Khamis, 4 Mac 2010

Siapa Dulu...?


-Apa yang dimaksudkan 'Siapa Dulu' dalam entri ini banyak maknanya.
-Tiada siapa yang perlu menjadikan ini masalah / isu besar dalam kehidupan.
-Setiap daripada kita, tidak kira jantina ada peranan masing-masing sebagai khalifah dunia.
-Dari azali lagi taat janji telah termeterai antara manusia dengan Maha Pencipta.
-Cuma kadang-kadang kita alpa, dan sering menyalahkan Lelaki / Perempuan / Khunsa.
-Sedangkan mereka itu telah tercipta seadanya, dan tidak perlu dipertikai kelahirannya bagaimana.
-Cuma yang mana kurang perlu dilengkapi antara satu sama lain dalam merealisasikan kehidupan.
-Nah, terbukti sudah tidak perlu ada pertikaian, pergaduhan genre, permusuhan sesama kita.
-Kerana setiap yang wujud ada misi dan visi yang berbeza tetapi mempunyai matlamaT yang sama.
-Iaitu menjadi khalifah yang bertanggungjawab dalam memastikan dunia ini penuh dengan keadilan saksama.

Kesimpulannya :

1."JANGAN HANYA MAMPU MENILAI ORANG LAIN JIKA DIA TIDAK SEKUFU DENGAN KITA, TETAPI BERSAMALAH MEMAHAMI UNTUK MERCU KEHIDUPAN YANG HARMONI."

2."PERISTIWA LALU ADALAH MIMPI HARI INI ADALAH REALITI DAN ESOK ADALAH HARAPAN INDAH, BAGI MEREKA YANG MENGERTI APA ERTI CIPTAAN MEREKA DI MUKA BUMI INI."

Tiada ulasan:

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...