Rabu, 25 Mac 2020

AGENDA SETTING?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Kali ini, dunia dilandai satu wabak Covid-19 (Corona Virus Disease 2019) yang sangat luarbiasa cara merebaknya, bermula di Negara China, Asia, dan Eropah terkesan olehnya. Kematian saban hari, positif meningkat, negatif fan sembuh juga seperti bursa saham dinanti oleh seluruh umat.

Kecanggihan teknologi, kepakaran kedoktoran, kebijaksanaan ekonomi, politik rancak memainkan peranan bagi mengatasi ujian ini. Kebuntuan ini masih tiada jawapan kesembuhan. Namun, sedikit sebanyak rangsangan ekonomi dijana serta-merta bagi manusia terjejas, dan hubungan diplomatik di antara negara sejagat giat dilaksana.

Hari demi hari, langkah kawalan diperketat bagi menghalang rantaian jangkitan virus biologi ini. #stay@home didendangkan tiap masa ditiap corong komunikasi dan media. Golongan bangsawan hinggalah marhaen saling ingat-mengingati.

Jiwa manusia merdeka, mula rasa terkongkong. Yang dijangkiti, mula memenuhi sudut rawatan di hospital. Yang digelar barisan hadapan, terus digembleng tenaga demi memastikan perang ke atas virus ini dapat dihalang. Kajian demi kajian dilancarkan seantero dunia mencari penawar. Manusia mulai panik dan bimbang, keluar mencari sumber bekalan makanan, berebut dan pelbagai ragam diterjemah. Kawalan perniagaan membatasi aktiviti harian, hanya yang berkepentingan sahaja layak melalui sekatan jalanraya.

Fasa ekonomi mula terasa, dengan pelbagai sektor terkesan. Golongan sesuap nasi sehari, gelandangan terus dibantu dengan pelbagai inisiatif. Sikap perihatin mula terserlah dikalangan rakan dan kerajaan. Kesukaran ini menyembunyikan perkara yang tidak berfaedah yang dibincangkan sebelum wabak. Teknologi bermain dijari sebagai penghubung jarak sosial. Fardhu ain, kifayah juga terkesan. Kuasa membeli menjadi tinggi, namun bekalan terhad akibat sikap manusia yang tidak memikir orang di belakang.

Maka dengan itu, mula lah keseimbangan emosi mula teruji. Bermula di rumah, masyarakat dan alam maya. Netizen bersembang dan berbicara pelbagai teori dan topik menarik sebagai penghibur hati. Golongan yang ingin menang orang pertama berkongsi fakta dan auta berleluasa. Usah sampai menyebarkan gusar dan andaian semata, kerana kesannya amat teruk.

Teori konspirasi di seluruh dunia dibincangkan. Benar atau tidak, itu hanyala agenda yang memang tidak mustahil dan mungkin juga sekadar penmbah resipi bercerita. Namun, berbaliklah kepada agama, yakinlah kepada ketentuan qada', berimanlah kepada QunFayaqun...kerana ini lah hikmah apa yang berlaku, Allah inginkan kita mencari 1001 hal untuk kesiapsiagaan menuju akhir zaman. Perangi virus ini, namun yakinlah Allah sedang memerhati kita, mengingatkan kita, menguji kita. Begitula kita, hanya fikirkan Allah disaat apa jua situasi, kerana disitu ada ketenangan abadi.

Insyallah.

Covid 24/3/2020

Tiada ulasan:

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...