Sabtu, 13 Oktober 2012

Injection???

Assalamualaikum wbt...

"Teruslah melangkah, jangan hanya berserah"...
Itulah kata sang perwira...

Kalau kita renung dan kaji dalam2,
Memang ada benarnya kata tersebut...
Kerana apa, kehidupan ini adalah lakonan semata2...
Di dunia ini, kita hanya melaksanakan apa yang ditulis di azali
Kita hanya merancang, Allah penentunya...

Tidak usah meracau dengan keadaan hidup,
Kerana pasti ada jalan yang terbaik,
Yang tidak sempurna datang dari diri kita sendiri...
Jikalau adanya ujian dan dugaan (injection),
Pastinya itu cabaran...
Jika itu menyakitkan, Allah la doktornya...
Tiada apa yang menjadi ubat selain daripada-Nya...

"Genggam bara api sampai jadi bara..."
Itula pepatah pahlawan hang Jebat...
"Biar putih tulang,Jangan putih mata..,"
Kata orang politik..

Maka ini, kita haruslah sentiasa berusaha,
Ke arah yang terbaik,
Jika harini gagal,
Pasti esok masih ada,
Selagi nyawa dikandung badan,
Pasti itu iman itu ada,
Jika hati berbelah bahagi,
Pasti ada ketentuan...

Wallahualam..Takbir! Allhuakbar

Tiada ulasan:

KEPIMPINAN

Nak tahu panjangnya sungai, tanya seluang, Nak tahu luasnya padang, tanya belalang, Nak tahu banyaknya ikan, tanya memerang Nak ...