Jumaat, 17 April 2020

KATA ALI BIN ABI TALIB....

"Bergerak merupakan perjuangan yang besar dalam memperoleh nasib baik."

"Janganlah sekali-kali engkau bergantung pada takdir kerana hal itu merupakan komuniti orang yang dungu dan bodoh tentang dunia serta akhirat."

"Berbuatlah kebaikan dan janganlah kalian meremehkannya sedikit pun. Sebab, yang kecilnya adalah besar dan sedikitnya adalah banyak. Dan janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengatakan, "Sesungguhnya orang lain lebih utama dalam hal melakukan kebaikan ini daripada saya." Maka, demi Allah, perkataannya akan menjadi kenyataan. Sesungguhnya bagi kebaikan dan keburukan ada pemiliknya. Maka, bagaimanapun kamu meninggalkan di antara keduanya, ada orang lain akan mengajarnya."

Covid-19 @ 17/4/2020

Khamis, 16 April 2020

MAKNANYA DI TAHUN 2020....


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... 

WAWASAN 2020- Sebuah Wawasan kerajaan ketika merangka Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991 bagi meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju pada tahun 2020

INTERIM- waktu perantaraan / seementara waktu

CROWN IMMUNITY- Kekebalan Diraja

STIPULUS- Rangsangan / Dorongan

KLUSTER- Rangkaian /Kelompok / Gugusan

FRONTLINER- Pihak di Barisan Hadapan

SANITIZER- Bahan membunuh mikroorganisma

DISINFEKSI- Basmi kuman

MASK- Topeng muka

PANDERMIK- Wabak yang menyerang manusia dalam skop lebih besar, tidak terhad kepada komuniti

EPIDEMIK - Wabak yang menyerang sekumpulan manusia atau komuniti

ENDEMIK - Wabak yang sentiasa wujud disesuatu kawasan / daerah

WUHAN- Bandar besar di China Tengah (Tiga daerah ; Wuchang, Hankou, dan Hanyang)

TABLIGH- Gerakan yang bertujuan mengajak manusia kembali ke ajaran Islam yang menyeluruh

CORONA- mahkota

CORONA VIRUS - Sekumpulan virus menjangkiti manusia dengan simptom saluran pernafasan

COVID019- Co: Corona, VI: Virus, D: Disease, -19: tahun 2019

MORATORIUM - Penangguhan rasmi

KUARANTIN- Suatu pendekatan perubatan sekelompok manusia, haiwan, barangan ataupun tumbuhan diasingkn untuk tempoh tertentu mencegah dan menghadkan penularan penyakit

PKP / MCO - Perintah Kawalan pegerakan / Movement Control Order


Semoga kita semua dalam redho Illahi dari semasa ke semasa... Amin...

Covid-19 @ 16 April 2020

Ahad, 12 April 2020

MENCARI PENAWAR HATI?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... Pada suatu ketika. Seorang pesakit datang kepada seorang yang arif, Sofyan r.a. pesakit itu bertanya kepadanya, “Ya Sofyan, aku ini menderita penyakit jauh dari Allah Ta’ala. Tolong beri aku ubat penyembuhnya, ya Sofyan..” Sofyan r.a, ulama yang arif itu lalu berkata kepadanya, Ya saudaraku, hendaklah kau mengambil beberapa tangkai keikhlasan, daun-daun kesabaran, dan perahan kerendahan hati.Letakkan semuanya dalam wadah ketaqwaan, lalu tuangkan ke dalam cairan rasa takut, kemudian direbus bersama kewaspadaan dan kemudian ambil ramuan itu dengan tangan kejujuran, lalu minumlah dari gelas istighfar yang telah dicampur dengan air kesolehan. Sesudah itu jauhkanlah dirimu dari rakus dan tamak, insyaAllah dengan izin Allah Ta’ala, engkau akan sembuh dari penyakitmu itu.” Sayyidina Ibrahim Al Khawash r.a berkata, “Penawar hati itu ada lima, yakni membaca Al-Qur’an dan merenunginya, mengosongkan perut (shaum), bangun (solat) malam, memohon pada waktu sahur, dan bergaul dengan para solehin”. Nota: Sumber: Fatimah Haji Omar (penyusun) : Kisah-Kisah Benar: Penglipur Lara terbitan Al-Hidayah Publishers Covid-19 13 April 2020

JEMPUTAN RISIKAN KHABAR ILLAHI....


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Aku pasti dirisik nanti.. Pertunangan sejak azali lagi..
Di hujung hidupku nanti.. Akan berlangsungnya perkahwinanku dengan maut...

Hantarannya..mungkin jatuh sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis dan sayu dan mungkin gembira..

Sebagai Pengantin, jasadku dimandikan..
Dipakaikan baju cantik nan putih.. 

Wangian gaharu dan cendana dan mungkin mawar dan barus..
Keranda jadi pelaminan diarak langkah demi langkah..

Pengantinan diriku bersanding sendirian kali ini..
Di arak keliling kampung atau bandar..

Insyallah, pakej berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahku dengan bacaan talkin tegas..

Berwalikan liang lahat yang adil dan setia..
Saksi majlisku pula adalah nisan-nisan..

Siraman air mawar sekali lagi..
Keluarga terdekatku menepung tawar..

Kini, tiba masa aku sebagai pengantin dinanti..
Menunggu sendirian, tanpa sesiapa lagi..

Malam pertamaku bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan Dia menuntut janji..
Adakah, Sucikah aku tatkala berpadu..
Pernahkah taubatku sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...

Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkan aku ke syurga..

Atau melemparkan diriku ke neraka Renung-renungkanlah bersama.....
Moga, tanah tumpah kelahiranku adalah persinggahan akhirku nanti..

Amin...

Covid-19 @ 12 April 2020

MENYANTUNI....

" Kehidupan penuh bermakna jika berkongsi rasa bahagia bersama setiap makhluk " ~ ilhamkuabadi

" Life is full of meaning when sharing happiness with everyLife is full of meaning when sharing happiness with every creature " ~ ilhamkuabadi

"الحياة مليئة بالمعنى عند مشاركة السعادة مع كل
مخلوق" ~ ilhamkuabadi

与每个生物分享幸福时,生命充满意义” ~ ilhamkuabadi

"हर प्राणी के साथ खुशियाँ बाँटने पर जीवन सार्थक हो जाता है" ~ ilhamkuabadi

Covid-19@11 April 2020

LIHAT GUNA MATA AKAL?

Assalamualaikum wbt dalam sejahtera...

Setiap insan diciptakan Yang Maha Esa secara sempurna dengan pelbagai deria asas.

Namun, rahmat akal adalah bezanya insan dan makhluk lain.

Adakah kita menggunakan akal dalam kehidupan? Bagaimana menggunakan akal untuk analisa sesuatu perkara dan tindakan?

Hal ini dapat dirungkai, melalui:

1. Memerhati,
2. Mengelas,
3. Mengukur dan menggunakan nombor,
4. Meramal,
5. Membuat inferens,
6. Berkomunikasi.

Maka dengan itu, janganlah bersombong bodoh, dengan menidakkan pandangan orang lain dengan penilaian selari pada satu sudut, sedangkan tiap insan berakal mampu menilai dari kaca mata akal yang dibuktikan dengan fakta di atas.

Segala ilham akal, datangnya dari ehsan dan rahmat Allah kepada mereka yang berkehendak dan dikehendaki.

Walhualam...

Covid-19 @ 12 April 2020

Rabu, 8 April 2020

HERO ORGANISASI SEJATI???

Bismillahirahmanirahim....

Secara fantasi dan realitinya...

Jika kita pergi ke negara Jepun, kita tentu mencari2 di mana dia sang ultraman,

Dan pula,  jika kita berada di Eropah, pasti kita ingin berjumpa dengan The Avengers...

Namun, ini semua khayalan dan permainan di kotak televisyen ciptaan pendrama...

Benar atau tidak apa yang saya nyatakan ini?

Jika benar, apalah salahnya kita bersama mengia-iakan...

Sebelum saya mulakan bicara saya kali ini, izinkan saya merakamkan salam takziah ke atas pemergian 6 orang pewira negara yang telah syahid dalam operasi menyelamat di air dan semasa rusuhan yang berlaku tahun lalu..sesungguhnya ia menjadi pembakar semangat untuk tiap pegawai bomba dalam melaksanakan amanah sebagai tonggak penyelamatan negara...Alfateha

Dalam rangka cerita saya akan cerakinkan tajuk ini kepada 3 fasa utama iaitu fasa pendahuluan, fakta dan analisa dan solusi penyelesaian...

Merujuk kepada kamus Dewan Edisi Keempat, inovasi merupakan proses mengubahsuai sesuatu produk atau kaedah yang dilakukan untuk meningkatkan prestasi,

Manakala Kamus Pelajar Edisi kedua,  menyatakan pemacu ialah penggalak bagi memesatkan sesuatu proses

Dan, permodenan atau civilization adalah kemajuan masa kini,  dan perlu ada kelompok manusia yang merujuk kepada Jabatan atau organisasi

Tuan2, Puan2...

Kalau kita lihat pada masa dahulu, negara German telah berperang demi teknologi, Negara Mesir kuno dengan binaan berteknologi, dan ianya semua membuktikan pencapaian demi penghasilan produk dan inovasi yang mengagumkan...

Termasuk juga, di negara kita ini, kita bersyukur dengan adanya pemimpin-pemimpin masa hadapan yang melangkaui zaman yang mengamalkan budaya inovasi dari semasa ke semasa...

Ini jelas membuktikan bahawa pentingnya penghasilan inovasi...

Justeru itu,  setiap organisasi perlu seiring dengan revolusi industri yang sangat pesat dengan mengamalkan konsep 3E oleh pengurusan tertinggi jabatan.. E pertama ialah Education, Engineering dan Enforcement.

Pembudayaan dalam organisasi telah dibentuk dengan pelbagai aktiviti yang disusun melalui unit Latihan dan kompetensi dalam membentuk budaya kerja yang kreatif dan berinovatif. Hasilnya pelbagai pencapaian pasti  dicapai dalam peringkat negeri, kebangsaan dan luar negara.

Wahai anda sekalian,

Adakah kita lupa atau tidak perasan, dengan pembelian aset yang terkini dan berteknologi seperti jentera, teknologi komouter yang telah membuktikan komitmen menjadi pasukan serba canggih dari semasa ke semasa. Sudah pasti tiap kecanggihan ini hanya mampu dilaksanakan oleh warga organisasi yang hebat.

Dan tidak lengkap dengan itu, pasti ada perundangan, SOP, arahan dan pekeliling yang diwujudkan juga dapat diinovasikan dengan pindaan terkini pada tahun ke tahun bagi penguatkuasaan pelaksanaan sistem tugas yang lebih berkesan sejajar dengan masa kini.

Sekalian yang saya sayangi...

Masuk perenggan kesimpulan... Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang..

Tiap perkara dalam dunia ini memerlukan usaha berterusan dalam mencapai objektifnya. Maka dengan itulah juga peranan penting dari setiap warga kerja jabatan inilah yang akan menjadi titik tolak kepada asas budaya inovasi. Akhirya dengan budaya kerja berinovasi akan memacu permodenan jabatan sejak dulu, kini dan selamanya.

Yang membezakan kemajuan dalam sesebuah jabatan, adalah mentaliti dan sikap sesama insan secara rohani...Betapa hebatnya teknologi dan prasarana jabatan kelas pertama, pasti gagal jika ada kakitangan minda kelas ketiga yang menjadi setitik nila yang mencemar susu sebelanga...

Walhualam..

Ahad, 29 Mac 2020

BERSIFAT TIDAK TERHAD...

Assalamuaikum wbt dan salam sejahtera...

Hasil telaah dan perkongsian bersama, sebuah doa hasil seorang Hamba Allah...

Bismillahirohmanirahim....

"Segala puji Engkau, duhai Tuhan Semesta Alam. Aku banyak berdoa kepada Mu dan aku tidak memiliki alasan untuk berdalih dari dosa-dosaku. Apapun yang aku derita saat ini semata-mata kerana kecintaan Mu kepadaku yang berusaha menyedarkan diriku daripada kesalahan-kesalahanku. Tuhanku, aku adalah milikMu, lakukanlah apa sahaja seperti yang Engkau kehendaki. Aku lebih suka saat ini kerana penyakitku, masalahku telah mengingatkan aku kepada Mu. Maafkan aku, maafkan aku duhai Tuhanku. Engkau adalah Tuhan Yang Maha Baik, dan aku percaya kepadaMu dengan segenap hatiku. Engkau takkan pernah ku tukar dengan apapun dari nikmat dunia ini. Selamatkan aku dari dunia dan akhirat"

Amin Ya Rabb...

Pindaan sedikit dari hamba ke hamba...

Walhualam...

Covid 26/3/2020

Rabu, 25 Mac 2020

KEBIJAKSANASINI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Perkongsian:

GAYA KEPIMPINAN DALAN ORGANISASI MERUJUK PEMIKIR BARAT:

Daniel Goleman, Richard Boyatzis dan annie Mckee (2002) menerangkan enam gaya kepimpinan yang berkesan untuk keatas organisasi seperti yang dinyatakan di bawah;

1. Pemimpin Yang Berwawasan (The Visionary Leader)
Ia menggerakkan pekerja kepada satu visi bersama, memberitahu mereka kemana hendak dituju, lalu memotivasikan mereka untuk terus berjuang. Mereka berkongsi maklumat dan kuasa pengetahuan dengan orang lain. Bagaimanapun, mereka ini kurang berjaya memotivasikan mereka yang lebih pakar dan berpengetahuan.

2. Pemimpin Yang Memberi Latihan (The Coaching Leader)
Latihan yang diberikan kepada pekerja akan dilakukan sehingga diluar waktu dan tempat kerja. Tujuannya ialah untuk memastikan matlamat organisasi difahami dan dihayati pekerja. Tugasan yang mencabar adalah diantara perkara yang diberikan kepada pekerja.

3. Pemimpin Bersekutu (The Affiliative Leader)
Pemimpin yang berupaya membina perhubungan manusia untuk mewujudkan keharmonian dalam organisasi. Keperluan emosi diberi keutamaan dari keperluan kerja. Usaha dan tindakan pemimpin ini didapati berkesan untuk mengurangkan tekanan kepada pekerja dalam organisasi.

4. Pemimpin Demokratik (The Democratic Leader)
Pemimpin yang memberi penilaian input dan komitment pekerja melalui penglibatan pekerja dalam organisasi. Pemimpin yang bersedia mendengar semua berita daripada para pekerja, samaada berita itu buruk atau baik kepada organisasi. Pemimpin begini banyak mendapat input dari pekerja kerana sikap prihatinnya.

5. Pemimpin Penentu Rentak (The Pace-setting Leader)
Pemimpin yang suka membina cabaran dan matlamat yang mencabar kepada pekerja, serta mengharapkan kecemerlangan dari mereka. Ia mengenalpasti pekerja yang lemah dan meminta lebih komitment daripada mereka.

6. Pemimpin Yang memerintah (The Commanding Leader)
Pemimpin yang mampu memberikan arahan yang jelas dengan menggunakan kuasa yang ada dan mengharapkan kepatuhan yang tidak berbelah bagi daripada pekerja. Ia memerlukan kebolehan mengawal emosi diri untuk berjaya dan akan kelihatan tegas dan bengis. Pendekatan ini adalah baik semasa krisis, dimana tindakan segera diperlukan dan semasa pekerja tidak memberi tindakbalas terhadap kaedah lain.

Kepimpinan dalam ISLAM merujuk kepada Kepimpinan Rasululluah SAW...

Covid 25/3/2020

AGENDA SETTING?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Kali ini, dunia dilandai satu wabak Covid-19 (Corona Virus Disease 2019) yang sangat luarbiasa cara merebaknya, bermula di Negara China, Asia, dan Eropah terkesan olehnya. Kematian saban hari, positif meningkat, negatif fan sembuh juga seperti bursa saham dinanti oleh seluruh umat.

Kecanggihan teknologi, kepakaran kedoktoran, kebijaksanaan ekonomi, politik rancak memainkan peranan bagi mengatasi ujian ini. Kebuntuan ini masih tiada jawapan kesembuhan. Namun, sedikit sebanyak rangsangan ekonomi dijana serta-merta bagi manusia terjejas, dan hubungan diplomatik di antara negara sejagat giat dilaksana.

Hari demi hari, langkah kawalan diperketat bagi menghalang rantaian jangkitan virus biologi ini. #stay@home didendangkan tiap masa ditiap corong komunikasi dan media. Golongan bangsawan hinggalah marhaen saling ingat-mengingati.

Jiwa manusia merdeka, mula rasa terkongkong. Yang dijangkiti, mula memenuhi sudut rawatan di hospital. Yang digelar barisan hadapan, terus digembleng tenaga demi memastikan perang ke atas virus ini dapat dihalang. Kajian demi kajian dilancarkan seantero dunia mencari penawar. Manusia mulai panik dan bimbang, keluar mencari sumber bekalan makanan, berebut dan pelbagai ragam diterjemah. Kawalan perniagaan membatasi aktiviti harian, hanya yang berkepentingan sahaja layak melalui sekatan jalanraya.

Fasa ekonomi mula terasa, dengan pelbagai sektor terkesan. Golongan sesuap nasi sehari, gelandangan terus dibantu dengan pelbagai inisiatif. Sikap perihatin mula terserlah dikalangan rakan dan kerajaan. Kesukaran ini menyembunyikan perkara yang tidak berfaedah yang dibincangkan sebelum wabak. Teknologi bermain dijari sebagai penghubung jarak sosial. Fardhu ain, kifayah juga terkesan. Kuasa membeli menjadi tinggi, namun bekalan terhad akibat sikap manusia yang tidak memikir orang di belakang.

Maka dengan itu, mula lah keseimbangan emosi mula teruji. Bermula di rumah, masyarakat dan alam maya. Netizen bersembang dan berbicara pelbagai teori dan topik menarik sebagai penghibur hati. Golongan yang ingin menang orang pertama berkongsi fakta dan auta berleluasa. Usah sampai menyebarkan gusar dan andaian semata, kerana kesannya amat teruk.

Teori konspirasi di seluruh dunia dibincangkan. Benar atau tidak, itu hanyala agenda yang memang tidak mustahil dan mungkin juga sekadar penmbah resipi bercerita. Namun, berbaliklah kepada agama, yakinlah kepada ketentuan qada', berimanlah kepada QunFayaqun...kerana ini lah hikmah apa yang berlaku, Allah inginkan kita mencari 1001 hal untuk kesiapsiagaan menuju akhir zaman. Perangi virus ini, namun yakinlah Allah sedang memerhati kita, mengingatkan kita, menguji kita. Begitula kita, hanya fikirkan Allah disaat apa jua situasi, kerana disitu ada ketenangan abadi.

Insyallah.

Covid 24/3/2020

Isnin, 23 Mac 2020

APA ITU KOMUNIKASI?

Assalamualaikum wbt n salam sejahtera....

Merujuk, wikipedia:

Komunikasi
(Tulisan Jawi: كومونيكاسي)
- boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumatperasaanidea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:

perbuatan menghantar matklumat; dan proses untuk bertukar-tukar maksud;

supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geribahasa isyaratsentuhanhubungan mata, dan penulisan

Nah!

Begitulah kepentingan berkomunikasi waima dengan pelbagai cara...Sekiranya gagal berkomunikasi dengan baik, terang dan nyata, berkemungkinan 1% itu juga yang akan menghalang kejayaan atau pencapaian.

Berorganisasi, berpolitik, beribadah, selagi bernyawa komunikasi perlu dijalankan dengan penuh etika.

Etika yang bagaimana?

Tiap manusia berbeza latarbelakang, yang memerlukan penyampai data itu perlu menilai kaedah dan kesesuaian untuk memindahkan maklumat yang dikehendaki.

1. Kenalpasti siapa yang akan menjadi penerima?
2. Adakah sesuai maklumat itu disampaikan secara terbuka atau secara tersirat?
3. Adakah maklumat yang disampaikan itu bersifat biasa-biasa atau penting?
4. Bagaimana untuk bersoal-jawab dan jangkaan timbal balik setelah maklumat disampai?
5. Bayangkan kita adalah penerima itu, melalui softskill peribadi yangb simpati.

"Kegagalan komunikasi adalah kegagalan kejayaan"

Wallahualam

Covid - 23/3/2020

Ahad, 22 Mac 2020

KOMUNIKASI FIKIRAN VS HATI???

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Kekuatan jiwa dalam menghadapi sesuatu ujan adalah satu keperluan. Setiap manusia mempunyai dimensi dan sudut pandangan yang berbeza dalam menilai situasi.

Ya!

Semua tiada yang salah atau benar kerana perbezaan pandangan itu. Bukan itu yang sepatutnya difikirkan, dilecehkan.

Kerana Apa?

Kerana, tiap yang berlaku ada hikmahnya dan carilah kekuatan dari kelemahan dan ujian yang berlaku.

Dari mana?

Semua yang berlaku datang dari Maha Pencipta...Penyelesaian hanya dari Nya...Keredhaan dari Nya, kekuatanNya, IzinNya...Tawakal dan Usaha la demi mencapai tahap komunikasi minda dan kalbu ciptaanNya..

Walhualam

Covid 24/3/2020

Sabtu, 21 Mac 2020

KATA MASLOW?

Assalamualaikum wbt n salam sejahtera...

Cikgu Maslow katakan, keperluan dalam kehidupan:

1. Keperluan fisiologi - jasmaniah, makanan, air, udara, tidur, seks dan kepuasan, pekerjaan, perubatan dan lain-lain keperluan asas,

2. Keperluan keselamatan - kehendak hidup dalam keadaan aman tenteram, stabil, bebas daripada bimbang dan takut,

3. Keperluan sosial - keperluan kepada manusia-manusia lain untuk menjadi pasangan, sahabat dan kenalan, serta berkahwin, mempunyai anak dan mendorong manusia jatuh cinta dan dicintai oleh manusia lain,

4. Keperluan estim - ingin berasa dihargai, diperlukan, dimuliakan dan dihormati oleh manusia-manusia lain, keperluan dalaman dan keperluan luaran,

5. Keperluan 'self-actualization' - ingin menjadi manusia seperti yang diidam-idamkan / realisasi-diri / berusaha memperbaiki diri sendiri

Walaubagaimanapun, kata cikgu ini....Islam lagi awal menyatakannya dalam Al-Quran...beriman la pada Al-Quran dan Maha PenciptaNya...

Sekian

Covid 20/3/2020

Jumaat, 20 Mac 2020

CIRI BAHASA ORANG BERJAYA???

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Ciri bahasa orang yang berjaya dan mempunyai estim tinggi ialah mereka itu bercakap dengan gaya yang lancar, dan nahu mereka betul.

Bahasa yang patah-patah dan bercampur aduk dengan bahasa asing menimbulkan gambaran seseorang itu tidak yakin dengan apa yang diucapkan.

Covid-19/2/2020

Ahad, 23 Februari 2020

Apa itu Politik?

Aristotle, "political science is a master of science to those who gain knowledge and understanding to those who control the state" 

Rabu, 25 Disember 2019

University Of Life....

Assalamualaikum wbt...

Akhirnya, kesyukuran dipanjatkan kepada Allah di atas nikmat kurnia yang tidak ternilai harganya....

Akhirnya, tercapai satu tahap yang pasti membuahkan hasil,
Dengan segulung ijazah kehidupan,
Hasil modul kehidupan yang dilalui sepanjang kehidupan....

Tiada yang lain, melainkan kesyukuran dalam jiwa yang besar...
Insyallah, pasti tahap-tahap lain akan ditempuhi dengan jayanya...

Wasalam

Ahad, 1 Disember 2019

Giliran Masa....

Assalamualaikum Wbt...

Sedetik langkah menapak masa,
Setiap masa denyutan jiwa,
Sejenak berhenti menghirup raga,
Setulus hati menggapai cita...

Tahun berganti tahun,
Bulan berganti bulan,
Hari berganti hari,
Saat berdetik ganti....

Selagi nyawa badan dikandung,
Selagi masa diberi upaya,
Selagi itu langit dijunjung,
Selagi itu harapan dicubagaya...

Apa dirisau langit berguruh,
Sedangkan hujan belum turun,
Apa dirisau tempikan naga,
Sedangkan ada Yang Maha perlu digerun..

Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal....

Insyallah berjaya....

Sabtu, 26 Oktober 2019

Sampai Matahari Tiada Terbit.

Asslamualaikum wbt...

"Belum pasti yang kita hendak itu baik, dan yang kita ada itu tidak baik"

"Yang kita hendak perlu dibuat analisa, yang kita ada dibuat penambahbaikan"

Begitulah kata2 seorang yang hebat bagi malayari kehidupan dipentas dunia. Sedangkan apa di dunia ini adalah pinjaman sementara dalam kembara seorang insan. Padahal kehidupan hakiki masih belum tiba dan akan tiba masanya nanti.

Apa yang dikumpul dan dibawa akan dihitung satu persatu. Saksi masa itu tidak dapat disangkal. Nawaitu selama ini akan diterjemah dalam paparan ketelusan. Timbangan mula diukur bagi penilaian samada ke kanan atau ke kiri. Adakah bekalan yang dibawa itu mencukupi?

Sementara masih ada tugasan di dunia ini, buatlah yang terbaik. Tiap langkah diiringi perjanjian niat yang baik. Kerana itulah yang telah dijanjikan.

Allahukabar.

Waslam...

~Nukilan@Bukit Piatu

Ahad, 22 September 2019

Sepakat Membawa Berkat...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini, bersyukur kita semua masih berpijak di bumi yang nyata,
Masih bernyawa dan masih mampu melaksanakan tanggungjawab dan amanah,

Sesukar mana kehidupan, pengharapan doa menjadi awalan, dan ketentuan menjadi redho.

Mudah untuk kita sentiasa sepakat dengan ilmu yang ada, kemampuan yang ada dalam berhubung antara satu sama lain tanpa mengira kasta dan keturunan.

Untuk hidup, penilaian akal semata tidak sebenarnya tepat,
Analisa dan kemampuan berfikir secara dalil itu mampu dihuraikan.

Bersyukur dan sepakat tiap saat...

Wallahualam.

Jumaat, 30 Ogos 2019

Merdeka dalam 1001 pengertian di ambang Muharam....

Assalamualaikum wbt....

Salam di ambang Muharam 1441H...
Salam kemerdekaan Malaysia ke-62...

Bersyukur kita masih mempunyai masa dalam kehidupan hari ini,
Sejauh pengalaman dan nafas yang dilalui,
Pasti ada suka duka yang dilalui...
Sesungguhnya nikmat peluang itu amat bererti.

Kematangan dalam tindakan itu adalah ukuran untuk dinilai membuat keputusan,
Sekadar suka-suka atau mempunyai maksud yang tersirat...
Perancangan dan tindakan itu perlu selari, agar bervisi, bererti dan bermotivasi.

Analogi mudah, jika seorang petani itu masuk ke kebun untuk bercucuk tanam, adakah mata kail yang perlu dibawa dan diasah?

Manakala, jika seorang nelayan turun ke lautan, adakah cangkul perlu dipikul untuk menyauk ikan?

Begitulah perumpamaan, keperluan dalam tindakan itu harus bersesuaian untuk mencapai kejayaan...

Setiap insan ada kelebihan dan kekurangan...cari kelebihan insan itu, bukan cari kekurangan sebagai perbandingan...gabungkan insan dalam satu pasukan yang lengkap...dan bukan mengambil keputusan, memberi rasa agar insan lain perlu buat apa kita hendak buat...

Sedangkan, Allah mencipta kepelbagaian sebagai rahmat kehidupan. Teruskan kecemerlangan merancang dan membuat tindakan...

Awal muharam adalah detik bagi tiap insan mencuba menjadi yang lebih baik dan diredhai Allah...Kemerdekaan itu bukan alasan kebebasan segalanya, tapi kemerdekaan itu lambang jiwa yang merdeka di bawah tawaduk sebagai insan yang bergelar khalifah di muka bumi.

Doakan agar kita semua sentiasa dibawah lindungi Allah SWT.

Amin....

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...