Tahun baru 1431 dan 2010 telah pun meninggalkan memori 2009. Bermulanya tahun baru, kita dihidangkan dengan berita mengenai harga minimum rokok dan kenaikan harga gula.
Rokok: Harga minimum bagi 20 batang rokok yang dicadangkan ialah RM6.20 sekotak. Diumumkan kerajaan bermula Januari 2010.
Gula: Harga gula naik 20 sen bagi setiap kilogram. Kenaikan terbaru ini adalah RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak
Roti: Harga roti biasa meningkat 40 sen manakala bagi harga roti klasik combo melonjak 50 sen dari harga asal.Ini kerana subsidi roti dimansuhkan daripada senarai barang kawalan.
Barangan ini menjadi ruji harian segenap penduduk Malaysia, sedikit sebanyak ia akan memberi kesan kepada pengguna. Bezanya, gula dan roti lebih penting daripada rokok. Kenaikan harga barang ini perlu dinilai kesannya lebih mendalam adakah ia memberi manfaat atau semakin memberi kesan dalam kehidupan rakyat, terutamanya yang kurang berkemampuan.
Selain pemantauan dan penguatkuasaan yang perlu ditingkatkan bagi mengawal pihak peniaga dan penyeludup daripada mengambil kesempatan dalam hal ini. Dalam ekonomi sekarang, putaran kewangan rakyat dalam sesebuah negara dapat membantu merancakkan ekonomi negara.
Kenaikan harga barang perlu dijelaskan terperinci objektifnya, di samping tonjolkan langkah-langkah yang akan diambil selepas kenaikan harga, agar rakyat lebih jelas memahami isu ini.
Cadangan, kenaikan harga di Malaysia perlulah lebih untuk mendidik pengguna dan tidak membebankan rakyat. Contohnya, kenaikan harga rokok ini dapat membantu kempen TAK NAK oleh kerajaan kepada perokok agar kurangkan dan berhenti hisap rokok.Selain itu, harga ARAK,BABI juga perlu diambil perhatian, kerana ia banyak menyumbang masalah kepada institusi negara kita.Mungkin boleh dikaji daripada menaikkan harga barangan keperluan rakyat.
Sebagai manusia, kita tidak akan lari daripada silap membuat keputusan, dan perkara yang telah terjadi, tetap terjadi, namun ia memberi satu pengajaran dalam kehidupan kita...Mari berfikir.
Perjalanan hidup ini tidak mudah yang disangka. Merintis kemungkinan, namun segalanya tetap ada hikmahnya dan segalanya datang daripada Yang Maha Esa...Yakin dan Percayalah... اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
A.i
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...
-
"Bergerak merupakan perjuangan yang besar dalam memperoleh nasib baik." " Janganlah sekali-kali engkau bergantung pada takdi...
-
Banyak pendapat mengatakan MANUSIA dan INSAN adalah perumpamaan yang sama... Namun tanggapan ini adalah kurang tepat... Kerana WATAK dan P...
-
Assalamualaikum wbt Dan salam sejahtera.. Pokok Buluh Cina ditanam selepas tanah disediakan, dan bagi empat tahun pertama, semua perkem...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan