Sabtu, 16 Mac 2019

PEMIKIRAN LONCOS

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saban hari apabila menyusuri kehidupan ini, dapat dilihat bagaimana ragamnya manusia dan tindakannya....

Sekiranya, tindakan itu dilaksana demi kepentingan peribadi maka tidaklah ia memberi kesan kepada orang sekeliling sepatutnya. Namun, jika kesannya terkena kepada insan lain, jelas ketidakadilan berlaku.

Sesungguhnya, setiap perkara yang berlaku, perlu dinilai secara holistik berdasarkan fakta dan hujah yang kukuh. Bukannya berdasarkan akal logik semata. Adapun hujah, itu bukan satu ketetapan hakiki, kerana tiadanya penganalisaan yang lemah dan rapuh.

Sudut pandangan kepada penyelesaian boleh berada 360 darjah, namun perlu berpaksikan kepada akar pokoknya, bukan hanya buah-buah yang dihasilkan. Bagaimana kan sebatang pokok dapat menghasilkan buah yang ranum, jika akarnya tidak berjaya mencari makanan.

Setiap daripada kita bergelar insan, dan bukan manusia semata perlu dibezakan. Kerana manusia mampu bertindak mengikut amarah dan serakah. Sedangkan insan itu mempunyai gaya pemikiran yang loncos bagi tiap tindakan.

Walhualam

Tiada ulasan:

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...