1.Keibuan - Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mempunyai ciri-ciri
keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu
membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia
turut memudahkan mereka untuk bermanja.
2.Prihatin dan menghargai - Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman
lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka
dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada
wanita membuat lelaki berasa bangga.
3.Menjaga penampilan - Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa
cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan
wanita mampu menghargai diri.
4.Bijak berbicara - Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki
terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti ini bukan sahaja menjadi
pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil
kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh
menjadi lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.
5.Solehah - Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri
dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak.
Lima sifat lelaki yang disukai wanita :
1.Percaya diri - Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh
wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton
teruskan bermain. Pada masa yang sama cuba bermain sukan lain juga. Cara ini
membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.
2.Lelaki lucu - Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Tetapi
berpatut padan dalam pergaulan. Lelaki yang gemar berjenaka dapat membangkitkan
suasana ceria kepada teman wanitanya terutama apabila dia sedang bersedih.
3.Romantik - Lelaki romantik sentiasa menjadi idaman wanita. Harus diingatkan
bahawa romantik bukan bermakna gatal dan mengada-ngada tetapi bijak mengambil
hati dan pandai berkata-kata untuk mengawal keadaan.
4.Bijak - Lelaki bijak turut menjadi keutamaan wanita sebagai teman istimewa atau
suami. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi penampilan dan cara
membawa diri menjadi perhatian. Selain wajah kacak, hati wanita mudah cair dengan
lelaki yang bijak.
5.Kemas - Lelaki yang kelihatan kemas dan sentiasa berpakaian sedap mata memandang
menjadi pilihan wanita. Kuku turut memainkan peranan penting, jadi pastikan kuku
anda dipotong rapi dan bersih agar wanita yang mendampingi anda tidak lari.
Ayuh…cermin-cerminkan diri anda. Jumpa lagi… Adioss…
1 ulasan:
aku mimpi seorg teman yg dh lama x jumpa, kata org klu kita mimpi org itu mg dia dlm ksusahan @ sakit @ aku rindu pdnya. jd, sedekahkanlah alfatihah untuknya dan surprisely bila aku buka blog ini kau masih ada menghidupkannya.... :P
Catat Ulasan