Rabu, 1 September 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Salam merdeka ke-53! Generasi milenium kini seharusnya peka dalam mengenal erti kemerdekaan dan tidak membiarkan kehidupan mereka sentiasa dalam penjajahan minda yang ditinggalkan penjajah negara kita. Ada debat antara penulis bersama rakan dalam satu majlis perdebatan yang membincangkan "Keuntungan Penjajahan?''. Sebagai pembangkang yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini, alangkah kuat hujah kami dalam menegakkan kebenaran bahawa ruginya penjajahan selama di negara kita. Kenapa begitu? Bayangkan bukan sahaja sumber kekayaan negara kita dirobek, malah sisa penajajahan semakin menular diminda anak muda sehingga kini. Secara halus ideologi yang tertinggal membawa kesan negatif dalam budaya hidup rakyat. Pihak pencadang menyatakan penjajah telah membantu dalam perkembangan teknologi dan permodenan negara. Alangkah cetek pemikiran mereka kerana demikian. Adakah kita lupa, Jepun, Thailand dan negara maju lain yang telah maju dan pesat ekonomi mereka tanpa perlu dijajah? Adakah kita mampu menandingi kehebatan ekonomi dan teknologi mereka waktu ini? Tidak sama sekali, kerana kita hanya sedang menuju ke arah negara maju dan buat ketika ini juga menjadi negara pengguna. 


Oleh itu, anak muda era merdeka perlu memikirkan sesuatu dalam menyahut cabaran negara dalam beberapa aspek;
1. Meneruskan misi wawasan 2020 dengan acuan negara kita sendiri,
2. Memastikan negara dalam sentiasa aman dalam suasana rakyat berbilang kaum,
3. Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam setiap cabang ilmu,
4. Menjauhkan diri daripada budaya barat yang sentiasa negatif,
5. Memantapkan iman dan ilmu agama dalam menangkis anasir hitam,
6. Mengamalkan budaya hidup sihat dan positif dalam tindakan,
7. Menguatkan institusi keluarga sejajar dengan ajaran Islam,
8. Mendoakan kesejahteraan diri, keluarga, jiran dan komuniti,


Hayatilah kemerdekaan negara kita seindah moto atau slogan kemerdekaan yang ke-53...

Tiada ulasan:

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...