Ahad, 20 Februari 2011

Sembang kawan....

Sekejapan masa berlalu pergi, pejam celik masa meninggalkan kita. Semasa berkesempatan meluangkan masa bersembang di kaki lima, banyak agenda kehidupan dapat dihuraikan dan dirumuskan untuk bekalan diri...

Ada sahabat yang katakan "Masa sekarang cepat betul, masa sekolah dulu, lamanya nak tunggu masa dalam setahun"...Mungkin ini perasaan kita atau memang akhir zaman semuanya pantas berlalu.

Seorang lagi sahabat pula katakan "Kalau nak berjaya dalam hidup, perlu ada 'attitude' atau sikap yang tidak menyusahkan orang dan buat apa yang menjadi tugas kita"...Ini adalah kata hikmah yang cukup mendalam bagi kita, kerana dalam kehidupan kita sekarang memang susah nak jadi seorang yang ada sikap tidak menyusahkan orang lain.

Tapi, ada seorang sahabat ni pula katakan "Aku no hal, hobi tetap hobi, 'atleast' ada untung dalam hobi kita, baru seronok walaupun duit banyak keluar"...Memang sekarang semua benda perlu duit, tapi kalau kita dapat tolong orang lain, lagi mulia apa yang kita buat tu.

Seorang lagi katakan "Kalau nak senang dengan pekerjaan kita, ikutlah rentak pengurusan kita macamana, selagi mana tidak bertentangan dengan norma agama dan kehidupan"...Agak sukar bagi mereka yang berhati keras untuk berbuat demikian, tapi bagilah peluang untuk mencuba...!

Akhirnya, seorang sahabat katakan "Susah semasa bercinta, bertunang dan berkahwin tidak sama, macam-macam dugaan yang datang...Orang ketiga ni memang sentiasa ada sebelum kahwin dan selepas kahwin,sehinggakan setiap apa yang dilakukan memang betul-betul mencabar sampaikan otak dah lali dengan keadaan" Tambahan kata sahabat lain "Bila kita dah lalui saat sukar pada awal perkahwinan, dan berjaya tempuhi, insyAllah kita akan lebih yakin menepis masalah akan datang, sedangkan masalah ini juga memang wujud untuk setiap alam perkahwinan walaupun belasan tahun perkahwinan"...Untuk ini, masalah adalah warna-warni yang menghiasi keindahan kehidupan yang disediakan Allah untuk kita, jadi DOA lah agar kita tabah selalu!!!

Walaupun tidak lama di kedai kopi, pelbagai rungkaian dalam kehidupan telah dibicarakan...Ini semua kerana masa itu emas, jika kita mempunyai masa yang diisi dengan baik, ia pasti memberi faedah pada kita...

"Golden hour is most important when all time is up to us for ourlife..."

Tiada ulasan:

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...