Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Erti Anjakan Paradigma sesama insani???

Imej
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.Dalam cinta juga perlu sentiasa memahami kehendak masing-masing agar paradigma yang wujud benar-benar memberi kebahagiaan.

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya..

"Mengkritik tidak bererti menentang, Menyetujui tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

One Goal Mindset!!!

Imej
Setiap daripada kita membina impian yang terbaik dalam diri mereka...Namun tidak siapa dapat membantu jikalau diri mereka sendiri yang tak mahu membantu diri mereka dalam menggapai segala niat dihati mereka.Setiap yang difikir datangnya daripada niat dihati kemudian barulah ia menggerakkan segala perbuatan kita ke arah hajat tersebut.Semuanya mampu berjalan lancar dengan restu Illahi...Dalam kerjaya seseorang juga,perlu diniatkan segala perbuatan dengan positif supaya seluruh perjalanan kerja dan aktiviti kerja sentiasa di bawah perhatian dan izin Yang Maha Esa...InsyAllah...

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say :

" Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripa…

Putaran kehidupan ini...

Imej
Kita hidup hanya sekali dalam bumi ini...
Tiada hukum karma yang boleh memberi peluang kepada kita...
Hargai diri kita agar menjadi insan yang terbaik untuk diri sendiri,
Jadikan hidup ini pentas untuk mencapai akhirat...
Sedari diri sendiri agar tingkah laku tersusun rapi,
Jadikan insan yang disayangi teman sejati,
Usah kita bermain api kesetiaan,
Kelak membakar diri...
Hidup kini lebih adil,
Kerana setiap perbuatan tertunai sendiri...
Ibaratnya roda yang sedang berputar,
Ia tetap menjadi putaran lengkap satu bulatan.
Begitulah hidup kita yang sentiasa adil dengan apa kita lakukan...

What u need? What u want?

Imej
Kadang-kadang kita lupa apa yang kita kejar di hadapan,
Kita lupakan apa yang mengejar kita di belakang...
Tidak dinafikan setiap impian mampu menjadi kenyataan...
Kenyataan dalam impian bukan mudah untuk dibualkan,

Bukan omongan kosong yang boleh menjadi sandaran..

Semakin kita laju berlari dari bayangan,
Semakin laju jugalah bayangan yang mengekori,
Apakah ini semua memang rancangan yang dibuat semata-mata?
Untuk memfaktakan sesuatu yang terang-terangnya auta?

Semuanya hadir dan melalui satu siratan akal dan hati..

Entah bagaimana seseorang insan itu mampu terus bertahan,
Dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam suratan kehidupan,
Tidak mudah seperti yang disangka,
Melainkan keikhlasan dalam mentadbir diri sujud ke-hadrat Illahi...


Bukan susah nak jadi susah,
Dan bukan senang nak jadi senang...


Muhasabah diri tiap kali mata ingin terpejam mampu mengubah hari esok...

12 Rabiul Awwal 1430H

Imej
Esok genaplah purnama kita menyambut hari kelahiran junjungan besar kita

Nabi Muhammad s.a.w.

Di sini marilah kita mengambil kesempatan berselawat kepada baginda,

Berdoa agar kita umat Islam di akhir zaman ini sentiasa dekat bersama baginda...

Agar mendapat syafaat baginda di mahsyar nanti...

Sunah Rasulullah kita ikuti lebih-lebih lagi dalam menghadapi ancaman mucuh Islam secara tersurat mahupun tersirat...

Sirah Rasulullah s.a.w untuk kita semua tatapi dan ingati kembali...:

1.Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber

yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan

Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau

bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal

tahun Gajah.

2.Menjadi Rasul dalam Rabiulawal ini juga semasa berumur 40 tahun dan seterusnya

berdakwah secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3.Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah …

Motivasi Anda Bagaimana Agaknya???

Semua insan tidak mengira usia,latarbelakang jantina dan apa sahaja yang membezakan mereka tetap memerlukan motivasi.Tidak kisah lah motivasinya datang daripada orang lain mahupun dirinya mereka sendiri...Apa pentingnya motovasi??? Untuk apa??? Sedangkan motivasi ni dapat menjadikan seseorang tu orang yang HEBAT!!! Walhal orang yang kurang siuman juga ada cara maereka tersendiri!!! Dalam menzahirkan motivasi diri,kita perlu banyak BERINTERAKSI DAN BERKOMUNIKASI sesama insan.Di sini,kita boleh renungkan
APA KATA DATO' DR.FAZILAH KAMSAH melalui kajian beliau....

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksidengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengankita ialah:
1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.
2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang(walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang disekeliling kita.
4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang,senyuman, bantuan tenaga,

masa,nasih…

Cerita Kita dan Bantal-Bantal???

Dalam tidur dalam jaga kita semua ada watak dan perwatakan...Terdapat kajian menunjukkan perwatakan kita dan sang bantal mampu disandarkan dengan watak kita yang sebenar.Jadikan ia pengetahuan kita bersama....WALLAHUALAM...


1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik.…

Apa warna hidup kalian???

Imej
Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.
Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.
Merah - Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.
Merah terang - Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.
Merah jambu - Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.
Biru tua - Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung…