Rabu, 10 Februari 2010

Akhirnya...

Akhirnya...

Setelah beberapa hari meminta pengunjung Ilhamkuabadi memberi cadangan mengenai kepentingan kereta atau rumah sendiri sebelum perkahwinan, hasilnya kereta sendiri lebih utama sebelum perkahwinan...

Hujah 1: Kenapa kereta sendiri lebih utama?

Jawapan : Nak berkeluarga ada kereta sendiri lebih mudah dan mampu dimiliki untuk menjadi keperluan buat pasangan yang baru berkahwin.

Hujah 2: Untuk apa ada kereta, rumah tiada?

Jawapan : Kenderaan sendiri lebih selesa untuk bergerak dan membantu urusan harian bersama.

Hujah 3: Bukankah bagus ada rumah baru cari orang rumah?

Jawapan: Dalam kehidupan serba duit, kos terlalu tinggi untuk pasangan yang baru berkahwin,memadai ada rumah sewa dahulu sebelum mempunyai rumah sendiri.

Fikir jangkamasa panjang dan tidak perlu memikirkan apa yang belum mampu dilaksanakan. Jika sudah berkemampuan, sudah pasti semua perkara dapat dilengkapi. Jadi, hasil pengundian ini sekurangnya dapat memberi sedikit gambaran apa yang perlu dan apa yang tidak perlu sebelum berkahwin...

Kereta sendiri?


Ruma sendiri?



Ketika mengulas kelebihan perkahwinan ini, Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadis sahih:



"عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : قَالَ رَسَوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "تَزَوَّجُوا النِّسَاءَ فَإِنَّهُنَّ يَأْتِيْنَكُمْ بِالْمَالِ".


Maksudnya: Dari Aisyah Radiallahu-Anha, Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Berkahwinlah kamu, kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta".


(Riwayat Al-Imam Al-Bazzar)


2 ulasan:

Villa Qaseh berkata...

saya setuju! tp tak jugak kot..sebab rumah harga dia makin lama makin mahal,,tp kereta..kalo suami dah ada..isteri xyah la kot...
erm..kalo baru kawen,,,xpela kot dok umah sewa dulu...kumpul brg2 rumah..t senang..terus bawak masuk rumah baru je kan...pelan2 kayuh yerr

G-han berkata...

Pd pandangan sy plak....kereta takde pun takpe....tp rumah mesti kena ada....Bg bakal-bakal yang ingin mendirikan rumah tangga,bersedia dengan mempunyai sebuah rumah.....itu yang penting....sekarang kan zaman dan moden dan banyak pembiayaan peribadi telah dianjurkan oleh bank-bank....so,why not kita prepare kehendak yang paling penting....Kalo takde kereta pun kita masih mempunyai kemudahan awam yang lain.tapi rumah tak...Dengan zaman yang mengejar kemewahan,dan kos ekonomi yang tinggi....lebih baik beli rumah dari sewa rumah....Kalo sewa kita kena bayar dlm lingkungan RM300 - RM500 sebulan.Tp rumah sewa ttp bukan akan jadi hak kekal kita...So,adalah lebih baik dengan berhutang dgn Bank utk beli rumah....TP akhirnya.....rumah milik kita.....

PERSONA PERANGAI

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera... Satu ketika nanti, pasti dunia ini akan dihancurkan, Setelah fasa-fasa kehidupan seorang i...