Ahad, 8 Mac 2009

12 Rabiul Awwal 1430H


Esok genaplah purnama kita menyambut hari kelahiran junjungan besar kita

Nabi Muhammad s.a.w.

Di sini marilah kita mengambil kesempatan berselawat kepada baginda,

Berdoa agar kita umat Islam di akhir zaman ini sentiasa dekat bersama baginda...

Agar mendapat syafaat baginda di mahsyar nanti...

Sunah Rasulullah kita ikuti lebih-lebih lagi dalam menghadapi ancaman mucuh Islam secara tersurat mahupun tersirat...

Sirah Rasulullah s.a.w untuk kita semua tatapi dan ingati kembali...:

1.Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber

yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan

Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau

bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal

tahun Gajah.

2.Menjadi Rasul dalam Rabiulawal ini juga semasa berumur 40 tahun dan seterusnya

berdakwah secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3.Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika

itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda

sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat

Jumaat yang pertama.

4.Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara

tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah

peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul

Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5.Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari

Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra

dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6.Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu

menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di

Dewan Bani Sa'idah.Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau

seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan

pengkebumian jenazah Rasulullah saw diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7.Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq

dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8.Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan

tentera Salib seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9.Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah

ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun

897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid

ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Tiada ulasan:

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...