Ahad, 19 Julai 2015

Koleksi kehidupan....


Assalamualaikum...

Semoga semua dalam rahmat dan redha Allah...

Bukankah kesempatan seketika di dunia ini adalah untuk dimanfaatkan...

Kembali kepada fitrah, adalah ungkapan selepas berjaya di bulan ramadhan...

Namun, ada yang masih tidak berjaya bersyukur dengan kehidupan...

Berfikiran jumud dan berfikiran seperti hidup di dunia selamanya...

Sentiasala beringat, kita pasti hadir tanpa gagal apabila telah tiba masanya nanti...

Meninggalkan semua yang digenggam,

Meninggalkan semua kuasa dan darjat...

Meninggalkan semua prestasi kerja yang terbaik...

Meninggalkan ilmu, anak dan harta yang bermanfaat...

Bersyukur dan sentiasa redha..kunci kejayaan hidup sebenar...

Sabtu, 18 Julai 2015

Salam lebaran Aidilfitri..

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِالرَّحِيْــــــــــــــمِ.                    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه  وَبَرَكَاتُهُ

"تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ صِيَمَنَا وَ صِيَمَكُمْ"
"Taqabballallahu minna wa minkum" (Semoga Allah menerima kebaikan kami dan kebaikan kamu ) akan segala amalan dan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan.

شلآمت هاري راي عيدالفطري
معاف ظاهير دان باطين

Syawal ini dibawa pelbagai kisah setahun raya sebelum ini...
Pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuhi...
Pelbagai kejayaan dan rahmat diberi...
Diberi ujian dan dugaan...
Diberi jua jalan penyelesaian...
Tiada penuh kesalan...
Tapi diharungi bersama kekuatan...

Namun...

Adakah setahun selepas ini, mampu...
Adakah dugaan yang mendatang tepu...
Sediakah dalam kekuatan sediada...
Sepenuhnya jiwa diserahkan padaNya..

Hanya Dia yang mampu bersama...
Hanya Dia yang memberi kekuatan...
Hanya Dia yang memberi taufiq hidayah...
Hanya Dia yang tetap dalam segalanya...

Sesungguhnya, Di mana bumi dipijak...
Di situ langit dijunjung...
Di mana Allah dijejak...
Di situ nyawa dikandung...

Hidupku, matiku kerana Allah...

Sabtu, 11 Julai 2015

Saki Baki Ramadhan Ini...

Assalamualaikum salam ramadhan...

Dalam kehidupan ini, sentiasa ada perkara yang perlu dilakukan...setiap perkara itu bertujuan tidak lain selain untuk beribadah sebagai khalifah di dunia..keperluan kehidupan hendak atau tidak, perlu dicari dan diadakan agar tidak terganggu dengan nawaitu kerana Allah...mencari ilmu yang dituntut, mencari kertas bernilai,dan pelbagai lagi sebagai assabab kehidupan harmoni. Sebagai pemudahcara kehidupan.

Rezeki dan keluarga tidak dapat dipisahkan bersama tuntutan hak Allah...ibarat minyak dan air walau tidak bercampur namun tetap bersama di dalam bekas..itulah ujian dan dugaan insan. Sekiranya hadirnya ujian itu akan mendekatkan diri kepada Allah, maka itulah yang terbaik...namun jika dugaan yang hadir itu menjauhkan kita pada Allah, maka perlu ada penyelenggaraan kehidupan.

Semoga insan semakin tabah dan sentiasa cekal di dunia sementara..Semoga Allah sentiasa jauhkan sifat haiwan yang tidak mampu berfikir, dan dekatkan sifat khalifah berakal dalam menjalani kehidupan. Semoga saki baki Ramadhan ini mendapat semakin banyak taufiq dan hidayah dari Allah.

Amin

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...