Assalamualaikum salam ramadhan...
Dalam kehidupan ini, sentiasa ada perkara yang perlu dilakukan...setiap perkara itu bertujuan tidak lain selain untuk beribadah sebagai khalifah di dunia..keperluan kehidupan hendak atau tidak, perlu dicari dan diadakan agar tidak terganggu dengan nawaitu kerana Allah...mencari ilmu yang dituntut, mencari kertas bernilai,dan pelbagai lagi sebagai assabab kehidupan harmoni. Sebagai pemudahcara kehidupan.
Rezeki dan keluarga tidak dapat dipisahkan bersama tuntutan hak Allah...ibarat minyak dan air walau tidak bercampur namun tetap bersama di dalam bekas..itulah ujian dan dugaan insan. Sekiranya hadirnya ujian itu akan mendekatkan diri kepada Allah, maka itulah yang terbaik...namun jika dugaan yang hadir itu menjauhkan kita pada Allah, maka perlu ada penyelenggaraan kehidupan.
Semoga insan semakin tabah dan sentiasa cekal di dunia sementara..Semoga Allah sentiasa jauhkan sifat haiwan yang tidak mampu berfikir, dan dekatkan sifat khalifah berakal dalam menjalani kehidupan. Semoga saki baki Ramadhan ini mendapat semakin banyak taufiq dan hidayah dari Allah.
Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan