Ahad, 30 Ogos 2009

Buat apa nak kahwin???Bacalah wahai insan....

Perkahwinan...Setiap perkahwinan akan berada dalam salah salah satu daripada dua situasi; sentiasa mengarah pada kebahagiaan atau sentiasa mengarah pada penderitaan.

Jarang yang berada di tengah-tengah;
bahagia tidak, derita pun tidak.
Selalunya ia akan memberat kepada salah satu.

Perkahwinan yang dimulakan tanpa persediaan yang mencukupi tidak mustahil akan sentiasa menuju ke arah penderitaan manakala perkahwinan yang sempurna persediaannya tidak mustahil menuju ke arah kebahagiaan. Umur bukan penghalang untuk berkahwin jika sudah bersedia...Ia juga dapat menjadikan diri lebih jauh daripada gangguan syaitan.Membina masjid adalah perkara yang mulia dan diredhai-Nya...Jangan timbulkan alasan apabila kebaikan ini melampaui keburukan...

Apakah bentuk-bentuk kebahagiaan yang dimaksudkan?

1. Bahagia apabila berpandukan agama
2. Berilmu dalam semua hal
3. Berbekalkan kasih sayang
4. Jujur yang tiada batas
5. Membasmi perhubungan silam atau leave pass love yang akan mengganggu hidup
6. Cinta seadanya dan sentiasa bersyukur
7. Menjaga lidah daripada berkata yang boleh buat hati tersinggung
8. Kewangan yang stabil
9. Kesediaan diri yang mutlak untuk berkongsi hidup
10.Tiada imaginasi liar pengalaman buruk orang lain yang mempengaruhi pemikiran dalam perkahwinan sendiri.

Andai ini semua jelas, terang lagi nyata, perkahwinan ini sebenarnya 1001 kebaikan yang perlu difikir dan ditimbang serius oleh pasangan yang belum berkahwin...Yang buruk datang dari diri manusia itu sendiri dan yang baik datang dari Allah.Dan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,padahal mereka yang mempunyai pilihan untuk mengubah nasib mereka sendiri...
Wallahualam....

2 ulasan:

Unknown berkata...

kahwin sernok pada hari perkahwinan jerr

ilham berkata...

Ye ker...?tp terpulang sebenarnya kepada individu.Jawapan yang subjektif bukan objektif

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...