Rabu, 14 Oktober 2015

3 Perkara Berat Kehidupan

Assalamualaikum..
Salam Maal Hijrah 1437H..

Setiap apa yang dilalui dalam kehidupan adalah cabaran...

Sudah pasti kita mampu laksana sekiranya berstrategi dan sabar...

Sudah pasti doa tidak berhenti setiap masa...

Manusia paling malas bukan yang tidak berusaha tapi yang tidak berdoa itu pemalas...

3 perkara yang berat untuk berjaya dalam kehidupan adalah:
1. Dalam menghisab diri
2. Berzikir
3. Pemurah pada adik-beradik

Srkiranya kita mampu laksanakan perkara berat ini...

Insyallah...

Kita mampu menjadi HEBAT...

AMIN

Isnin, 21 September 2015

Doaku Pada Mu...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagu Yang Maha Pengasihani....

Ya Allah Ya tuhan kami, Ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan Kami Zahir ban Batin.Ya Allah ampunkanlah Dosa kami, Dosa Kedua Ibu Bapa Kami, Dosa Keluarga kami,Dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat Islam yang telah mati dan yang masih hidup. Ampun dosa isteri dan anak kami..

Ya Allah Ya Tuhan kami, pohonkan apa yang telah dipohonkan oleh Rasulullah s.a.w dan kami meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah. S.a.w.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami pohonkanlah Syurga tanpa Hisab dan berikanlah kekuatan,Taufik dan Hidayah kepada kami kearahnya,selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami kearah Neraka

Amin Ya Allah

Sabtu, 19 September 2015

Semangat 20%

Asslamualaikum...
Dalam kehidupan semestinya terdapat pelbagai jenis manusia yang mempunyai sikap dan peribadi tersendiri...sudah pasti, mempunyai pro atau kontra sesama insan...

Jelaslah,bahawa pelbagai peel ini ada hikmahnya sebagai perbedaan yang perlu ada titik pertemuan yang dipanggil penerimaan..

Begitu juga, dalam kerjaya..siapa yang bodek bos, akan terus maju jaya??

Sudah pasti TIDAK..kerana alaf ini, manusia yang rajin dan berjaya pasti ada rezeki..jikalau hanya pandai menjadi tok penasihat 20%, lebih baik sedar diri awal..kerana jika nasihat itu memberi beban dan masalah kepada orang lain..sudah tentu buruk bunyinya berbanding menjadi seorang yang boleh membantu sesama insan...

Sukar akan senang...

Wallahualam...

Jumaat, 28 Ogos 2015

Kebagusan dan kebodohan..?

"Manusia yang bijak, adalah manusia yang tidak pandai menunjuk kebagusan diri, berbanding manusia yang tidak bijak tetapi menunjuk kebodohan selalu"...

Bererti...

Janganlah kita menjadi manusia bodoh yang sombong dalam setiap hal...tidak kira berapa besar pangkat kita, namun tiada masalah untuk bertanya jika sesat pendapat..

Pengajaran...

Setiap manusia ada kelemahan dan kekuatan yang telah ditetapkan Allah...

Ahad, 19 Julai 2015

Koleksi kehidupan....


Assalamualaikum...

Semoga semua dalam rahmat dan redha Allah...

Bukankah kesempatan seketika di dunia ini adalah untuk dimanfaatkan...

Kembali kepada fitrah, adalah ungkapan selepas berjaya di bulan ramadhan...

Namun, ada yang masih tidak berjaya bersyukur dengan kehidupan...

Berfikiran jumud dan berfikiran seperti hidup di dunia selamanya...

Sentiasala beringat, kita pasti hadir tanpa gagal apabila telah tiba masanya nanti...

Meninggalkan semua yang digenggam,

Meninggalkan semua kuasa dan darjat...

Meninggalkan semua prestasi kerja yang terbaik...

Meninggalkan ilmu, anak dan harta yang bermanfaat...

Bersyukur dan sentiasa redha..kunci kejayaan hidup sebenar...

Sabtu, 18 Julai 2015

Salam lebaran Aidilfitri..

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِالرَّحِيْــــــــــــــمِ.                    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه  وَبَرَكَاتُهُ

"تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ صِيَمَنَا وَ صِيَمَكُمْ"
"Taqabballallahu minna wa minkum" (Semoga Allah menerima kebaikan kami dan kebaikan kamu ) akan segala amalan dan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan.

شلآمت هاري راي عيدالفطري
معاف ظاهير دان باطين

Syawal ini dibawa pelbagai kisah setahun raya sebelum ini...
Pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuhi...
Pelbagai kejayaan dan rahmat diberi...
Diberi ujian dan dugaan...
Diberi jua jalan penyelesaian...
Tiada penuh kesalan...
Tapi diharungi bersama kekuatan...

Namun...

Adakah setahun selepas ini, mampu...
Adakah dugaan yang mendatang tepu...
Sediakah dalam kekuatan sediada...
Sepenuhnya jiwa diserahkan padaNya..

Hanya Dia yang mampu bersama...
Hanya Dia yang memberi kekuatan...
Hanya Dia yang memberi taufiq hidayah...
Hanya Dia yang tetap dalam segalanya...

Sesungguhnya, Di mana bumi dipijak...
Di situ langit dijunjung...
Di mana Allah dijejak...
Di situ nyawa dikandung...

Hidupku, matiku kerana Allah...

Sabtu, 11 Julai 2015

Saki Baki Ramadhan Ini...

Assalamualaikum salam ramadhan...

Dalam kehidupan ini, sentiasa ada perkara yang perlu dilakukan...setiap perkara itu bertujuan tidak lain selain untuk beribadah sebagai khalifah di dunia..keperluan kehidupan hendak atau tidak, perlu dicari dan diadakan agar tidak terganggu dengan nawaitu kerana Allah...mencari ilmu yang dituntut, mencari kertas bernilai,dan pelbagai lagi sebagai assabab kehidupan harmoni. Sebagai pemudahcara kehidupan.

Rezeki dan keluarga tidak dapat dipisahkan bersama tuntutan hak Allah...ibarat minyak dan air walau tidak bercampur namun tetap bersama di dalam bekas..itulah ujian dan dugaan insan. Sekiranya hadirnya ujian itu akan mendekatkan diri kepada Allah, maka itulah yang terbaik...namun jika dugaan yang hadir itu menjauhkan kita pada Allah, maka perlu ada penyelenggaraan kehidupan.

Semoga insan semakin tabah dan sentiasa cekal di dunia sementara..Semoga Allah sentiasa jauhkan sifat haiwan yang tidak mampu berfikir, dan dekatkan sifat khalifah berakal dalam menjalani kehidupan. Semoga saki baki Ramadhan ini mendapat semakin banyak taufiq dan hidayah dari Allah.

Amin

Isnin, 29 Jun 2015

Ramadhan oh ramadhan. ?

Sikap manusia, perlu ada perubahan bermula ramadhan....
Sekadar coretan di bulan ramadhan,  bulan indah lagi nikmat...syukur kita sempena ramadhan kali ini, kita diberi kesempatan dalam menghadapi saat manis dalam beribadah dalam bulan mulia ini...
Ramadhan memimpin kita agar menjadi lebih berdisiplin dalam mengawal hawa nafsu, di samping memastikan sistem tubuh badan sentiasa sihat...setiap ibadah dilipat gandakan ganjaran dari Allah..

Namun, masih ada manusia yang tidak mengerti bersyukur dan masih ditakuk lama cara berfikir dan tindakan...hubungan Allah, manusia dan alam perlu ada dalam kehidupan...menyusahkan hidup sendiri dan orang lain.

Pastikan kita semua sentiasa hebat berfikir, dan berayukur dengan peluang yang ada...Allahuakbar

Jumaat, 22 Mei 2015

Cabaran kehidupan???

Assalamualaikum...

Setiap perjalanan dalam kehidupan kita pasti ada destinasi untuk dituju. Bagaimana cabaran yang akan kita hadapi pasti di luar kotak pemikiran. Tetapi sekiranya ada payung disediakan sebelum hujan, pasti tidak basah. Bagaimana sesak jalanraya, pasti sampai dengan selamat perjalanan sekiranya sabar. Apapun, semua berbalik pada usaha kita dalam hadapi cabaran..tetap indah kalau doa dalam solat seiring, insyallah destinasi kehidupan tetap sampai.

Wallahualam

FANTASI ITU REALITI

"Ada tidak menambah, Tiada tidak mengurang" Tapi, "Work to be seen, Work not to be seen" Terpenting, "K...