TAHNIAH buat penyokong Harimau Malaya yang mewakili rakyat Malaysia dalam memberi sokongan dalam kancah bola sepak di negara kita...
Dengan adanya penyokong setia Harimau Malaya diharapkan pasukan bola sepak negara kita akan dapat membalas kesetiaan penyokong selama ini. Wujudnya gelombang Ultras Malaya telah memberi satu fenomena yang sangat dahsyat di tanah air kita. Setiap pelusuk negara muncul memberi sokongan dan impaknya dapat dilihat bagaimana stadium di Malaysia kini rancak dan gempita dengan sokongan penyokong pasukan bola sepak kita,
Satu dimensi baru telah memberikan satu gambaran jauh untuk melihat pasukan bola sepak kita keluar daripada kepompong amatur. Teruskan usaha dan jangan berputus asa, kerana ULTRAS rakyat Malaysia akan terus membara menompang semangat padu pasukan bola kita.
Walaubagaimanapun, kekalahan tetap kekalahan, namun tahniah di atas hasil usaha yang diberikan. Dan segera baiki kelemahan yang ada untuk menjadi pasukan yang lebh mantap.
Perjalanan hidup ini tidak mudah yang disangka. Merintis kemungkinan, namun segalanya tetap ada hikmahnya dan segalanya datang daripada Yang Maha Esa...Yakin dan Percayalah... اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Sabtu, 30 Julai 2011
Jumaat, 15 Julai 2011
Hakikat Masa???
"Apakah yang terpanjang, yang terpendek dan sangat perlahan. Kita semua tidak mengendahkannya tetapi selepas itu kita semua menyesalinya??? Tiada apapun yang dapat dilakukan tanpanya. Ia menelan segala yang membina segala yang besar??? Itulah MASA..."
Masa adalah panjang kerana masa adalah ukuran keabadian.
Masa adalah tersingkat kerana tiada seorang pun antara kita yang mempunyai masa yang cukup untuk menyempurnakan tugas kehidupan.
Tiada apapun yang dapat dilakukan tanpanya, kerana masa adalah satu-satunya tugas kehidupan kita.
Masa adalah unsur asas bagi pembentukkan kehidupan.
Masa menelan semua yang tidak berfaedah daripada generasi dalam bentuk kelalaian dan mengekalkan semua yang hebat dan berharga.
Fikirkan wahai aku dan kau..

Sabtu, 9 Julai 2011
999???
Jika kecemasan berlaku, adakah kita mampu bertindak dalam keadaan tenang?
Adakah kita mampu mengingati semua nombor kenalan atau pasukan kesekamatan yang berhampiran?
Sudah pasti kita akan kelam kabut dan tidak mampu bertindak sendirian.
Oleh itu dengan koordinasi talian kecemasan 999, dapatlah daripada kita dengan segera meminta bantuan kecemasan.
Namun, acap kali kita dikejutkan dengan kegagalan panggilan kecemasan dalam masa kita memerlukan bantuan...Kenapa???
Pendapat saya adalah, talian ini mampu bertindak baik jika:
1. Pemanggil dalam keadaan tenang (maklumat diri),
2. Lokasi yang dimaklumkan jelas,
3. Sentiasa cekap menyampaikan keadaan kejadian,
4. Dapat memberi gambaran lokasi (landmark)jika tiada maklumat lengkap,
5. Positif dan yakin dengan petugas pusat panggilan 999 (PEO),
6. Menjawab setiap pertanyaan yang diberikan,
7. Tingkatkan kesabaran,
8. Sentiasa 'Follow up' panggilan yang dibuat dalam jangkamasa yang sesuai.
Ini adalah sebahagian pendapat buat pemanggil 999 dalam membantu keberkesanan pengurusan panggilan kecemasan...Walaubagaimnapun, sistem dan petugas 999 juga perlulah sentiasa dalam keadaaan baik dan perlu melengkapkan diri dengan kemahiran (softskill) diri dalam tugasan. Ilmu kehidupan dan pembacaan adalah utama untuk memahirkan diri di samping sistem yang perlu dinaiktaraf sentiasa mengikut teknologi terkini.
Sekian, boleh saya bantu???
Cantiknya Kupu-kupu tu...
Amboi...Seronoknya bila kita dapat tengok orang berpangkat dalam kehidupan sekeliling kita...ke sana ke mari semuanya orang perasan...Tapi kadang-kadang terfikir, orang berpangkat ni sentiasa sempurna ke tidak???
Sudah pastinya dalam dunia ini tiada yang sempurna melainkan Allah S.W.T. Manusia yang sempurna adalah Muhammad S.A.W. Kita manusia biasa kalau berpangkat dan berpengaruh mana pun hanya secebis kesempurnaan.
Apa yang membuatkan pangkat ini wujud di dunia agaknya???
Hmm...memang perlu ada hierarki dalam satu kehidupan dunia ini kerana perlu ada yang memerintah dan diperintah...Namun demikian, bila ada pangkat jangan pula kita sewenangnya menyalahgunakan kepercayaan dan tanggungjawab itu...Apapun nawaitu kita tu adalah utama....Kalau tegak pembawakannya maka tiadalah bengkok hasilnya...Sedangkan kita jauh daripada kehidupan yang menanti...Masalah yang wujud adalah jika berpangkat tetapi tidak berpijak di bumi yang nyata...Sentiasa di awangan melayang bagai kupu yang berwarna-warni di udara...Lambat laun tetap pudar dan jatuh ke tanah juga tempatnya...Bila kita di atas perlu bersedia jatuh dan bila kita terjatuh, bersedia pula untuk menerima balasan hasil tindakan yang pernah kita lakukan ketika bebas di atas...Apa yang perlu disemat di hati adalah setitis perasaan simpati dalam berpangkat..Sentiasa pastikan tindakan itu tiada penindasan dan dikriminasi ke atas pihak lain...
Ingatlah kau dan aku tidak sentiasa di atas dan dunia ibarat roda berputar selagi ada namanya dunia kita adalah ciptaan yang perlu memakmurkan dunia ini dan bertanggungjawab dalam memastikan dunia dan akhirat perlu seiringan...
Ingatan ikhlas kau,aku dan kupu-kupu...
Sabtu, 2 Julai 2011
When u need to buy secondhand car????
Pandu uji secukupnya sebelum beli kereta terpakai
BADAN kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin.
Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat.
Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.
Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.
SELEPAS itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.
Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.
Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar.
JURUJUAL mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain.
Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu.
Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.
Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri.
TINGKATKAN kelajuan hingga 25 - 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti.
Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 kmj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.
Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.
Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.
KEMUDIAN pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.
Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek.
Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80kmj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal.
KEMBALI semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya.
Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak.
Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.
Fikirkan wahai aku dan kamu....
BURUNG GAGAK DENGAN AYAH ANAK???
Satu kisah yg menarik untuk dijadikan tauladan.
Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana disekitar mereka. Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap diranting pokok berhampiran. Si ayah lalu
menuding jaring ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah
bendanya itu?" "Burung gagak", jawab si anak. Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama. Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit
kuat, "Itu burung gagak ayah!"
Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!" Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si
anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah, Gagak la ayah.......". Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah
sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah."Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya
sudah pun memberikan jawapannya. Apa lagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah. Si
ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga.
Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama. "Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari
itu", pinta si ayah. Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut...
"Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke
arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku menjawab,"Burung gagak". Walau bagaimanapun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku
menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga."
Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu.
Si ayah dengan perlahan bersuara, "Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah."
MORAL: JAGALAH HATI KEDUA IBUBAPA.JANGAN SESEKALI MENGHAMPAKAN HARAPAN MEREKA. TIADA APA YANG TERBAIK DAPAT DILAKUKAN APABILA MEREKA TIADA DIDUNIA LAGI.

Langgan:
Catatan (Atom)
A.i
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...
-
"Bergerak merupakan perjuangan yang besar dalam memperoleh nasib baik." " Janganlah sekali-kali engkau bergantung pada takdi...
-
Banyak pendapat mengatakan MANUSIA dan INSAN adalah perumpamaan yang sama... Namun tanggapan ini adalah kurang tepat... Kerana WATAK dan P...
-
Assalamualaikum wbt Dan salam sejahtera.. Pokok Buluh Cina ditanam selepas tanah disediakan, dan bagi empat tahun pertama, semua perkem...