Rabu, 5 Ogos 2009

Pen membawaku menulis cereka kehidupan...


Andai dunia tanpa suara,
Hilanglah akustik,
Hilanglah pantulan bibit suara bergetar...

Namun tiada sebab untuk pokok bergoyang,
Jikalau tiada yang mengusik,
Wa'ima setulus bayu menghembus dingin...

Ia tetap ada sebabnya kehidupan ini ada punca dan kesan...

Alangkah indah jika tiap kata terlunas,
Kehidupan harmonis tersedia luas,
Buat ciptaan berakal yang mampu berfikir...

Hanya beza akal menjadi perbezaannya....

Andai dunia tanpa suara,
Hanya pena nan sebatang,
Mampu mengubah dunia yang pelbagai cereka...

Sukar digambarkan,
Suka diperkata,
Sasau mudah sekali,
Suram mendekati...

Kerna suara hati itu lebih jelas kedengaran buat telinga sendiri...

Tiada ulasan:

KEPIMPINAN

Nak tahu panjangnya sungai, tanya seluang, Nak tahu luasnya padang, tanya belalang, Nak tahu banyaknya ikan, tanya memerang Nak ...