Isnin, 31 Ogos 2009

Buat apa nak kahwin??? Version 2...

Sahabat Mu'adz bin Jabal berkata: "Solat orang yang sudah menikah lebih utama daripada empat puluh rakaat solat orang yang belum menikah."

Sahabat Abdullah bin Abbas ra. Berkata: "Kahwinlah kalian kerana sehari bagi orang yang sudah kahwin lebih baik daripada ibadah seribu tahun."

Manfaat nikah adalah menyelamatkan pandangan dari kecerobohan, memelihara farji dan mengharap keturunan yang lebih baik. Juga mampu membersih hati, menguatkan tekad untuk beribadah dan beristirehat. Dapat mengatur rumah tangga sampai berusaha keras untuk melatih diri agar merasa cukup. Kaya harta juga termasuk manfaat nikah.


Abul Abbas Al-Wansyarini dalam karyanya berjudul Nawazilil Barzali, mengungkapkan bahawa seorang Syekh yang soleh, Abu Bakar Al-Waraqi berkata: "Setiap syahwat dapat membekukan hati, kecuali syahwat untuk senggama. Syahwat untuk melakukan senggama ini dapat membersihkan hati. Oleh itu para nabi melakukan senggama."

Sabda Rasulullah saw, "Wahai segenap pemuda, barang siapa mampu memikul beban keluarga, maka nikahlah. Di dalam riwayat lain: barang siapa mempunyai wang mas kahwin, maka kahwinlah. Dan barang siapa mampu memikul beban keluarga, maka nikahlah. Kerana sesungguhnya kahwin itu lebih dapat menahan pandangan dan menjaga kehormatan. Sedangkan barang siapa tidak mampu, maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu merupakan benteng baginya."


Nabi saw bersabda: "Nikah adalah sunahku. Barang siapa cinta kepadaku, maka hendaklah melaksanakan sunahku."

Nabi saw bersabda: "Barang siapa menikah kerana menjaga diri, maka bantuan (pertolongan) Allah pasti datang kepadanya."
Terjemah Qurratul Uyun.

Ehsan Perdana...

Ahad, 30 Ogos 2009

Buat apa nak kahwin???Bacalah wahai insan....

Perkahwinan...Setiap perkahwinan akan berada dalam salah salah satu daripada dua situasi; sentiasa mengarah pada kebahagiaan atau sentiasa mengarah pada penderitaan.

Jarang yang berada di tengah-tengah;
bahagia tidak, derita pun tidak.
Selalunya ia akan memberat kepada salah satu.

Perkahwinan yang dimulakan tanpa persediaan yang mencukupi tidak mustahil akan sentiasa menuju ke arah penderitaan manakala perkahwinan yang sempurna persediaannya tidak mustahil menuju ke arah kebahagiaan. Umur bukan penghalang untuk berkahwin jika sudah bersedia...Ia juga dapat menjadikan diri lebih jauh daripada gangguan syaitan.Membina masjid adalah perkara yang mulia dan diredhai-Nya...Jangan timbulkan alasan apabila kebaikan ini melampaui keburukan...

Apakah bentuk-bentuk kebahagiaan yang dimaksudkan?

1. Bahagia apabila berpandukan agama
2. Berilmu dalam semua hal
3. Berbekalkan kasih sayang
4. Jujur yang tiada batas
5. Membasmi perhubungan silam atau leave pass love yang akan mengganggu hidup
6. Cinta seadanya dan sentiasa bersyukur
7. Menjaga lidah daripada berkata yang boleh buat hati tersinggung
8. Kewangan yang stabil
9. Kesediaan diri yang mutlak untuk berkongsi hidup
10.Tiada imaginasi liar pengalaman buruk orang lain yang mempengaruhi pemikiran dalam perkahwinan sendiri.

Andai ini semua jelas, terang lagi nyata, perkahwinan ini sebenarnya 1001 kebaikan yang perlu difikir dan ditimbang serius oleh pasangan yang belum berkahwin...Yang buruk datang dari diri manusia itu sendiri dan yang baik datang dari Allah.Dan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,padahal mereka yang mempunyai pilihan untuk mengubah nasib mereka sendiri...
Wallahualam....

Sabtu, 29 Ogos 2009

Satu Hati....

Niat mencinta yang ikhlas,
Apa yang terjadi,
Zarah yang padu,
Ironinya tetap bersatu,
Rindu yang mendatang tetap satu,
Alangkah indahnya hati ini,
Hatimu hatiku yang satu....

Konsep satu hati...
Sinonim dengan
Konsep satu Malaysia...

Kerana apabila jiwa yang lebih daripada satu menyatu,
Ia menjadi sinergi yang cukup kuat,
Untuk merempuh sebarang halangan dan dugaan...
Dengan izin Allah...

Benda yang baik hanya datang dari-Nya,
Yang tak baik datang daripada diri kita sendiri...
Andaikata hari ini yang terakhir,
Bersyukurlah kerana kita telah mampu melaksanakan apa yang terbaik dalam hidup ini...

Ingatlah mati selalu,
Kerana ia tetap mengahampiri dan tidak akan menjauhi...
Ada seorang cikgu yang sehingga kini tidak akan dilupai...
Beliau menyatakan, "adalah lebih baik kita tiada sebelum kiamat,
Kerana dunia akhir zaman penuh dengan dugaan dan ujian",kata beliau yang penuh hikmah.
Andai kata pilihan ditangan kita...

Isnin, 24 Ogos 2009

Ramadhan Ya Ramadhan...

Seribu senyuman belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa

meruntuh sekelip masa Selamat Menyambut Ramadhan.
Semoga Ramadhan AL MUBARAQ INI

membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina....



SEMOGA RAMADHAN INI AKAN LEBIH BERERTI DLM APA JUA AMALAN YANG KITA LAKUKAN..


.**** Yaa Allah, jadikan orang yang baca lampiran ini menjadi manusia yg kuat, sabar, sihat, solihah & disayangi banyak orang. Tolong & tingkatkan kehidupannya.
Begitupun jika dia melangkah, selamatkan dia tiap waktu...
Aminnn.*****

Rabu, 5 Ogos 2009

Pen membawaku menulis cereka kehidupan...


Andai dunia tanpa suara,
Hilanglah akustik,
Hilanglah pantulan bibit suara bergetar...

Namun tiada sebab untuk pokok bergoyang,
Jikalau tiada yang mengusik,
Wa'ima setulus bayu menghembus dingin...

Ia tetap ada sebabnya kehidupan ini ada punca dan kesan...

Alangkah indah jika tiap kata terlunas,
Kehidupan harmonis tersedia luas,
Buat ciptaan berakal yang mampu berfikir...

Hanya beza akal menjadi perbezaannya....

Andai dunia tanpa suara,
Hanya pena nan sebatang,
Mampu mengubah dunia yang pelbagai cereka...

Sukar digambarkan,
Suka diperkata,
Sasau mudah sekali,
Suram mendekati...

Kerna suara hati itu lebih jelas kedengaran buat telinga sendiri...

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...