Ahad, 9 Jun 2013

Kata Semangat Laungan Juara...

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah...

Sekadar perkongsian pengalaman..,

Bagi mereka yang aktif dalam bersukan, sudah pasti memerlukan semangat juang yang tinggi. Tak kiralah dalam apa jua lapangan sukan, semestinya mental dan fizikal sesorang ahli sukan itu perlu ditahap yang tinggi.

Namun demikian, mental sekiranya tidak sekuat fizikal, sudah pasti kita mempunyai konflik dalam menguji diri dengan sukan itu. Sebagai contoh, keadaan gelanggang yang hiruk-pikuk di luar gelanggang sudah pasti menjadi musuh dalam pertandingan itu. Ada ahli sukan yang hebat, tetapi gagal dalam menghadapi cabaran mental penyokong lawan di luar gelanggang.

Sudah pasti ini menjadi satu faktor dalam mengundang kekalahan yang berpunca daripada diri sendiri. Oleh demikian, faktor di luar gelanggang adalah satu faktor yang amat penting dalam pertandingan. Contoh laungan yang boleh diberikan oleh penyokong di luar dalam memberi semangat adalah seperti:

Sehati Sejiwa:

Kami turun ke gelanggang,
Sehati dan sejiwa...jiwa...jiwa....jiwa...
Go Pahang Go! Go! Go!

Ayuh Tok Gajah,

Ayuh...Ayuh...Ayuh...Tok Gajahku...
Hari ini kita mesti menang...

Kalahkan musuhmu..
Ha..re...Hare...Ho...

Kalahkan musuhmu pahlawanku....

OOOOoo...Tok Gajah...
OOOOoo...Tok Gajah...

Hareha...Ho...

Hogoh! Pahang Hogoh!....

Tiada ulasan:

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...