KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari tahun depan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun diwajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan.
Kini terdapat 2.7 juta kenderaan penumpang berusia lebih 10 tahun di jalan raya. Berbanding negara lain, Malaysia memiliki kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia kenderaan yang tinggi.
credit:bharian.com.my Kereta 15 tahun masuk Puspakom-Posted on the October 29th, 2009
Mean of Old School by Urban Dictionary:
Anything that refers to a previous generation of a subject/idea/object/etc. Typically, they are highly regarded and sometimes the very thing that started it all.
Dalam bahasa Melayu adalah sesuatu perkara atau barangan yang boleh dianggap sebagai generasi yang terawal / tradisional / lama dan menggambarkan sudah ada pengganti yang baru.
Berkaitan dengan isu baru-baru ini menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia, di mana cadangan pihak kerajaan untuk mewajibkan kenderaan berusia 15 tahun ke atas menjalani peperiksaan di Puspakom, telah mengundang pelbagai reaksi pro dan kontra. Akhirnya kehendak rakyat telah menjadi pilihan kerajaan untuk mempertimbangkan semula dengan pembatalan cadangan ini.
Pendapat yang boleh dilontarkan:
Perkara ini, adalah satu langkah bijak bagi sesebuah negara yang sedang dalam proses kemajuan kerana selain dapat memastikan setiap kenderaan pengguna berfungsi dalam keadaan baik dan mengikut piawaian keselamatan, ia juga dapat meningkatkan industri automotif negara secara tidak langsungnya.
Selain itu, pelbagai masalah termasuklah isu pelupusan yang kurang dan peningkatan usia kenderaan dapat di atasi dengan baik jika langkah perlaksaan ini diambil.
Namun, sebelum langkah ini diambil haruslah didahulukan dengan pelbagai langkah, kajian untuk tempoh masa yang panjang selain memantapkan industri negara.
Kenapa?
Langkah drastik ini akan memberi kesan kepada pengguna yang terlibat, dari segi ekonomi dan akan memberikan sedikit tekanan kepada mereka yang tidak berkemampuan. Walaupun boleh diberi bayaran minimum, dalam cuaca ekonomi sekarang ia akan menambahkan bebanan kepada semua pengguna. Lambakan kereta berusia ini tidak semestinya sudah tidak mampu berfungsi dengan baik jika penggunanya seorang yang cermat dan teliti. Faktor keselamatan dan penggunaan adalah subjetif, tidak boleh dijadikan ukuran untuk semua.
Proses jangkamasa pendek?
1.Kerajaan bolehlah memberi galakkan kepada pengguna dengan memberi sedikit promosi agar rakyat membiasakan diri membuat pemeriksaan di Puspakom. Dengan ini, mereka dapat moral untuk memastikan kenderaan mereka selamat dan tiada tekanan jika sesuatu cadangan diusulkan pada masa akan datang.
2.Mantapkan industri automotif negara dengan piawaian / kualiti yang baik samada pengeluaran kereta tempatan mahupun kereta import.
3.Membuat akta kawalan kereta negara / import agar harganya mampu milik oleh semua rakyat.
4.Menggunakan akta sedia ada dalam penguatkuasaan kenderaan di atas jalan raya.
Proses jangkamasa panjang?
1.Memberikan baucer / insentif kepada pengguna setiap kali membuat pemeriksaan Puspakom agar dapat menarik minat dengan rela hati.
2.Menggubal akta pelupusan negara agar setiap kenderaan yang dilupuskan, benar-benar lupus dan tidak ada penyelewengan yang timbul.
3.Meningkatkan kawalan produktiviti dan kualiti setiap kenderaan yang akan dijual kepada pengguna.
4.Penyelarasan cukai import kenderaan luar agar tidak terlalu tinggi jika masuk ke dalam negara.
Kesimpulan:
Apa sekalipun tindakan yang diambil oleh kerajaan perlulah 'win-win situation' agar rakyat mendapat faedah tanpa tekanan dan kerajaan juga mendapat melaksanakan satu sistem yang bersistematik dalam memacu kemajuan negara kita.Sesuatu perkara itu mudah dicadangkan tapi haruslah memikirkan kesan positif dan negatif, jangkasama panjang serta jangkamasa pendek.Tindakan terburu-buru akan mengundang risiko yang tidak dijangka.
Pandangan daripada seorang rakyat terlibat dengan penggunaan 'Old School Car'...:)
Perjalanan hidup ini tidak mudah yang disangka. Merintis kemungkinan, namun segalanya tetap ada hikmahnya dan segalanya datang daripada Yang Maha Esa...Yakin dan Percayalah... اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
A.i
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...
-
"Bergerak merupakan perjuangan yang besar dalam memperoleh nasib baik." " Janganlah sekali-kali engkau bergantung pada takdi...
-
Banyak pendapat mengatakan MANUSIA dan INSAN adalah perumpamaan yang sama... Namun tanggapan ini adalah kurang tepat... Kerana WATAK dan P...
-
Assalamualaikum wbt Dan salam sejahtera.. Pokok Buluh Cina ditanam selepas tanah disediakan, dan bagi empat tahun pertama, semua perkem...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan