Selasa, 30 Ogos 2016

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-59

Kemerdekaan hari ini bukan mudah dicapai,

Kemerdekaan di atas keringat dan idea insan dahulu,

Kemerdekaan tiada jaminan sekiranya penyatuan bangsa,

Kemerdekaan adalah perjuangan,

Kemerdekaan atas satu bendera,

Kemerdekaan atas bangsa negara,

Kemerdekaan demi mempertahankan Islam, bangsa dan negara,

Kemerdekaan itu anugerah Allah bagi setiap warganegara...

Ahad, 28 Ogos 2016

Wind Of Change

Assalamualikum & salam sejahtera...

Mutakhir ini, cuaca sukar diramal, walaupun dunia mempunyai teknologi 'super duper' bagi meramal iklim dunia, namun mungkin masih tidak tepat ramalannya...

Kejadian bencana alam berlaku setiap hari di dunia. Benar la mukjizat Al Quran dan janji Allah..

Manusia hanya mampu meramal, kepastian Allah itu benar...assababnya manusia itu adalah bertanggungjawab di muka bumi ini...

Begitu la secara signifikasinya, perubahan diri ke arah kebaikan itu perlu dalam hidup kita...doa kepada Allah dalam setiap hal yang kita laksanakan di dunia ini..usaha terus berubah saat ini! Insyallah pasti mampu berubah....

Sabtu, 20 Ogos 2016

Gagal Merancang...

Assaalamuikum dan salam sejahtera...

Dalam kehidupan ini, cabaran dan dugaan adalah resam dalam mencapai kejayaan. Waima, ingin mencapai cita-cita.

Tiada perkara yang tidak boleh dibuat, cuma keputusan yang diterima itu sahaja ukurannya. Kalau redha, pasti yang gagal itu disambut baik.

Usaha itu tidak ada erti gagal, kerana tanpa usaha kejayaan atau kegagalan itu tiada makna.

Dipendekkan, sesuatu perkara yang dilaksana perlu dirancang dan boleh dirancang. Hanya keputusannya bukan ditangan kita. Biarlah usaha kita dinilai Allah, insyallah berjaya dalam usaha itu.

"Gagal merancang, adalah merancang untuk gagal"... Fikirkan...

FANTASI ITU REALITI

"Ada tidak menambah, Tiada tidak mengurang" Tapi, "Work to be seen, Work not to be seen" Terpenting, "K...