Khamis, 30 Disember 2010

F.I.O (FIRE INVESTIGATION OFFICER)???


F.I.O (FIRE INVESTIGATION OFFICER)??? -------> PEGAWAI PENYIASATAN KEBAKARAN...

Penyiasatan kebakaran merupakan salah satu bidang siasatan forensik yang diamalkan oleh beberapa negara termasuk di negara ini. Kebanyakan proses siasatan dijalankan adalah untuk mengetahui sama ada terdapatnya elemen arson dalam sesuatu kes. Kesukaran dalam menentukan kes arson juga sering berlaku disebabkan kebanyakan proses kebakaran dan pemadaman telah menghapuskan bahan-bahan bukti. Berdasarkan daripada Guide for Fire and Explosion Investigations NFPA 921, Punca Kebakaran telah diklasifikasikan kepada empat perkara iaitu :-

a) Semulajadi
b) Kemalangan
c) Sengaja Dibakar
d) Tidak Diketahui

Manakala sumber nyalaan pula terbahagi kepada beberapa perkara seperti berikut :-

a) Kilat / Cahaya Suria
b) Tindakbalas Spontan (Auto Ignition)
c) Kegagalan Sistem Pendawaian Elektrik
d) Kegagalan Fungsi Peralatan Elektrik
e) Kesan Geseran / Hentaman
f) Api Terbuka (Open Flame)
g) Api Berbara (Glowing Fire)
h) Letupan
i) Tindakbalas Kimia
j) Permukaan Bahan Berhaba Tinggi (Hot Surface Material)

Kini pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia sering menghadapi cabaran di bidang siasatan disebabkan setiap kebakaran melibatkan pelbagai bahan rekaan manusia yang melibatkan elemen-elemen yang kompleks. Justeru itu, penyiasat bukan sahaja hanya perlu mengetahui pengetahuan di bidang sains sahaja, bahkan meliputi bidang pembinaan, elektrik, sifat manusia, kenderaan, kimia, industri dan sebagainya.

Cuba bayangkan proses kerja seorang F.I.O dalam cabaran dunia masa kini???

Rabu, 29 Disember 2010

"RESPONSE TIME" DALAM KECEMASAN



Dengan adanya sistem komunikasi seperti MERS999 dan CCS 994 (sebelum ini), mengikut Perintah Tetap bilangan 1 tahun 1987 perlulah memberi penekanan kepada proses komunikasi dewasa (adult communication) yang mana dalam proses ini pegawai penerima perlu menekankan sikap toleransi, kesabaran, bersopan, menghormati orang luar dengan berbudi bahasa dan bertutur dengan baik. Tidak menyoaal pemanggil (mangsa) tidak tentu hala, bersuara keras atau menengking walaupun pemanggil bercakap dalan keadaan kelam-kabut.

Dengan ini proses penerimaan maklumat daripada orang awam mengenai kecemasan dapat dipercepat. Dengan pegawai-pegawai yang terlatih untuk menerima panggilan kecemasan, tindakan menangani kecemasan dapat dilakukan dengan pantas. Sokongan daripada sistem seperti MERS999 dan Central Monitoring Systems (CMS) dapat membantu keputusan "response time" yang diperuntukan oleh jabatan. Contohnya, jentera Bomba dan unit MPV (PDRM, AMBULAN dapat dikeluarkan dalam kadar segera setelah menerima isyarat sah daripada sistem ini.

Walaubagaimanapun, sikap pemanggil (orang awam) adalah paling utama dalam melancarkan proses penyampaian maklumat yang berkesan. Jadinya kesimpulannya semua pihak perlu memainkan peranan dalam usaha murni bagi kesejateraan sejagat.

Selasa, 28 Disember 2010

Keracunan. adakah anda tahu???


Racun adalah satu bahan yang jika di sedut baunya , ditelan, penyerapan, atau disuntik, membahayakan struktur atau fungsi tubuh. Setengah setengah jenis racun boleh bertindak serta merta keatas tubuh manusia, seperti cyanide, adalah terlalu toxic dan ia memerlukan hanya seminit untuk membunuh, sementara Carcinogenic , menyebabkan cancer yang membunuh setelah terdedah untuk masa yang lama.

Pastikan pada setiap masa bahan beracun hanya disimpan apabila diperlukan sahaja. Pil dan lain lain ubat hendaklah dijauhi daripada kanak kanak dan dikunci.

JANGAN menyimpan bahan bahan sebegini di dalam bekas yang boleh menarik minat. Semua bahan seumpamanya hendaklah dilabel dan difahami sebelum mengunakan nya. Semua bahan beracun dilupuskan secara teratur dan selamat.
Berikut adalah tanda dan symptom bagi pesakit yang kena keracunan.

Tanda tanda dan symptom keracunan:

•Dapatkan sejarah atau cerita , dapatkan bekas isian yang telah kosong atau
yang masih berisi atau kadang terdapat nota yang ditulis oleh pesakit yang
hendak membunuh diri.
•Pucat, sejuk, kulit melekit.
•Nadi menjadi cepat, lemah
•Loya loya dan / atau muntah.
•cyanosis (blue color)
•terbakar / lecur di sekitar mulut
•pandangan yang kabur
•telinga berdengung
•berbau
•perut sakit dan kejang
•mual dan di ikuti tidak sedarkan diri.

Semoga kita sentiasa berhati-hati...

Ahad, 19 Disember 2010

Startegi & Strategi Perkahwinan

Ehsan daripada pembacaan seseorang mengenai...Perkahwinan...

Setiap perkahwinan akan berada dalam salah salah satu daripada dua situasi;
sentiasa mengarah pada kebahagiaan atau sentiasa mengarah pada penderitaan.
Jarang yang berada di tengah-tengah; bahagia tidak, derita pun tidak.
Selalunya ia akan memberat kepada salah satu.

Perkahwinan yang dimulakan tanpa persediaan yang mencukupi tidak mustahil
akan sentiasa menuju ke arah penderitaan manakala perkahwinan yang sempurna
persediaannya tidak mustahil menuju ke arah kebahagiaan. Apakah
bentuk-bentuk kebahagiaan yang dimaksudkan?

1. Bahagia apabila berpandukan agama

Bahagia, melalui suluhan agama bermaksud kehidupan yang didasarkan pada
kehendak ALLAH sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi dan Rasul-NYA. Mungkin
tidak semuanya mampu kita lakukan tetapi sekurang-kurangnya kita
bercita-cita untuk menjadikan Islam itu sebagai cara hidup kita dan berusaha
ke arah itu. Bahagia dalam suluhan agama tentunya membuahkan hasil cemerlang
untuk dunia dan akhirat.

2. Berilmu

Hendak melakukan apa pun, kita perlu berilmu. Ilmu membezakan kualiti hasil
kerja seseorang dengan seseorang yang lain. Melayari rumah tangga ibarat
mengemudi sebuah bahtera. Tanpa ilmu mustahil rumah tangga dapat distabilkan
apabila cabaran datang sebagaimana mustahil menyelamatkan bahtera daripada
tenggelam jika ilmu tentang pelayaran tidak mencukupi.

Ilmu melayari rumah tangga meliputi segalanya – psikologi, agama, ekonomi,
politik, sosial dan lain-lain.

3. Berbekalkan kasih sayang

Bukan semua perkahwinan bermula dari kasih sayang. Sesetengah perkahwinan
bermatlamatkan perniagaan, politik-politik tertentu bahkan ada yang memang
berteraskan niat-niat jahat. Kebahagiaan memang tidak akan ditempuh dalam
satu-satu perkahwinan yang tidak ditolak oleh kasih sayang. Oleh yang
demikian, ikhlaslah dalam berkasih sayang.

4. Jujur

Banyak perkahwinan runtuh akibat kejujuran yang terhakis. Kejujuran
datangnya dari hati yang ikhlas. Tanpa keikhlasan,kejujuran sukar dibentuk.
Jujurlah menyayangi pasangan anda kerana kejujuran ibarat pelekat pada dua
keping kertas yang asalnya terpisah.

5. Membasmi perhubungan silam

Masih ada kenangan-kenangan lama? Hapuskan segera dan tumpukan perhatian
anda pada pasangan anda sekarang. Mungkin anda tidak akan mampu menghapuskan
kesemuanya, layanilah seadanya. Selagi ia tidak mengabaikan perhatian serta
tanggungjawab anda, ia masih dikira munasabah tetapi andainya ia membuatkan
anda lupa kewajipan yang sedang dipikul, maka anda amat bersalah.

6. Cinta seadanya

Cintailah pasangan anda itu seadanya. Jangan terlalu menyintai takut-takut
anda tidak redha dengan ketentuan ILAHI andai ditakdirkan dia pergi dulu.
Takut-takut anda terlalu membencinya jika perpisahan terjadi menyebabkan
anda bertindak sesuatu di luar batasan.

7. Menjaga lidah

Lidahlah yang membuka pintu Syurga dan dengan lidah jugalah terbuka pintu
neraka. Rumah tangga turut menjadi neraka apabila lidah disalah guna.
Gerakkan lidah untuk memuji pasangan. Selongkarlah kehebatannya dan
perkatakan selalu, jangan asyik membangkitkan kelemahannya, kelak dia benci
dan marah.

8. Kewangan yang stabil

Kehidupan mutakhir ini memerlukan kewangan yang kukuh untuk menikmati segala
kemudahan yang ditawarkan. Anda perlu berusaha kuat untuk memastikan
keluarga yang anda bentuk tidak goyah oleh faktor ekonomi. Ia satu perkara
yang sangat perlu anda berikan perhatian.

9. Kesediaan mutlak

Sebaik sahaja anda melangkahkan kaki ke alam perkahwinan, anda perlu sedar
dengan semua risiko yang bakal dihadapi. Kesemuanya menjadi mudah jika anda
telah benar-benar bersedia untuk mengongsikan hidup anda dengan seseorang
yang sebelum ini asing bagi anda. Kesediaan anda perlu mutlak.

10. Tiada imaginasi liar

Nikmati hidup ini dengan imaginasi indah mengikut ketentuan ILAHI. Semua
gangguan yang datang jangan disambut dengan imaginasi liar, kelak ia akan
merosakkan hidup anda, seterusnya meruntuhkan rumah tangga anda.

Untuk renungan insan yang ingin membina masjid kehidupan...

Rabu, 15 Disember 2010

Goblok???

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Goblok adalah sebuah kata yang artinya "bodoh" atau "tolol". Biasanya dipergunakan sebagai ekspresi kemarahan terhadap kebodohan/ketidakmampuan seseorang dengan sangat. Contoh: "Goblok lu!!, gitu aja gak bisa".

Walaupun demikian, penggunaan kata ini lebih menunjukkan ketidakmampuan orang yang mengatakannya akibat tidak dapat mengendalikan emosinya.

Kesimpulannya, tidak sempurna seseorang itu jika memanggil "goblok" ke atas seseorang yang lain, kerana setiap manusia itu adalah sempurna disisi Allah...

Renungkanlah...Antara "GOBLOK" dengan "GOHEAD", yang mana satu lebih baik???

Selasa, 14 Disember 2010

Bidadari si suami...

Lembutmu tak brerti kau mudah dijual beli,
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan,
Tapi kau sayap kiri pada suami yg sejati,
Disebalik bersih wajahmu disebalik tabir dirimu,
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri,
Itulah sekeping hati yang takut pada Illahi,
Berpegang pada janji mengabdikan diri,
Aduhai puteri ku sayang,
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana,
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama,
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya,
Melainkan kau sendiri yg pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng Negara dan agama,
Dari dirobohkn dan jua dari dibinasaknnya,
Wahai puteri ku sayang,
kau bunga terpelihara,
Mahligai syurga itu tempatnya..

Hijrah satu transformasi diri...

Salam Maal Hijrah 1432H buat semua rakan-rakan dan pembaca yang beragama Islam...

Dalam diam, bumi kita telah menempuhi tahun baru sedangkan banyak urusan kita yang tidak sudah sebelum ini.

Kalau nak difikirkan sampai ajal semua benda tak siap dan tak dapat...

Itulah manusia yang boleh dikatakan sentiasa tidak cukup...

Apa yang penting segala yang terbaik untuk tahun lapas perlu disyukuri,yang tidak baik perlu diperbaiki,dan dukacita perlu diredhai,yang sedih perlu tabah, yang gembira perlu sentiasa beringat...

Hidup tak sentiasa di atas dan tidak sentiasa di bawah,

Langit tak sentiasa cerah,

Sejarah mungkin boleh berulang,

Luka lama boleh berdarah kembali,

Manis boleh menjadi pahit,

Hempedu boleh menjadi ubat,


Segalanya liku-liku hidup sebagai manusia yang tugasnya amat besar di dunia ini...

Semoga ALLAH merahmati dan melindungi kita sempena tahun baru Maal Hijrah...

Amin....

Isnin, 6 Disember 2010

Percintaan ibarat satu janji yang dibuat dalam hati,
Tak dapat ditulis,
Tak dapat dibaca,
Tak berubah dek masa,
Sekali hati mencintai,
Selamanya tetap mencintai,
Terlalu sayang,
Buatkan perasaan cinta semakin kuat,
Cinta yang ingin diluah,
Jauh dimata,
Buatkan kerinduan,
Dan,
Dalam kerinduan cinta itu sentiasa dalam ingatan...
Tak perlu dicuragai perasaan yang wujud dari azali,
Kerana iringi doa sentiasa dekat dihati....

Jumaat, 3 Disember 2010

Andai Dunia Kita yang Punya?


Apa yang dinilai dalam kehidupan kita, adalah asas dalam satu perjalanan yang lebih jauh sebenarnya,

Kita tidak akan dapat menjangka apa yang ada di hadapan kita,

Berbekalkan ilmu dan jiwa yang kental dalam diri kita,

Kita mampu menjadi yang terbaik daripada kalangan terbaik,

Semua urusan dan keputusan ditentukan Illahi,

Namun dengan usaha yang kita buat,

InsyAllah kita dijalan yang benar dalam mengecapi kejayaan kehidupan.

Andai dunia kita yang punya???

Terpulang bagi anda dalam mentafsirkan persoalan ini,

Kerana yang pasti kita ada tanggungjawab sebagai khalifah di dunia ini...

FANTASI ITU REALITI

"Ada tidak menambah, Tiada tidak mengurang" Tapi, "Work to be seen, Work not to be seen" Terpenting, "K...