Ahad, 19 Julai 2009

Fire from the sun can burn heart of love...


Kadang-kadang manusia ni terlupa dia adalah makhluk yang kerdil...Lupe ada makhluk alam yang besar dari mereka.Lupe mengubah revolusi diri,sedangkan ciptaan Allah yang lain,contohnya matahari juga ada perubahan dalam kehidupan sendiri.Kita hanya pelakon dipentas dunia sahaja! Cinta itu hadir bukan dijemput,tapi ketentuan.Orang yang bercinta perlu ada karisma mendalam yang mengerti apa itu hari esok,dan mengapa hari ini ada untuk mereka.Kenali diri agar erti bersyukur sentiasa ada tiap saat nyawa dilanjutkan.


1. CINTA

Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.


2. RESPECT

Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s get do it.


3. BERSYUKUR

Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahawa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.


4. BAHAGIA

Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.


5. FORGIVENEES

Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.


6. BERBAGI

Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curahan hati sesama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.


7. KEJUJURAN

Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.


8. KETULUSAN

Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.


9. KEPEKAAN

Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka.Hatimu hatiku yang satu itu anugerah illahi.


10. KEDAMAIAN

Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal,tak dapat dijual beli dan tak dapat diwarisi.


Sukarnya hidup di dunia ini andai tiada pemandangan yang indah.Mengikut kajian,minda kita hanya dapat mengagak namun tidak mampu memastikan ketepatan sesuatu perkara itu.Ini kerana kita tak mampu menjadikan impian sebagai realiti jikalau kurang berdoa kepada yang Hak,iaitu Allah SWT.Renungkanlah wahai saudara...

Jumaat, 10 Julai 2009

Who's CEO???



A chief executive officer (CEO) or chief executive is one of the highest ranking
corporate officers (executives) or administrators in charge of total management.

An individual selected as president and CEO of a corporation, company, organization, or agency, reports to the board of directors. In internal communication and press releases, many companies capitalize the term and those of other high positions, even when they are not proper nouns.

Malay: Ketua Pegawai Eksekutif
From Wikipedia, the free encyclopedia


Hmm...Begitulah definisinya...




Sebenarnya,bagi pandangan insan yang mengerti maksud disebalik CEO,mereka pasti lebih jelas mengapa ada gelaran sebegini dalam kehidupan seharian.




Sebenarnya siapa CEO?




Sebenarnya CEO ialah diri kita sendiri.




Kenapa?




Setiap insan dilahirkan untuk menjadi khalifah/pemimpin.So,
Masing-masing perlu mengurus dan mentadbir diri mereka dahulu setidaknya,serta menjadi pemimpin kepada semua peringkat agama,keluarga,bangsa dan masyarakat amnya.




Apa tugas nak dipikul?




Sebagai insan yang memahami tugasan dan tanggungjawab yang dibawa dari azali ke muka bumi ini,seharusnya lunas kehidupan yang hakiki dan pegangan dalam iman akan membawa satu sistem kehidupan yang bersistematik dan efisyen.Ini dapat dinilai daripada keberkesanan sesuatu pentadbiran yang ada.Semua insan adalah satu kumpulan kehidupan dan memerlukan antara satu sama lain,dan mereka yang layak,perlu menjadi pemimpin/CEO.




Ciri-ciri yang perlu ada?




Berkarisma dan berilmu adalah faktor utama dalam menjadikan diri seorang CEO.




Siapa yang layak menjadi CEO?




Semua insan dalam dunia adalah CEO,adalah kalifah yang mempunyai tugasan dan tanggungjawab masing-masing dalam kehidupan mereka.

hmmm...Kau dan aku layak bergelar CEO kerana kita adalah khalifah dimuka bumi ini.Andaikata bumi ini hancur,kau dan aku juga lah yang tidak mampu menjaga dan menguruskan amanah dan tanggungjawab daripada Yang Maha Esa.

"Bekerjalah seolah kita akan hidup 1000 tahun,dan beribadahlah kita seolahnya hanya tinggal esok hari untuk kita di sini"

Selasa, 7 Julai 2009

Critical thinking!!!!




Dalam permasalahan dan sebarang isu,samada kecil atau besar setiap manusia perlu ada satu 'softskill' dalam diri mereka.Dengan kata yang lebih mudah,kemahiran membuat keputusan dalam masa yang segera dan tepat.Ini juga dikategorikan sebagai 'Critical thinking' yang mampu menjadikan seseorang itu tidak lembap dalam membuat keputusan yang dituntut.Walaupun kadang-kadang sesuatu keputusan itu berisiko,namun sebagai insan yang bertangungjawab,kita harus bersedia dengan sebarang impak hasil keputusan yang dibuat.Perkara ini merangkumi semua aspek dalam kehidupan kita,dan antara nilai yang boleh dipupuk dalam mewujudkan sikap ini,ialah:

1. Sentiasa optimis dalam menyelesaikan masalah
2.Positif dalam setiap tindakan
3.Bertanggungjawab pada hasil keputusan
4.Tetap pendirian dan tidak was-was
5.Berfikiran jauh
6.Bersikap dinamik membuat analisa masalah yang ada
7.Doa

Dan,

Akhir sekail,selepas berusaha dan berdoa,
Paling penting yakinlah (TAWAKAL) pada Yang Maha Esa,baik buruk itu adalah ketentuan-NYA.

Jikalau baik niat kita,baiklah hasilnya,jikalau buruk niat kita,buruklah hasilnya.
Untuk menjadi manusia HEBAT, kita harus sentiasa bersikap rasional dan berfikir di luar kotak pemikiran Kerana beza manusia dengan hidupan lain,ialah akal.So,gunakanlah akal kita semaksima mungkin!!!!

Tanya hati,buat tindakan....


Isnin, 6 Julai 2009

Selalu yang terjadi...

CINTA : (sebelum kahwin)

C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama


(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH : (sebelum kahwin)


K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.


(selepas kahwin)

K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.


SAYANG : (sebelum kahwin)


S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.


(selepas kahwin)


S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.


HATI : (sebelum kahwin)


H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.


(selepas kahwin)

H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?


tetapi yg seharusnya ialah...


C- Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, terbatas
I- Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N- Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T- Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A- Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.


K- Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A- Akad dilafaz cinta berbunga
S- Suami disanjung-tinggi
I- Isteri disayangi
H- Harumlah kasih sepanjang zaman


S- Sayangkan Isteri kasihkan suami
A- Ada masalah, dibincangkan bersama
Y- Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A- Amalkan hidup bertoleransi
N- Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G- Gaduh sesekali tu perkara biasa

H- Hati suami mesti dijaga
A- Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T- Tanggung-jawab dipikul bersama
I- Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Setiap insan dah termaktub bahagian masing-masing dalam kehidupan ini...Baik datangnya dari Yang Maha Esa,dan yang buruk datangnya dari diri sendiri.Kenapa setiap pasangan perlu memikirkan sesuatu yang tidak rasional semasa ada perselisihan faham? Kerana setan yang punya angkara.Dalam perhubungan perlukan satu ikatan konkrit yang tak mudah goyah...Doa sebagai pendinding...Percayalah setiap niat untuk membina masjid impian,tiada yang buruk selain kebaikan Illahi semata...Sukar untuk digambarkan sesuatu yang indah,andai tidak tahu bersyukur apa yang ada...Yakinlah,optimis dan pegang pada tali janji,dan selalu positif dalam perhubungan.
Always doa,if u forget it....,hmm..sorry...Wallahualam

Sabtu, 4 Julai 2009

Cinta Yang Amor....



Setiap insan,
Kau dan aku,
Sungguhpun tak sama,
Tapi ada persamaan...
Persamaan apa?

Semua orang ada hati dan perasaan,
Cuma bagaimana ia dilabelkan,
Dinilai dan dirasa,
Sungguh ia datang tanpa dipinta....

Bagaimana mungkin?

Ibarat angin,
Dapat dirasa namun tak dapat disentuh,
Sejuk dan panas ia cuma dirasai,
Cukup suci bagi yang menghargai....

Sungguhpun begitu...

Hanya kau dan aku yang harungi,
Apa erti perasaan hati ini,
Ribut taufan hanya seketika,
Kerana ia datang membawa ingatan Illahi...

Jadilah diri sendiri untuk orang lain lebih memahami apa erti cinta itu,jikalau bercinta....
What u give,u can get back!!!
Life is fair!!!
Don't forget,today is ur step for new day and after!!! hmmmmmmm..............

Jumaat, 3 Julai 2009

Ada apa denganmu???


Jangan simpan kata-kata buat seseorang,
Lantaran akhirnya kita terpaksa mencatatkan pada pusaranya,

Ungkapkanlah,

Setiap kata yang dibenakmu itu selagi ada hayatnya...

Apa yang ada padamu dan padaku?

Hanya sekadar tulisan dan kata-kata sebagai senjata untuk menghiasi onak duri dalam kehidupan...

Buat mereka yang mengerti erti satu falsafah kehidupan ini...

Khamis, 2 Julai 2009

A (H1N1) IS SELSEMA BABI...

Apakah tanda dan gejala Influenza A(H1N1) pada manusia?

Tanda dan gejala Influenza A(H1N1) pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

Apakah rawatan bagi Influenza A(H1N1)?


Kebanyakan kes Influenza A(H1N1) yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A(H1N1) daripada manusia kepada manusia yang lain?


Mereka yang dijangkiti virus Influenza A(H1N1) boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset). Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?


Elakkan penyebaran kuman selesema dengan mengambil langkah-langkah berikut:

-Jika anda batuk atau bersin:
-Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
-Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
-Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
-Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air,

terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.
-Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.
-Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi

memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau
mulut anda.

Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A(H1N1).

Bagi maklumat lanjut, sila ke
laman web Kementerian Kesihatan atau www.moh.gov.my atau hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my.

Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan nasihat perjalanan (Travel Advisory) kepada rakyat Malaysia agar menangguh atau tidak melakukan lawatan antarabangsa keluar negara terutamanya ke negara yang sedang dilanda wabak sekiranya tidak perlu dan sekiranya keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Mereka-mereka yang baru balik dari luar negara terutama dari negara yang dikesan mempunyai kes Influenza A(H1N1) diminta untuk membuat pemeriksaan sendiri dan sekiranya menpunyai tanda-tanda demam, batuk atau tanda-tanda jangkitan salur pernafasan, mereka diminta mendapat rawatan segera dari klinik yang berdekatan.

SINGKATNYA MASA...

Assalamualaikum wbt... 1. Kejar apa yang hendak dibawa,  jangan dikejar apa yang ingin ditinggalkan... 2. Angan-angan yang panjang,  sedan...