Mutakhir ini, banyak isu yang melibatkan siswazah di negara kita sukar mendapat tempat di alam pekerjaan. Adakah tidak dapat pekerjaan disebabkan majikan tidak memberi tawaran atau siswazah itu sendiri yang memilih pekerjaan yang akhirnya mereka sendiri menyalahkan pihak majikan atau kerajaan? Dan dimanakan silapnya pengangguran dan perlamabakkan orang berkelulusan tinggi yang tidak bekerja?
1.Dalam hal ini sebenarnya bermula dari rumah, iaitu didikan ibu bapa dalam mencorak fikiran anak-anak mengikut minat mereka semenjak kecil dan membawa ke cita-cita apabila besar.
2.Ibu bapa tidak seharusnya meletakkan satu ketetapan kepada anak-anak untuk memilih bidang kerjaya apabila mereka dewasa, kerana ia mungkin berjaya dalam pengajian namun tidak beridea dalam kerjaya mereka. Berbanding galakkan yang berterusan daripada ibu bapa untuk anak-anak lebih berjaya dalam bidang yang digemari dan ada masa depan.
3.Pihak kerajaan juga memainkan peranan penting sebagai pemerintah dalam menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur dan mempelbagaikan penyampaian maklumat kepada seluruh rakyat bidang-bidang yang penting untuk memacu negara.
4.Siswazah itu sendiri juga perlu membuktikan diri mereka adalah yang terbaik daripada kalangan yang terbaik.
5.Tidak cukup hanya dengan segulung sijil/diploma/ijazah tanpa mempunyai nilai tambah yang boleh menjadikan mereka yang sepatutnya terpilih daripada orang lain.
6.Penyediaan diri untuk ke alam pekerjaan juga perlu disemai semasa dalam pengajian lagi, dengan moral dan sikap disiplin yang tinggi tidak ada sebab mereka tidak mendapat peluang pekerjaan.
7.Pemilihan kos/bidang pengajian yang bersesuaian juga amat penting kerana peluang pekerjaan hanya akan ada jika kerja itu sendiri memerlukan pekerja. Maksudnya, jika bidnag yang diceburi kurang kepentingan, skopnya semakin kecil untuk mendapat pekerjaan.
8.Dan akhir sekali, walaupun tidak berpeluang mendapat pekerjaan yang diimpikan, yang dipelajari di menara gading, bukan alasan kepada siswa-siswi untuk berdiam diri dan hanya menunggu apa yang dihajati.Tidak makan gaji juga boleh teruskan hidup, kerana rezeki tidak datang dalam satu sudut sahaja, tetapi datang daripada usaha anda itu sendiri.
9.Sahutlah dengan yakin apa sahaja peluang yang diperolehi dan buktikan anda seoarang yang MULTISKILL walaupun kerjaya anda itu adalah baru bagi anda.
10.Konsep bersyukur dengan rezeki yang ada, insyAllah ada hikmah disebaliknya.
Perjalanan hidup ini tidak mudah yang disangka. Merintis kemungkinan, namun segalanya tetap ada hikmahnya dan segalanya datang daripada Yang Maha Esa...Yakin dan Percayalah... اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Ahad, 24 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
A.i
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...
-
"Bergerak merupakan perjuangan yang besar dalam memperoleh nasib baik." " Janganlah sekali-kali engkau bergantung pada takdi...
-
Banyak pendapat mengatakan MANUSIA dan INSAN adalah perumpamaan yang sama... Namun tanggapan ini adalah kurang tepat... Kerana WATAK dan P...
-
Assalamualaikum wbt Dan salam sejahtera.. Pokok Buluh Cina ditanam selepas tanah disediakan, dan bagi empat tahun pertama, semua perkem...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan