Sabtu, 20 Jun 2009



"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."


"Apabila bercakap kepada orang lain,anggaplah kita berada dihadapan cermin,kerana kata-kata itu sebenarnya adalah untuk kita."

"Berdiam diri tidak bermakna kita tewas,dan mengalah tidak bermaksud kita kalah."

"Pendapat orang adalah idea orang,dan kadangkala kita tidak mampu memikirkan apa yang orang lain fikirkan,namun bagaimana sekalipun pendapat orang lain adalah hak mereka dan kita perlu hormati suara mereka."

"Jangan cuba menafikan hak dan kebenaran,kerana ia bererti mencari bencana untuk diri sendiri."

Sesungguhnya,jadilah diri anda yang sebenar demi diri anda sendiri!!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaium...

Saya nk share ngan awak sumthing...
Pernah ke awak trpikir utk buka pintu hati kpd sseorang, ttp teramat sukar utk menutup kembali pintu hati kpdnya? What u think about our love?

-CINTA-
Cinta mungkin boleh diibaratkn spt air. kita mmrlukannya dlm hidup namun....
Jika ia ibarat air di lautan, ia akan mnjd ombak yg akan mmbuatkn hidup kiter trumbang-ambing...
Jika ia ibarat air di kutub, maka ia akan mnjd ketulan ais yg akan mmbekukan kiter...
Jika ia ibarat air sungai yg mengalir tenang, maka ia akan brterusan mnghanyutknnya ke muara sungai...
Jika ia ibarat air terjun, lalu trhempaslah anda brulang2 ke bawah...
Jika ibarat air tasik yg tenang mmbiru, mungkin dlm diam akan mnyimpan berjuta keladak di dasarnya...

Bg awk, cinta adalah ibarat air???
"Biarlah sy menjadi cinta terakhir awk krn mungkin sudah trlmbat utk mnjd cinta pertama awk...Ttp sy xakan prnh trlmbat utk mnjd cinta trakhir awak..."

Ilham berkata...

CINTA adalah anugerah daripada Yang Maha Esa...Setiap pemberian-Nya,adalah satu rahmat.Cinta juga tidak boleh disamakan dengan sesuatu yang boleh dibaca gerak-gerinya,kerana cinta itu ada nyawa dalam hati setiap insan.Jikalau cinta boleh dibaca,dilihat,ia bukan cinta sebenarnya,kerana cinta itu penuh dengan liku2 yang tajam untuk membawa 2 insan ke tempat yang bahagia.Sesuatu yang hanya dapat dirasa dan disentuh dengan mata hati,itulah cinta.Air dapat dirasa dan disentuh molekulnya,jadi dua benda yang beda dan beza tidak sama.Cinta sejati hanyalah satu dan sekali dalam seumur hidup manusia...

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...