Jumaat, 20 Mac 2009

One Goal Mindset!!!



Setiap daripada kita membina impian yang terbaik dalam diri mereka...Namun tidak siapa dapat membantu jikalau diri mereka sendiri yang tak mahu membantu diri mereka dalam menggapai segala niat dihati mereka.Setiap yang difikir datangnya daripada niat dihati kemudian barulah ia menggerakkan segala perbuatan kita ke arah hajat tersebut.Semuanya mampu berjalan lancar dengan restu Illahi...Dalam kerjaya seseorang juga,perlu diniatkan segala perbuatan dengan positif supaya seluruh perjalanan kerja dan aktiviti kerja sentiasa di bawah perhatian dan izin Yang Maha Esa...InsyAllah...

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say :

" Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...

" Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA.

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat...kita withdraw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki dan sentiasa mencari kelemahan orang...nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...Pilihan ada ditangan kita dalam membina jambatan duniawi untuk ke arah alam yang abadi...

Tiada ulasan:

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...