Sabtu, 7 Mac 2009

Motivasi Anda Bagaimana Agaknya???

Semua insan tidak mengira usia,latarbelakang jantina dan apa sahaja yang membezakan mereka tetap memerlukan motivasi.Tidak kisah lah motivasinya datang daripada orang lain mahupun dirinya mereka sendiri...Apa pentingnya motovasi??? Untuk apa??? Sedangkan motivasi ni dapat menjadikan seseorang tu orang yang HEBAT!!! Walhal orang yang kurang siuman juga ada cara maereka tersendiri!!! Dalam menzahirkan motivasi diri,kita perlu banyak BERINTERAKSI DAN BERKOMUNIKASI sesama insan.Di sini,kita boleh renungkan
APA KATA DATO' DR.FAZILAH KAMSAH melalui kajian beliau....

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksidengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengankita ialah:
1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.
2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang(walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang disekeliling kita.
4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang,senyuman, bantuan tenaga,


masa,nasihat, idea,pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum

kita memarahi seseorang.
6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain.Pastikan setiap orang seronok berinteraksi

dengankita.
7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.
8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiapmasa. Peribadi yang kurang sopan akan

membuatkan orang lain mual terhadap kita.
9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada

kita.
10.Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri
kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.
11.Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.
12.Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan

mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13.Pamerkan simpati kepada individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14.Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15.Sampaikan berita baik tentang orang lain dansembunyikan keburukan dan kelemahan orang

lain.
16.Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah denganseseorang dan iringi perpisahan

dengan doa.

Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain.

Ingatlah pesanan seorang sarjana:

Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu),sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.

Begitulah alkisahnya...

SO????

2 ulasan:

MaTaHaRi berkata...

Kita tidak mampu untuk memuaskan semua orang, kita cuma mampu buat yang terbaik. Ini salah satu kenyataan yang selalu didengar, mungkin juga salah satu kata2 motivasi yang dimiliki. Terkadang, letak lah pe saje motivasi dari pakar mana sekalipun bila hakikat realiti yang tersurat dan tersirat memain peranan, motivasi dah tak boleh jadi jatidiri untuk terus tidak memikirkan kekurangan diri kerana tidak dapat seperti yang didambakan.

asimilasi_69 berkata...

ermmmmmmm....
betul kata2 dr MATAHARI tue....

PERSONA PERANGAI

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera... Satu ketika nanti, pasti dunia ini akan dihancurkan, Setelah fasa-fasa kehidupan seorang i...