Ahad, 15 April 2018

Anugerah Kehidupan....

Asslamualaikum wbt....

Dalam menyusuri 'millage' tiap langkah kehidupan, sudah pasti kita menyusuri penambahan angka umur...

Setiap langkah yang kita redahi,  diberi pakej pengalaman yang berbeza antara insan...

Susah senang, menjadi azimat semangat selagi nyawa dikandug jasad... Andai nyawa terpisah, tiada peluang kedua untuk dicuba...

Setiap kesedihan,  disulami hikmah yang tersendiri bila dek difikirkan secara positif, dan sebaliknya difikirkan akan menjadi kelemahan...

Setiap pencapaian cemerlang, bukan sekadar pengiktirafan kerja kuat, tapi tertulis rezekinya sejak azali... Dan juga menjadi kayu ukur bagi kelemahan yang perlu ditambahbaik...

Sekiranya,  yang dihajati itu masih belum tiba,  itu bukan pengakhiran, tapi itu satu mula langkah yang lebih jauh perlu difikirkan...

Dengan izin Allah,  kehidupan insani itu akan menjadi anugerah kehidupan yang tidak ternilai jika sentiasa berfikir...kita hanya mampu berfikir dan mengandai, namun perancang dan Maha Penentu, hanya dari Allah...

Alhamdulillah syukur....#berfikir dan bersyukur...

Tiada ulasan:

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...