Perjalanan hidup ini tidak mudah yang disangka. Merintis kemungkinan, namun segalanya tetap ada hikmahnya dan segalanya datang daripada Yang Maha Esa...Yakin dan Percayalah... اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Khamis, 30 Disember 2010
F.I.O (FIRE INVESTIGATION OFFICER)???
F.I.O (FIRE INVESTIGATION OFFICER)??? -------> PEGAWAI PENYIASATAN KEBAKARAN...
Penyiasatan kebakaran merupakan salah satu bidang siasatan forensik yang diamalkan oleh beberapa negara termasuk di negara ini. Kebanyakan proses siasatan dijalankan adalah untuk mengetahui sama ada terdapatnya elemen arson dalam sesuatu kes. Kesukaran dalam menentukan kes arson juga sering berlaku disebabkan kebanyakan proses kebakaran dan pemadaman telah menghapuskan bahan-bahan bukti. Berdasarkan daripada Guide for Fire and Explosion Investigations NFPA 921, Punca Kebakaran telah diklasifikasikan kepada empat perkara iaitu :-
a) Semulajadi
b) Kemalangan
c) Sengaja Dibakar
d) Tidak Diketahui
Manakala sumber nyalaan pula terbahagi kepada beberapa perkara seperti berikut :-
a) Kilat / Cahaya Suria
b) Tindakbalas Spontan (Auto Ignition)
c) Kegagalan Sistem Pendawaian Elektrik
d) Kegagalan Fungsi Peralatan Elektrik
e) Kesan Geseran / Hentaman
f) Api Terbuka (Open Flame)
g) Api Berbara (Glowing Fire)
h) Letupan
i) Tindakbalas Kimia
j) Permukaan Bahan Berhaba Tinggi (Hot Surface Material)
Kini pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia sering menghadapi cabaran di bidang siasatan disebabkan setiap kebakaran melibatkan pelbagai bahan rekaan manusia yang melibatkan elemen-elemen yang kompleks. Justeru itu, penyiasat bukan sahaja hanya perlu mengetahui pengetahuan di bidang sains sahaja, bahkan meliputi bidang pembinaan, elektrik, sifat manusia, kenderaan, kimia, industri dan sebagainya.
Cuba bayangkan proses kerja seorang F.I.O dalam cabaran dunia masa kini???
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
A.i
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...
-
"Bergerak merupakan perjuangan yang besar dalam memperoleh nasib baik." " Janganlah sekali-kali engkau bergantung pada takdi...
-
Banyak pendapat mengatakan MANUSIA dan INSAN adalah perumpamaan yang sama... Namun tanggapan ini adalah kurang tepat... Kerana WATAK dan P...
-
Assalamualaikum wbt Dan salam sejahtera.. Pokok Buluh Cina ditanam selepas tanah disediakan, dan bagi empat tahun pertama, semua perkem...
2 ulasan:
sye ske catatan ini...
ktebley thu punca kbakaran dgn mlhat kesan sisa kbkaran yg tggl.samada pnce kbakaran i2 dbakar tau terbakar dan sbginye...
betol x???
thnxs 4 de good info
Betul,..Dalam proses penyiasatan kebakaran, yang paling penting adalah di mana punca kebakaran itu berlaku. Di situ, banyak klu bagaimana kebakaran boleh terjadi. Secara teknikal dan forensiknya tiap yang berlaku pasti ada puncanya...
Catat Ulasan