Sabtu, 2 Julai 2011

BURUNG GAGAK DENGAN AYAH ANAK???

Satu kisah yg menarik untuk dijadikan tauladan.


Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana disekitar mereka. Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap diranting pokok berhampiran. Si ayah lalu
menuding jaring ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah
bendanya itu?" "Burung gagak", jawab si anak. Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama. Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit
kuat, "Itu burung gagak ayah!"

Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!" Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si
anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah, Gagak la ayah.......". Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah
sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah."Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya
sudah pun memberikan jawapannya. Apa lagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah. Si
ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga.

Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama. "Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari
itu", pinta si ayah. Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut...

"Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke
arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku menjawab,"Burung gagak". Walau bagaimanapun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku
menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga."

Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu.

Si ayah dengan perlahan bersuara, "Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah."

MORAL: JAGALAH HATI KEDUA IBUBAPA.JANGAN SESEKALI MENGHAMPAKAN HARAPAN MEREKA. TIADA APA YANG TERBAIK DAPAT DILAKUKAN APABILA MEREKA TIADA DIDUNIA LAGI.

Tiada ulasan:

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...