Jumaat, 18 Mac 2011

"Last minute"???

Dalam setiap daripada kita sentiasa mempunyai pelbagai urusan duniawi yang perlu diselesaikan...tidak mengira umur,semuanya sentiasa sibuk...apa yang dikehendaki adalah kepuasan dalam tugasan yang dilaksanakan...yang penting siap...tapi adakah hasilnya menepati apa yang dikehendaki??? Sudah pasti ia memerlukan satu perancangan yang mantap dan berkesan...namun dengan kehidupan tidak cukup tangan kini, ramai yang mencari kaedah mudah dalam menyelesaikan tugasan...untung sabut timbul,jika ia bernasib baik...ada juga yang sentiasa di saat akhir membuat keputusan, dan kadang ia menghasilkan hasil yang terbaik...bagaimanapun kaedah perlaksanaan tugasan anda,saya lakukan, pastikan hasil yang memuaskan hati dapat kita capai...terpulanglah jika keadaan "last minute" adalah satu suntikan momentum untuk kejayaan anda, kerana yang penting ia bersesuaian dengan jiwa...jauhkan diri daripada berfikiran negatif, kerana ia akan mengurangkan positif dalam diri....

Khamis, 17 Mac 2011

Tsunami dan Nuklear...

Kita dikejutkan dengan berita letupan ketiga di loji tenaga nuklear Daiichi di Fukushima, Jepun. Mengikut laporan agensi berita Reuters serta The New York Times, letupan di reaktor No 2 telah berlaku dan kerosakan yang timbul mungkin bersifat lebih kritikal, lalu menyebabkan senario “full meltdown” mungkin berlaku. Reuters menambah bahawa kadar radiasi sekitar loji nuklear tersebut telah meningkat empat kali ganda.

Adakah apa yang berlaku kini tidak menjadi iktibar kita bahawa secanggih mana kita dengan teknologi, kita tetap terdedah kepada alam semulajadi...Yang penting Tsunami adalah Tsunami, dan Nuklear adalah sesuatu yang boleh difikirkan semula penggunaannya dalam negara kita...Setiap perancangan kita adalah sekadar usaha kehidupan...Sejarah orang lain boleh dijadikan iktibar dan kita seharusnya memikirkan alternatif yang lebih selamat dan efisyen dalam setiap perancangan masa kini dan masa depan kita...

Khamis, 10 Mac 2011

Jiran tetangga sebahagian kita...

Manusia tidak mungkin boleh hidup seorang diri tanpa bergantung kepada orang lain.
Dengan itu, atas semangat kejiranan setiap orang tidaklah boleh mementingkan diri
Sendiri semata-mata.Kita perlu menjaga dan mematuhi tatasusila berjiran.
Antara tindakan berbuat baik dengan jiran tetangga ialah seperti berikut:

a.Menjaga diri drp buruk sangka terhadap jiran.
b.Memberi pertolongan seperti membantu kerja-kerja berat.
c.Bersimpati dgn kesusahan dan turut gembira di atas kejayaan jiran.
d.Ziarah menziarahi terutama apabila jiran sakit atau ditimpa kesusahan.
e.Menguruskan jenazah ahli jiran serta mengucapkan takziah di atas kematian ahli
kelurga jiran
f.Menanam semangat gotong-royong dan amalan kerja berkumpulan.
g.Menanam semangat ukhwah Islamiah

PERKARA YANG MENGHALANG SEMANGAT KEJIRANAN.

Di antara beberapa perkara sikap negative yg sering menjadi punca kepada terputusnya hubungan semangat kejiranan:

1.Bersikap terlalu individualis
Sikap ini menjadikan seseorang sombong sehingga menimbulkan kemarahan dan
permusuhan yang berpanjangan. Sikap terlalu individu akan menjadikan seseorang
Hidup bersendirian kerana adanya sikap sombong itu..

2.Beranggapan diri mereka saja yang betul.
Sikap ini menjadikan mereka tidak boleh ditegur dan tidak mahu menegur org lain
Ia ditambah dgn fahaman- fahaman yang salah seperti
”JANGAN JAGA TEPI KAIN ORG”
dan seumpamanya. Sikap ini seolah-olah apabila berlaku kesalahan tidak boleh
ditegur langsung, malah apabila berlaku teguran akan berlaku pergaduhan pula.

3.Sikap persaingan yang tidak sihat.
Sikap persaingan yang tidak sihat ini akan melahirkan cemburu dan hasad dengki
yang menimbulkan keadaan tidak harmoni dlm masyarakat.Ia akan melahirkan manusia
yang mementingkan diri sendiri.

Jadi, pastikan anda seorang jiran yang membantu jiran anda agar kehidupan ini dapat dinikmati bersama...

Khamis, 3 Mac 2011

Boss....

Dalam alam pekerjaan pasti ada yang merancang,mentadbir dan juga pelaksana...

Jadi setiap arahan perlu ada sebagai pemangkin dan penggerak sesuatu perancangan...

Oleh itu...Fikirkan lah di mana anda dalam koordinasi alam pekerjaan anda...adakah anda seorang Boss?

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...