Manusia tidak mungkin boleh hidup seorang diri tanpa bergantung kepada orang lain.
Dengan itu, atas semangat kejiranan setiap orang tidaklah boleh mementingkan diri
Sendiri semata-mata.Kita perlu menjaga dan mematuhi tatasusila berjiran.
Antara tindakan berbuat baik dengan jiran tetangga ialah seperti berikut:
a.Menjaga diri drp buruk sangka terhadap jiran.
b.Memberi pertolongan seperti membantu kerja-kerja berat.
c.Bersimpati dgn kesusahan dan turut gembira di atas kejayaan jiran.
d.Ziarah menziarahi terutama apabila jiran sakit atau ditimpa kesusahan.
e.Menguruskan jenazah ahli jiran serta mengucapkan takziah di atas kematian ahli
kelurga jiran
f.Menanam semangat gotong-royong dan amalan kerja berkumpulan.
g.Menanam semangat ukhwah Islamiah
PERKARA YANG MENGHALANG SEMANGAT KEJIRANAN.
Di antara beberapa perkara sikap negative yg sering menjadi punca kepada terputusnya hubungan semangat kejiranan:
1.Bersikap terlalu individualis
Sikap ini menjadikan seseorang sombong sehingga menimbulkan kemarahan dan
permusuhan yang berpanjangan. Sikap terlalu individu akan menjadikan seseorang
Hidup bersendirian kerana adanya sikap sombong itu..
2.Beranggapan diri mereka saja yang betul.
Sikap ini menjadikan mereka tidak boleh ditegur dan tidak mahu menegur org lain
Ia ditambah dgn fahaman- fahaman yang salah seperti
”JANGAN JAGA TEPI KAIN ORG”
dan seumpamanya. Sikap ini seolah-olah apabila berlaku kesalahan tidak boleh
ditegur langsung, malah apabila berlaku teguran akan berlaku pergaduhan pula.
3.Sikap persaingan yang tidak sihat.
Sikap persaingan yang tidak sihat ini akan melahirkan cemburu dan hasad dengki
yang menimbulkan keadaan tidak harmoni dlm masyarakat.Ia akan melahirkan manusia
yang mementingkan diri sendiri.
Jadi, pastikan anda seorang jiran yang membantu jiran anda agar kehidupan ini dapat dinikmati bersama...
Perjalanan hidup ini tidak mudah yang disangka. Merintis kemungkinan, namun segalanya tetap ada hikmahnya dan segalanya datang daripada Yang Maha Esa...Yakin dan Percayalah... اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
A.i
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...
-
"Bergerak merupakan perjuangan yang besar dalam memperoleh nasib baik." " Janganlah sekali-kali engkau bergantung pada takdi...
-
Banyak pendapat mengatakan MANUSIA dan INSAN adalah perumpamaan yang sama... Namun tanggapan ini adalah kurang tepat... Kerana WATAK dan P...
-
Assalamualaikum wbt Dan salam sejahtera.. Pokok Buluh Cina ditanam selepas tanah disediakan, dan bagi empat tahun pertama, semua perkem...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan