Perjalanan hidup ini tidak mudah yang disangka. Merintis kemungkinan, namun segalanya tetap ada hikmahnya dan segalanya datang daripada Yang Maha Esa...Yakin dan Percayalah... اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Sabtu, 30 Januari 2021
BERAT DAN RINGAN...
Sabtu, 2 Mei 2020
TEGAPNYA BERPRINSIP DALAM KEHIDUPAN DUNIAWI...
Assalamualaikum wbt Dan salam sejahtera..
Tegaknya Menara Bekembar dengan utuh begitulah tegapnya berprinsip.
Ciri-ciri orang berprinsip;
1. Mereka lebih fleksibel Dan spontan,
2. Mereka mempunyai perhubungan yang lebih berharga Dan bermanfaat dengan orang lain,
3. Mereka lebih bersinergi,
4. Mereka sentiasa belajar,
5. Mereka semakin fokus kepada sumbangan,
6. Mereka mengeluarkan hasil luar biasa,
7. Mereka membangunkan sistem imunisasi psikologi yang sihat,
8. Mereka mencipta batas mereka sendiri,
9. Mereka menjalani kehidupan lebih seimbang,
10. Mereka semakin yakin Dan Rasa selamat,
11. Mereka semakin baik dalam mengotakan apa yang dikata,
12. Mereka fokus kepada lindungan pengaruh mereka,
13. Mereka memupuk kehidupan jiwa yang Kaya,
14. Mereka memancarkan tenaga positif,
15. Mereka semakin menikmati hidup.
* Menjadi seorang yang berprinsip bukannya mudah, tetapi is benar-benar membawakan hasil yang berkuliti dalam hidup. Perkara yang penting adalah terus mencuba, teruskan usaha bagi mencipta lebih Banyak keselarasan dengan 'utara benar'
Wallahualam
Covid-19@2 Mei 2020
Jumaat, 1 Mei 2020
KEAJAIBAN POKOK BULUH CINA???
Assalamualaikum wbt Dan salam sejahtera..
Pokok Buluh Cina ditanam selepas tanah disediakan, dan bagi empat tahun pertama, semua perkembangan berlaku di bawah tanah. Satu-satunya benda yang dapat dilihat di atas tanah adalah satu objek bulat lagi kecil dan satu dahan kecil yang keluar dari situ.
Kemudian, pada tahun kelima, pokok Buluh itu tumbuh besar sehingga 80 kaki.
Begitulah keadaannya, Kita dapat pelajari bagi menjadi seorang pemimpin hebat!
Pemimpin yang berprinsip memahami metafora pokok Buluh ini. Mereka faham nilai bekerja dalam sesuatu keadaan. Mereka tahu apa maksudnya membayar harga bagi penyediaan tanah, menabur benih, dan membaja, menyiram, memupuk, meskipun mereka tidak dapat hasilnya segera. Hal ini kerana mereka percaya pada akhirnya mereka dapat menikmati hasil lumayan yang mereka semai.
Dan alangkah hebatnya hasil yang dikeluarkan! Dengan izin Allah.
Wallahualam
Covid-19@1 Mei 2020
#Selamat Hari pekerja...
Jumaat, 17 April 2020
KATA ALI BIN ABI TALIB....
"Bergerak merupakan perjuangan yang besar dalam memperoleh nasib baik."
"Janganlah sekali-kali engkau bergantung pada takdir kerana hal itu merupakan komuniti orang yang dungu dan bodoh tentang dunia serta akhirat."
"Berbuatlah kebaikan dan janganlah kalian meremehkannya sedikit pun. Sebab, yang kecilnya adalah besar dan sedikitnya adalah banyak. Dan janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengatakan, "Sesungguhnya orang lain lebih utama dalam hal melakukan kebaikan ini daripada saya." Maka, demi Allah, perkataannya akan menjadi kenyataan. Sesungguhnya bagi kebaikan dan keburukan ada pemiliknya. Maka, bagaimanapun kamu meninggalkan di antara keduanya, ada orang lain akan mengajarnya."
Covid-19 @ 17/4/2020
Khamis, 16 April 2020
MAKNANYA DI TAHUN 2020....
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
WAWASAN 2020- Sebuah Wawasan kerajaan ketika merangka Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991 bagi meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju pada tahun 2020
INTERIM- waktu perantaraan / seementara waktu
CROWN IMMUNITY- Kekebalan Diraja
STIPULUS- Rangsangan / Dorongan
KLUSTER- Rangkaian /Kelompok / Gugusan
FRONTLINER- Pihak di Barisan Hadapan
SANITIZER- Bahan membunuh mikroorganisma
DISINFEKSI- Basmi kuman
MASK- Topeng muka
PANDERMIK- Wabak yang menyerang manusia dalam skop lebih besar, tidak terhad kepada komuniti
EPIDEMIK - Wabak yang menyerang sekumpulan manusia atau komuniti
ENDEMIK - Wabak yang sentiasa wujud disesuatu kawasan / daerah
WUHAN- Bandar besar di China Tengah (Tiga daerah ; Wuchang, Hankou, dan Hanyang)
TABLIGH- Gerakan yang bertujuan mengajak manusia kembali ke ajaran Islam yang menyeluruh
CORONA- mahkota
CORONA VIRUS - Sekumpulan virus menjangkiti manusia dengan simptom saluran pernafasan
COVID019- Co: Corona, VI: Virus, D: Disease, -19: tahun 2019
MORATORIUM - Penangguhan rasmi
KUARANTIN- Suatu pendekatan perubatan sekelompok manusia, haiwan, barangan ataupun tumbuhan diasingkn untuk tempoh tertentu mencegah dan menghadkan penularan penyakit
PKP / MCO - Perintah Kawalan pegerakan / Movement Control Order
Semoga kita semua dalam redho Illahi dari semasa ke semasa... Amin...
Covid-19 @ 16 April 2020
Ahad, 12 April 2020
MENCARI PENAWAR HATI?
JEMPUTAN RISIKAN KHABAR ILLAHI....
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Aku pasti dirisik nanti.. Pertunangan sejak azali lagi..
Di hujung hidupku nanti.. Akan berlangsungnya perkahwinanku dengan maut...
Hantarannya..mungkin jatuh sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis dan sayu dan mungkin gembira..
Sebagai Pengantin, jasadku dimandikan..
Dipakaikan baju cantik nan putih..
Wangian gaharu dan cendana dan mungkin mawar dan barus..
Keranda jadi pelaminan diarak langkah demi langkah..
Pengantinan diriku bersanding sendirian kali ini..
Di arak keliling kampung atau bandar..
Insyallah, pakej berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahku dengan bacaan talkin tegas..
Berwalikan liang lahat yang adil dan setia..
Saksi majlisku pula adalah nisan-nisan..
Siraman air mawar sekali lagi..
Keluarga terdekatku menepung tawar..
Kini, tiba masa aku sebagai pengantin dinanti..
Menunggu sendirian, tanpa sesiapa lagi..
Malam pertamaku bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Adakah, Sucikah aku tatkala berpadu..
Pernahkah taubatku sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkan aku ke syurga..
Atau melemparkan diriku ke neraka Renung-renungkanlah bersama.....
Moga, tanah tumpah kelahiranku adalah persinggahan akhirku nanti..
Amin...
Covid-19 @ 12 April 2020
MENYANTUNI....
" Kehidupan penuh bermakna jika berkongsi rasa bahagia bersama setiap makhluk " ~ ilhamkuabadi
" Life is full of meaning when sharing happiness with everyLife is full of meaning when sharing happiness with every creature " ~ ilhamkuabadi
"الحياة مليئة بالمعنى عند مشاركة السعادة مع كل
مخلوق" ~ ilhamkuabadi
“与每个生物分享幸福时,生命充满意义” ~ ilhamkuabadi
"हर प्राणी के साथ खुशियाँ बाँटने पर जीवन सार्थक हो जाता है" ~ ilhamkuabadi
Covid-19@11 April 2020
LIHAT GUNA MATA AKAL?
Assalamualaikum wbt dalam sejahtera...
Setiap insan diciptakan Yang Maha Esa secara sempurna dengan pelbagai deria asas.
Namun, rahmat akal adalah bezanya insan dan makhluk lain.
Adakah kita menggunakan akal dalam kehidupan? Bagaimana menggunakan akal untuk analisa sesuatu perkara dan tindakan?
Hal ini dapat dirungkai, melalui:
1. Memerhati,
2. Mengelas,
3. Mengukur dan menggunakan nombor,
4. Meramal,
5. Membuat inferens,
6. Berkomunikasi.
Maka dengan itu, janganlah bersombong bodoh, dengan menidakkan pandangan orang lain dengan penilaian selari pada satu sudut, sedangkan tiap insan berakal mampu menilai dari kaca mata akal yang dibuktikan dengan fakta di atas.
Segala ilham akal, datangnya dari ehsan dan rahmat Allah kepada mereka yang berkehendak dan dikehendaki.
Walhualam...
Covid-19 @ 12 April 2020
Rabu, 8 April 2020
HERO ORGANISASI SEJATI???
Bismillahirahmanirahim....
Secara fantasi dan realitinya...
Jika kita pergi ke negara Jepun, kita tentu mencari2 di mana dia sang ultraman,
Dan pula, jika kita berada di Eropah, pasti kita ingin berjumpa dengan The Avengers...
Namun, ini semua khayalan dan permainan di kotak televisyen ciptaan pendrama...
Benar atau tidak apa yang saya nyatakan ini?
Jika benar, apalah salahnya kita bersama mengia-iakan...
Sebelum saya mulakan bicara saya kali ini, izinkan saya merakamkan salam takziah ke atas pemergian 6 orang pewira negara yang telah syahid dalam operasi menyelamat di air dan semasa rusuhan yang berlaku tahun lalu..sesungguhnya ia menjadi pembakar semangat untuk tiap pegawai bomba dalam melaksanakan amanah sebagai tonggak penyelamatan negara...Alfateha
Dalam rangka cerita saya akan cerakinkan tajuk ini kepada 3 fasa utama iaitu fasa pendahuluan, fakta dan analisa dan solusi penyelesaian...
Merujuk kepada kamus Dewan Edisi Keempat, inovasi merupakan proses mengubahsuai sesuatu produk atau kaedah yang dilakukan untuk meningkatkan prestasi,
Manakala Kamus Pelajar Edisi kedua, menyatakan pemacu ialah penggalak bagi memesatkan sesuatu proses
Dan, permodenan atau civilization adalah kemajuan masa kini, dan perlu ada kelompok manusia yang merujuk kepada Jabatan atau organisasi
Tuan2, Puan2...
Kalau kita lihat pada masa dahulu, negara German telah berperang demi teknologi, Negara Mesir kuno dengan binaan berteknologi, dan ianya semua membuktikan pencapaian demi penghasilan produk dan inovasi yang mengagumkan...
Termasuk juga, di negara kita ini, kita bersyukur dengan adanya pemimpin-pemimpin masa hadapan yang melangkaui zaman yang mengamalkan budaya inovasi dari semasa ke semasa...
Ini jelas membuktikan bahawa pentingnya penghasilan inovasi...
Justeru itu, setiap organisasi perlu seiring dengan revolusi industri yang sangat pesat dengan mengamalkan konsep 3E oleh pengurusan tertinggi jabatan.. E pertama ialah Education, Engineering dan Enforcement.
Pembudayaan dalam organisasi telah dibentuk dengan pelbagai aktiviti yang disusun melalui unit Latihan dan kompetensi dalam membentuk budaya kerja yang kreatif dan berinovatif. Hasilnya pelbagai pencapaian pasti dicapai dalam peringkat negeri, kebangsaan dan luar negara.
Wahai anda sekalian,
Adakah kita lupa atau tidak perasan, dengan pembelian aset yang terkini dan berteknologi seperti jentera, teknologi komouter yang telah membuktikan komitmen menjadi pasukan serba canggih dari semasa ke semasa. Sudah pasti tiap kecanggihan ini hanya mampu dilaksanakan oleh warga organisasi yang hebat.
Dan tidak lengkap dengan itu, pasti ada perundangan, SOP, arahan dan pekeliling yang diwujudkan juga dapat diinovasikan dengan pindaan terkini pada tahun ke tahun bagi penguatkuasaan pelaksanaan sistem tugas yang lebih berkesan sejajar dengan masa kini.
Sekalian yang saya sayangi...
Masuk perenggan kesimpulan... Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang..
Tiap perkara dalam dunia ini memerlukan usaha berterusan dalam mencapai objektifnya. Maka dengan itulah juga peranan penting dari setiap warga kerja jabatan inilah yang akan menjadi titik tolak kepada asas budaya inovasi. Akhirya dengan budaya kerja berinovasi akan memacu permodenan jabatan sejak dulu, kini dan selamanya.
Yang membezakan kemajuan dalam sesebuah jabatan, adalah mentaliti dan sikap sesama insan secara rohani...Betapa hebatnya teknologi dan prasarana jabatan kelas pertama, pasti gagal jika ada kakitangan minda kelas ketiga yang menjadi setitik nila yang mencemar susu sebelanga...
Walhualam..
Ahad, 29 Mac 2020
BERSIFAT TIDAK TERHAD...
Assalamuaikum wbt dan salam sejahtera...
Hasil telaah dan perkongsian bersama, sebuah doa hasil seorang Hamba Allah...
Bismillahirohmanirahim....
"Segala puji Engkau, duhai Tuhan Semesta Alam. Aku banyak berdoa kepada Mu dan aku tidak memiliki alasan untuk berdalih dari dosa-dosaku. Apapun yang aku derita saat ini semata-mata kerana kecintaan Mu kepadaku yang berusaha menyedarkan diriku daripada kesalahan-kesalahanku. Tuhanku, aku adalah milikMu, lakukanlah apa sahaja seperti yang Engkau kehendaki. Aku lebih suka saat ini kerana penyakitku, masalahku telah mengingatkan aku kepada Mu. Maafkan aku, maafkan aku duhai Tuhanku. Engkau adalah Tuhan Yang Maha Baik, dan aku percaya kepadaMu dengan segenap hatiku. Engkau takkan pernah ku tukar dengan apapun dari nikmat dunia ini. Selamatkan aku dari dunia dan akhirat"
Amin Ya Rabb...
Pindaan sedikit dari hamba ke hamba...
Walhualam...
Covid 26/3/2020
Rabu, 25 Mac 2020
KEBIJAKSANASINI?
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Perkongsian:
GAYA KEPIMPINAN DALAN ORGANISASI MERUJUK PEMIKIR BARAT:
Daniel Goleman, Richard Boyatzis dan annie Mckee (2002) menerangkan enam gaya kepimpinan yang berkesan untuk keatas organisasi seperti yang dinyatakan di bawah;
1. Pemimpin Yang Berwawasan (The Visionary Leader)
Ia menggerakkan pekerja kepada satu visi bersama, memberitahu mereka kemana hendak dituju, lalu memotivasikan mereka untuk terus berjuang. Mereka berkongsi maklumat dan kuasa pengetahuan dengan orang lain. Bagaimanapun, mereka ini kurang berjaya memotivasikan mereka yang lebih pakar dan berpengetahuan.
2. Pemimpin Yang Memberi Latihan (The Coaching Leader)
Latihan yang diberikan kepada pekerja akan dilakukan sehingga diluar waktu dan tempat kerja. Tujuannya ialah untuk memastikan matlamat organisasi difahami dan dihayati pekerja. Tugasan yang mencabar adalah diantara perkara yang diberikan kepada pekerja.
3. Pemimpin Bersekutu (The Affiliative Leader)
Pemimpin yang berupaya membina perhubungan manusia untuk mewujudkan keharmonian dalam organisasi. Keperluan emosi diberi keutamaan dari keperluan kerja. Usaha dan tindakan pemimpin ini didapati berkesan untuk mengurangkan tekanan kepada pekerja dalam organisasi.
4. Pemimpin Demokratik (The Democratic Leader)
Pemimpin yang memberi penilaian input dan komitment pekerja melalui penglibatan pekerja dalam organisasi. Pemimpin yang bersedia mendengar semua berita daripada para pekerja, samaada berita itu buruk atau baik kepada organisasi. Pemimpin begini banyak mendapat input dari pekerja kerana sikap prihatinnya.
5. Pemimpin Penentu Rentak (The Pace-setting Leader)
Pemimpin yang suka membina cabaran dan matlamat yang mencabar kepada pekerja, serta mengharapkan kecemerlangan dari mereka. Ia mengenalpasti pekerja yang lemah dan meminta lebih komitment daripada mereka.
6. Pemimpin Yang memerintah (The Commanding Leader)
Pemimpin yang mampu memberikan arahan yang jelas dengan menggunakan kuasa yang ada dan mengharapkan kepatuhan yang tidak berbelah bagi daripada pekerja. Ia memerlukan kebolehan mengawal emosi diri untuk berjaya dan akan kelihatan tegas dan bengis. Pendekatan ini adalah baik semasa krisis, dimana tindakan segera diperlukan dan semasa pekerja tidak memberi tindakbalas terhadap kaedah lain.
Kepimpinan dalam ISLAM merujuk kepada Kepimpinan Rasululluah SAW...
Covid 25/3/2020
AGENDA SETTING?
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....
Kali ini, dunia dilandai satu wabak Covid-19 (Corona Virus Disease 2019) yang sangat luarbiasa cara merebaknya, bermula di Negara China, Asia, dan Eropah terkesan olehnya. Kematian saban hari, positif meningkat, negatif fan sembuh juga seperti bursa saham dinanti oleh seluruh umat.
Kecanggihan teknologi, kepakaran kedoktoran, kebijaksanaan ekonomi, politik rancak memainkan peranan bagi mengatasi ujian ini. Kebuntuan ini masih tiada jawapan kesembuhan. Namun, sedikit sebanyak rangsangan ekonomi dijana serta-merta bagi manusia terjejas, dan hubungan diplomatik di antara negara sejagat giat dilaksana.
Hari demi hari, langkah kawalan diperketat bagi menghalang rantaian jangkitan virus biologi ini. #stay@home didendangkan tiap masa ditiap corong komunikasi dan media. Golongan bangsawan hinggalah marhaen saling ingat-mengingati.
Jiwa manusia merdeka, mula rasa terkongkong. Yang dijangkiti, mula memenuhi sudut rawatan di hospital. Yang digelar barisan hadapan, terus digembleng tenaga demi memastikan perang ke atas virus ini dapat dihalang. Kajian demi kajian dilancarkan seantero dunia mencari penawar. Manusia mulai panik dan bimbang, keluar mencari sumber bekalan makanan, berebut dan pelbagai ragam diterjemah. Kawalan perniagaan membatasi aktiviti harian, hanya yang berkepentingan sahaja layak melalui sekatan jalanraya.
Fasa ekonomi mula terasa, dengan pelbagai sektor terkesan. Golongan sesuap nasi sehari, gelandangan terus dibantu dengan pelbagai inisiatif. Sikap perihatin mula terserlah dikalangan rakan dan kerajaan. Kesukaran ini menyembunyikan perkara yang tidak berfaedah yang dibincangkan sebelum wabak. Teknologi bermain dijari sebagai penghubung jarak sosial. Fardhu ain, kifayah juga terkesan. Kuasa membeli menjadi tinggi, namun bekalan terhad akibat sikap manusia yang tidak memikir orang di belakang.
Maka dengan itu, mula lah keseimbangan emosi mula teruji. Bermula di rumah, masyarakat dan alam maya. Netizen bersembang dan berbicara pelbagai teori dan topik menarik sebagai penghibur hati. Golongan yang ingin menang orang pertama berkongsi fakta dan auta berleluasa. Usah sampai menyebarkan gusar dan andaian semata, kerana kesannya amat teruk.
Teori konspirasi di seluruh dunia dibincangkan. Benar atau tidak, itu hanyala agenda yang memang tidak mustahil dan mungkin juga sekadar penmbah resipi bercerita. Namun, berbaliklah kepada agama, yakinlah kepada ketentuan qada', berimanlah kepada QunFayaqun...kerana ini lah hikmah apa yang berlaku, Allah inginkan kita mencari 1001 hal untuk kesiapsiagaan menuju akhir zaman. Perangi virus ini, namun yakinlah Allah sedang memerhati kita, mengingatkan kita, menguji kita. Begitula kita, hanya fikirkan Allah disaat apa jua situasi, kerana disitu ada ketenangan abadi.
Insyallah.
Covid 24/3/2020
Isnin, 23 Mac 2020
APA ITU KOMUNIKASI?
Assalamualaikum wbt n salam sejahtera....
Merujuk, wikipedia:
Komunikasi
(Tulisan Jawi: كومونيكاسي)
- boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:
perbuatan menghantar matklumat; dan proses untuk bertukar-tukar maksud;
supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.
Nah!
Begitulah kepentingan berkomunikasi waima dengan pelbagai cara...Sekiranya gagal berkomunikasi dengan baik, terang dan nyata, berkemungkinan 1% itu juga yang akan menghalang kejayaan atau pencapaian.
Berorganisasi, berpolitik, beribadah, selagi bernyawa komunikasi perlu dijalankan dengan penuh etika.
Etika yang bagaimana?
Tiap manusia berbeza latarbelakang, yang memerlukan penyampai data itu perlu menilai kaedah dan kesesuaian untuk memindahkan maklumat yang dikehendaki.
1. Kenalpasti siapa yang akan menjadi penerima?
2. Adakah sesuai maklumat itu disampaikan secara terbuka atau secara tersirat?
3. Adakah maklumat yang disampaikan itu bersifat biasa-biasa atau penting?
4. Bagaimana untuk bersoal-jawab dan jangkaan timbal balik setelah maklumat disampai?
5. Bayangkan kita adalah penerima itu, melalui softskill peribadi yangb simpati.
"Kegagalan komunikasi adalah kegagalan kejayaan"
Wallahualam
Covid - 23/3/2020
Ahad, 22 Mac 2020
KOMUNIKASI FIKIRAN VS HATI???
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Kekuatan jiwa dalam menghadapi sesuatu ujan adalah satu keperluan. Setiap manusia mempunyai dimensi dan sudut pandangan yang berbeza dalam menilai situasi.
Ya!
Semua tiada yang salah atau benar kerana perbezaan pandangan itu. Bukan itu yang sepatutnya difikirkan, dilecehkan.
Kerana Apa?
Kerana, tiap yang berlaku ada hikmahnya dan carilah kekuatan dari kelemahan dan ujian yang berlaku.
Dari mana?
Semua yang berlaku datang dari Maha Pencipta...Penyelesaian hanya dari Nya...Keredhaan dari Nya, kekuatanNya, IzinNya...Tawakal dan Usaha la demi mencapai tahap komunikasi minda dan kalbu ciptaanNya..
Walhualam
Covid 24/3/2020
Sabtu, 21 Mac 2020
KATA MASLOW?
Assalamualaikum wbt n salam sejahtera...
Cikgu Maslow katakan, keperluan dalam kehidupan:
1. Keperluan fisiologi - jasmaniah, makanan, air, udara, tidur, seks dan kepuasan, pekerjaan, perubatan dan lain-lain keperluan asas,
2. Keperluan keselamatan - kehendak hidup dalam keadaan aman tenteram, stabil, bebas daripada bimbang dan takut,
3. Keperluan sosial - keperluan kepada manusia-manusia lain untuk menjadi pasangan, sahabat dan kenalan, serta berkahwin, mempunyai anak dan mendorong manusia jatuh cinta dan dicintai oleh manusia lain,
4. Keperluan estim - ingin berasa dihargai, diperlukan, dimuliakan dan dihormati oleh manusia-manusia lain, keperluan dalaman dan keperluan luaran,
5. Keperluan 'self-actualization' - ingin menjadi manusia seperti yang diidam-idamkan / realisasi-diri / berusaha memperbaiki diri sendiri
Walaubagaimanapun, kata cikgu ini....Islam lagi awal menyatakannya dalam Al-Quran...beriman la pada Al-Quran dan Maha PenciptaNya...
Sekian
Covid 20/3/2020
Jumaat, 20 Mac 2020
CIRI BAHASA ORANG BERJAYA???
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....
Ciri bahasa orang yang berjaya dan mempunyai estim tinggi ialah mereka itu bercakap dengan gaya yang lancar, dan nahu mereka betul.
Bahasa yang patah-patah dan bercampur aduk dengan bahasa asing menimbulkan gambaran seseorang itu tidak yakin dengan apa yang diucapkan.
Covid-19/2/2020
Ahad, 23 Februari 2020
Apa itu Politik?
Aristotle, "political science is a master of science to those who gain knowledge and understanding to those who control the state"
Rabu, 25 Disember 2019
University Of Life....
Assalamualaikum wbt...
Akhirnya, kesyukuran dipanjatkan kepada Allah di atas nikmat kurnia yang tidak ternilai harganya....
Akhirnya, tercapai satu tahap yang pasti membuahkan hasil,
Dengan segulung ijazah kehidupan,
Hasil modul kehidupan yang dilalui sepanjang kehidupan....
Tiada yang lain, melainkan kesyukuran dalam jiwa yang besar...
Insyallah, pasti tahap-tahap lain akan ditempuhi dengan jayanya...
Wasalam
Ahad, 1 Disember 2019
Giliran Masa....
Assalamualaikum Wbt...
Sedetik langkah menapak masa,
Setiap masa denyutan jiwa,
Sejenak berhenti menghirup raga,
Setulus hati menggapai cita...
Tahun berganti tahun,
Bulan berganti bulan,
Hari berganti hari,
Saat berdetik ganti....
Selagi nyawa badan dikandung,
Selagi masa diberi upaya,
Selagi itu langit dijunjung,
Selagi itu harapan dicubagaya...
Apa dirisau langit berguruh,
Sedangkan hujan belum turun,
Apa dirisau tempikan naga,
Sedangkan ada Yang Maha perlu digerun..
Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal....
Insyallah berjaya....
A.i
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...
-
Banyak pendapat mengatakan MANUSIA dan INSAN adalah perumpamaan yang sama... Namun tanggapan ini adalah kurang tepat... Kerana WATAK dan P...
-
Assalamualaikum wbt Dan salam sejahtera.. Pokok Buluh Cina ditanam selepas tanah disediakan, dan bagi empat tahun pertama, semua perkem...
-
What's mean of this? Seperti kata Hj Labu dalam cerita 'Nasib Si Labu Labi'...Dalam istilahnya nampak kelakar, tapi maksudnya ...



