Ahad, 19 April 2009

Wahai Lelaki,diriku...

Janganlah hipokrit, semua lelaki perlukan wanita.
Tanpa wanita hati, perasaan dan fikiran lelaki akan rosak.
Mereka masih mencari walaupun ada segalanya.
Apa yang tidak ada di syurga hingga Adam tetap rindukan Hawa?
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.


Wahai lelaki, luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya.
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka semakin menderita.
Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal kerana di situlah punca bagi kekuatan dunia.
Akal wanita setipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.
Hiasilah ia dengan akhlak.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.
Ia bukan diskriminasi Tuhan sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan akan bengkok.
Itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya.
Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara.

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan, tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepada-Nya. Jinakkanlah diri pada Allah nescaya akan jinaklah segala di bawah pimpinanmu.


Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Sayidina Ali Karramallahu Wajhah.

Pesanan buat diri ini yang kadang-kadang terlupa ciptaan Allah buat dirinya...

Tiada ulasan:

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...