Sabtu, 24 September 2016

Teori X & Y

Douglas McGregor : menyatakan dua kategori sikap manusia dalam sesuatu organisasi, iaitu bersifat positif dan negatif...

Dalam organisasi juga perlu mempunyai kaedah SWOT yang bermaksud, Strenghtness (kekuatan), Weakness (kelemahan), Opportunity (peluang), Threat (ancaman)..elemen ini sekiranya berjaya dikuasai akan mencapai Goal dalam perancangan visi dan misi organisasi.

Oleh itu, sesebuah organisasi sekiranya ingin berjaya perlu mengenali perangai dan sikap peribadi ahli bagi membentuk satu pasukan mantap yang boleh bergerak ke arah satu matlamat. Baik atau buruk perangai ahli itu adalah faktor kecil jika pengurus itu berjaya mengatur strategi.

Sekian

Ahad, 18 September 2016

Teknologi Atas Pokok

Assalamualikum dan salam sejahtera...

"Kerja apa pun boleh siap, waima sedang berada di atas pokok!"

Ungkapan ini mungkin mengeletek hati sesetengah orang...tapi bagi mereka yang berilmu perkara tersirat, pasti ia ungkapan bernas!

Kenapa?☝

Zaman sekarang, ada smartphone, wifi pasti boleh melakukan apa sahaja walaupun di atas pokok..

Rancang kerja, fikirkan kontigensi, cari bahan, idea dan susun stratgi...inilah ramuan kejayaan sesuatu tugasan..

Hasilnya yang penting, kaedah bagaimana mencapai kejayaan itu tidak penting...

Sekian

Khamis, 15 September 2016

Sistem Pengurusan Positif

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sering kali dalam kehidupan, setiap daripada kita pasti mempunyai halangan dan dugaan...onak duri itu adalah bekalan kepada kejayaan sebenarnya...

Tapi bagaimana caranya kita mampu berjaya?

Mudahkah untuk dilaksanakan?

Ia pasti mudah! Sekiranya kita mempunyai akal dan minda positif...

Fikirkan sahaja yang baik-baik, pasti berjaya..insyallah..

Allah pasti membantu jika usaha itu lahir daripada pengurusan positif...

Yang indah itu perjalanan, yang lebih indah itu kejayaan, betulkan yang biasa, biasakan yang betul, tahu tidak semestinya faham, tapi faham itu sudah pasti tahu...

Wallahualam
Salam Jumaat Saiyadtulayyam..alfatiha buat junjungan Nabi Muhammad Saw, ibu bapa, para sahabat baginda, keluarga, rakan-rakan seperjuangan yang hidup mahupun yang telah ke rahmatullah...amin

Ahad, 11 September 2016

Salam Aidiladha...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selawat ke atas Nabi Muhammad, Nabi junjungan kita..

Allahuakbar, Allahukabar, Allahuakbar...

Aidiladha disambut seluruh umat islam di dunia.

Terlalu besar pengorbanan sirah yang ditinggalkan buat insan akhir zaman,

Umat islam yang berkemampuan menunaikan rukun Islam kelima, diseru Allah ke tanah suci..moga mabrur hajinya,

Aidiladha membawa titik mula pengorbanan dalam setiap perkara yang sedang atau akan dilakukan oleh kita,

Agar kesempatan menyambut Aidiladha kali ini akan membawa hijrah dan pengorbanan besar dalam mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi...

Insyallah..salam aidiladha.

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...