentiasa selesa dengan nikmat dan rahmat-Nya.
5.Jangan jadikan stress sebagai penghalang kejayaan kerana stress banyak membantu sebenarnya dalam
   muhasabah diri kita.

Keinginan akan menjadi kenyataan jika kita sentiasa optimistik, berdikari, insentif diri, bersyukur, ikhlas, komitmen, jujur, serta sentiasa mengikut contoh kejayaan Rasulullah, serta insan yang telah berjaya dalam kehidupan masing-masing. Dan jauhi diri daripada sifat tamak, dengki, tidak senang hati, menyalahkan orang lain, tidak berusaha, serta tidak menerima kenyataan dalam kehidupan yang akhirnya hanya berusaha dengan slogan tanpa hasil dan perbuatan. 

Sabtu, 16 Januari 2010

Pelangi dalam kehidupan kita...




....kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari untuk kita,



kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,


puas kita menangis mencari mana matahari kita,


rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah....


<<== Orang-orang yang hebat bukanlah orang yang selalu memiliki
hal-hal terbaik dalam hidupnya, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya...



Jumaat, 15 Januari 2010

Isyarat akal turun ke hati...




Dalam kehidupan kita setiap perbuatan, kata-kata dan tindakan adalah bergantung apa yang difikir, lantas menjadi satu kesimpulan dihati...

Mengapa dikatakan begini?

Perbezaan manusia adalah akal dan iman. Jika akal mampu berfikir dengan wajar, maka tindakan di hati pasti juga positif.

Namun,

Jika perasaan hati melebihi fikiran akal, itulah yang dikatakan "Ikutkan hati mati!"

Sebenarnya,

Gunakan akal fikiran sebelum bertindak, wajar atau tidak, betul atau tidak? Barulah hasil yang diperolehi berlandaskan akal dan bukannya ikutkan hati semata.

Cuma,

Perlu tahu, beza manusia dan makhluk lain adalah akal fikiran. Ada otak tapi tak berakal, adalah sama dengan dedaun hijau dan akhirnya mati kekeringan, binatang yang makan mangsanya, dan mati akhirnya.

Kesimpulannya?

Pastikan isyarat dari akal turun ke hati, dan akhirnya lahir dengan perbuatan dan kata-kata yang baik dan sewajarnya...

Apa yang dikata, adalah untuk ingatan diri yang sedang alpa akhir zaman...Astagfirullah....

Selasa, 12 Januari 2010

Viva Palestina...


Dalam sudut kehidupan dunia beredar,
Kita setiasa melihat kerakusan zionis di bumi anbia,
Kita sering dikejutkan dengan titisan darah muslimin muslimah,
Apakah kita sudi melihat kehancuran bangsa seagama kita?
Apakah tiada wira daripada kalangan kita yang sudi kehadapan?
Adakah tiada pemimpin dunia dalam dunia yang mampu menghalang?
Adakah kita di sini hanya mampu melihat dan mendengar?

Lihatlah dunia,

Teruskan berjuang dalam menuntut hak kebenaran,
Satu masa nanti pasti kita beroleh kejayaan,
InsyAllah

Parasit cinta...



Kuntuman bunga mekar di taman,
Di taman yang indah bersama kumbang berterbangan,
Terhenti sesaat,
Didatangi parasit dalam kebahagiaan.

Salam semua...
Dalam kehidupan kini, sering kali kita melihat sikap manusia yang sukar melihat orang lain bahagia.Termasuklah dalam alam perhubungan sesama insan dalam berumah tangga, pertunangan dan juga berkawan. Ada sahaja yang tidak senang melihat orang lain bahagia. Adakah konsep bersyukur mulai luntur sehinggakan ada yang tidak senang melihat orang lain dengan kehidupan mereka? Isu ini timbul bagi menghuraikan kisah dua sejoli yang bercinta, tetapi dihadiri tetamu tidak diundang yang sedikit sebanyak telah membawa tsunami dalam perhubungan mereka. Dalam agama kita, menggangu kebahagiaan sesama manusia adalah amat dilarang, apatah lagi dalam memporak-randakan rumah tangga orang lain, waima dalam pertunangan insani. Fikirkan lah saudara...Terus ke isu pertunangan, Islam melarang seorang lelaki bertunang dengan seorang wanita yang sudah menjadi tunang orang lain. Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:


لَا يَخْطُبُ أَحَدُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ
Maksudnya: "Jangan salah seorang kamu bertunang ke atas tunangan saudaranya". Direkod oleh Malik dalam Muwatta, Syafie dalam Musnadnya, Ahmad dalam Musnadnya, Bukhari dalam Sahihnya (no: 2033) dll.

Yang dimaksudkan dalam hadis ini apabila seorang lelaki telah meminang seorang wanita, dan wanita tersebut telah menyatakan persetujuan untuk berkahwin dengannya, maka haramlah orang lain bertunang dengan wanita tersebut. Adapun jika pihak wanita belum menyatakan penerimaannya, maka tidak mengapa orang lain cuba masuk meminang. (Al-Istizkar 5/382)


Dalam hal ini, pasangan yang telah mempunyai ikatan (pertunangan) seharusnya lebih memahami dan mengenali hati budi pasangan mereka agar bunga-bunga cinta tetap utuh walaupun parasit cinta datang mengganggu. Parasit tetap datang dalam apa jua keadaan, tetapi jika pasangan tersebut mempunyai kredibiliti dalam memastikan ikatan cinta itu ke jinjang syariat yang diredhai, maka sudah pasti kata-kata 'bila jodoh tidak ke mana' boleh diadaptasikan. Segala usaha, pasti di atas kehendak Tuhan Yang Maha Esa. Jika kita berniat ke arah kebaikan, alangkah murninya ikatan cinta kalian. Sentiasalah menggunakan senjata yang telah dibekalkan dari azali lagi, iaitu berdoa dalam setiap cabaran dugaan yang sentiasa melanda kita.Sesungguhnya Allah sentiasa menunjukkan kebesaran-Nya kepada mereka yang dikehendaki.

Ahad, 3 Januari 2010

Rokok, Gula dan Roti 2010...

Tahun baru 1431 dan 2010 telah pun meninggalkan memori 2009. Bermulanya tahun baru, kita dihidangkan dengan berita mengenai harga minimum rokok dan kenaikan harga gula.

Rokok: Harga minimum bagi 20 batang rokok yang dicadangkan ialah RM6.20 sekotak. Diumumkan kerajaan bermula Januari 2010.

Gula: Harga gula naik 20 sen bagi setiap kilogram. Kenaikan terbaru ini adalah RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak

Roti: Harga roti biasa meningkat 40 sen manakala bagi harga roti klasik combo melonjak 50 sen dari harga asal.Ini kerana subsidi roti dimansuhkan daripada senarai barang kawalan.
 Barangan ini menjadi ruji harian segenap penduduk Malaysia, sedikit sebanyak ia akan memberi kesan kepada pengguna. Bezanya, gula dan roti lebih penting daripada rokok. Kenaikan harga barang ini perlu dinilai kesannya lebih mendalam adakah ia memberi manfaat atau semakin memberi kesan dalam kehidupan rakyat, terutamanya yang kurang berkemampuan.

Selain pemantauan dan penguatkuasaan yang perlu ditingkatkan bagi mengawal pihak peniaga dan penyeludup daripada mengambil kesempatan dalam hal ini. Dalam ekonomi sekarang, putaran kewangan rakyat dalam sesebuah negara dapat membantu merancakkan ekonomi negara.

Kenaikan harga barang perlu dijelaskan terperinci objektifnya, di samping tonjolkan langkah-langkah yang akan diambil selepas kenaikan harga, agar rakyat lebih jelas memahami isu ini.

Cadangan, kenaikan harga di Malaysia perlulah lebih untuk mendidik pengguna dan tidak membebankan rakyat. Contohnya, kenaikan harga rokok ini dapat membantu kempen TAK NAK oleh kerajaan kepada perokok agar kurangkan dan berhenti hisap rokok.Selain itu, harga ARAK,BABI juga perlu diambil perhatian, kerana ia banyak menyumbang masalah kepada institusi negara kita.Mungkin boleh dikaji daripada menaikkan harga barangan keperluan rakyat.

Sebagai manusia, kita tidak akan lari daripada silap membuat keputusan, dan perkara yang telah terjadi, tetap terjadi, namun ia memberi satu pengajaran dalam kehidupan kita...Mari berfikir.

FANTASI ITU REALITI

"Ada tidak menambah, Tiada tidak mengurang" Tapi, "Work to be seen, Work not to be seen" Terpenting, "K...