Sabtu, 28 Mei 2011

Ubat dalam tekanan hidup seharian???


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk.

Jiwa  kita  akan  menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah
diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri
mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan
mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an.
 
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran
walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran
ialah  selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat
dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab
pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan solat sunat.
 
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-­hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan
mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan
daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah.

Allah  telah  berpesan  iaitu  jangan  menyembah  selain  daripada-Nya. Ini
bererti  kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara  berterusan.  Waktu-waktu  mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah  malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan
dan  iqamah.  Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak
akan  datang  bergolek  sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka
kita  perlulah  berusaha  supaya  mencapai  sesuatu di samping berdoa hanya
kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah.
 
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan.

Orang  ramai  selalu  berkata  bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak
yang  cergas.  Segala  tekanan  sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti
bersukan.  Situasi  akan  menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan
masa  membawa  keluarga  pergi  beriadah.  Ikatan  kekeluargaan  juga   akan
bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat.

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah
satu faktor tekanan sewaktu bekerja.. Oleh itu, cara untuk mengurangkan
tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak
terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang
lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati.

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut
dalam hati boleh menyebabkan diri merana.

"Luaran  lain, hati  lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami
sesuatu  tekanan,  mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka
itu.  Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya
hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri.

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti
menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri.

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas
daripada  maksud  sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu
mencintai  diri  sendiri  terlebih  dahulu berbanding orang lain. Diri kita
yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan
dengan  cara  yang  dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita
dengan ceria dan penuh dengan senyuman..

Kesimpulan :
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayanya

Wassalam


Tiada ulasan:

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...