Selasa, 12 Januari 2010

Parasit cinta...



Kuntuman bunga mekar di taman,
Di taman yang indah bersama kumbang berterbangan,
Terhenti sesaat,
Didatangi parasit dalam kebahagiaan.

Salam semua...
Dalam kehidupan kini, sering kali kita melihat sikap manusia yang sukar melihat orang lain bahagia.Termasuklah dalam alam perhubungan sesama insan dalam berumah tangga, pertunangan dan juga berkawan. Ada sahaja yang tidak senang melihat orang lain bahagia. Adakah konsep bersyukur mulai luntur sehinggakan ada yang tidak senang melihat orang lain dengan kehidupan mereka? Isu ini timbul bagi menghuraikan kisah dua sejoli yang bercinta, tetapi dihadiri tetamu tidak diundang yang sedikit sebanyak telah membawa tsunami dalam perhubungan mereka. Dalam agama kita, menggangu kebahagiaan sesama manusia adalah amat dilarang, apatah lagi dalam memporak-randakan rumah tangga orang lain, waima dalam pertunangan insani. Fikirkan lah saudara...Terus ke isu pertunangan, Islam melarang seorang lelaki bertunang dengan seorang wanita yang sudah menjadi tunang orang lain. Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:


لَا يَخْطُبُ أَحَدُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ
Maksudnya: "Jangan salah seorang kamu bertunang ke atas tunangan saudaranya". Direkod oleh Malik dalam Muwatta, Syafie dalam Musnadnya, Ahmad dalam Musnadnya, Bukhari dalam Sahihnya (no: 2033) dll.

Yang dimaksudkan dalam hadis ini apabila seorang lelaki telah meminang seorang wanita, dan wanita tersebut telah menyatakan persetujuan untuk berkahwin dengannya, maka haramlah orang lain bertunang dengan wanita tersebut. Adapun jika pihak wanita belum menyatakan penerimaannya, maka tidak mengapa orang lain cuba masuk meminang. (Al-Istizkar 5/382)


Dalam hal ini, pasangan yang telah mempunyai ikatan (pertunangan) seharusnya lebih memahami dan mengenali hati budi pasangan mereka agar bunga-bunga cinta tetap utuh walaupun parasit cinta datang mengganggu. Parasit tetap datang dalam apa jua keadaan, tetapi jika pasangan tersebut mempunyai kredibiliti dalam memastikan ikatan cinta itu ke jinjang syariat yang diredhai, maka sudah pasti kata-kata 'bila jodoh tidak ke mana' boleh diadaptasikan. Segala usaha, pasti di atas kehendak Tuhan Yang Maha Esa. Jika kita berniat ke arah kebaikan, alangkah murninya ikatan cinta kalian. Sentiasalah menggunakan senjata yang telah dibekalkan dari azali lagi, iaitu berdoa dalam setiap cabaran dugaan yang sentiasa melanda kita.Sesungguhnya Allah sentiasa menunjukkan kebesaran-Nya kepada mereka yang dikehendaki.

Tiada ulasan:

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...