Isnin, 22 Jun 2009

Siapakah dia???


Orang Yang Mencintai kepada yang dicintai...


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu
memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu
di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih,

dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan
kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya,

di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun
mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja

yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan
kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari

Minggu’, ‘Selamat Tidur’,‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas
SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam
cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu

adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim
SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama

kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu
ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan

mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia
menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang
mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan

mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan
kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia

akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia
bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung,

dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat
kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat

kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan

kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana
kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-

harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat

agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada
kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
dimata, jauh dihati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang

kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon

kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan
mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang

membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat
kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu

mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu
kamu. dia tidak pernahmengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana
permintaan mu.
20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar

INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-
bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia

akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh
hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada

menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa
menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan

alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban
dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia
benar-benar mengerti apa itu cinta.

- sumbangan seseorang-

Walau banyak mana ciri-ciri di atas,hanya ada satu saja maksudnya iaitu betapa pentingnya cinta buat seseorang pencinta.Walaubagaimana sekalipun cinta tu perjalanannya,ia harungi dengan tabah dan yakin setiap liku yang ditempuhi adalah ujian yan Maha Esa...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wujud lagi manusia macam ni ke?

Tanpa Nama berkata...

maybe ade kot...sapa dapat,untung bangat!

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...