Ahad, 29 Ogos 2010

Kisah Kelmarin Bagaikan Esok Hari...

Seharusnya, secebis kasih Mu membawa berjuta impian dan harapan dalam melayari kehidupan sufi yang penuh dengan tanda tanya. Kisah yang dicari tidak mudah untuk dilalui kerana tika tersilap langkah, tajamnya menusuk bagaikan duri beracun. Namun jika hidup ini mampu dilalui walau beribu gembira dan sedih, ia tetap menjadi sirah agung dalam kehidupan kita. 

Seharusnya kita mengerti apa erti ciptaan ini kerana setiap hikmah yang berlaku menjadi pegangan abadi kita disebalik kehidupan yang penuh asmaraloka ini.


Ada mata lihat, ada telinga dengar dan ada mulut diam...Fikirkan

Jumaat, 27 Ogos 2010

Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Asslamualaikum dan salam ramadhan buat kalian semua...Untuk menu mata dijuadah ilmu:


Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan. 

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Jadi di sini kesimpulannya, membaca Al Quran setiap malam adalah jalan menuju ke Lailatul Qadar.

InsyAllah

FANTASI ITU REALITI

"Ada tidak menambah, Tiada tidak mengurang" Tapi, "Work to be seen, Work not to be seen" Terpenting, "K...