Isnin, 6 Julai 2009

Selalu yang terjadi...

CINTA : (sebelum kahwin)

C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama


(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH : (sebelum kahwin)


K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.


(selepas kahwin)

K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.


SAYANG : (sebelum kahwin)


S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.


(selepas kahwin)


S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.


HATI : (sebelum kahwin)


H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.


(selepas kahwin)

H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?


tetapi yg seharusnya ialah...


C- Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, terbatas
I- Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N- Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T- Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A- Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.


K- Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A- Akad dilafaz cinta berbunga
S- Suami disanjung-tinggi
I- Isteri disayangi
H- Harumlah kasih sepanjang zaman


S- Sayangkan Isteri kasihkan suami
A- Ada masalah, dibincangkan bersama
Y- Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A- Amalkan hidup bertoleransi
N- Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G- Gaduh sesekali tu perkara biasa

H- Hati suami mesti dijaga
A- Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T- Tanggung-jawab dipikul bersama
I- Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Setiap insan dah termaktub bahagian masing-masing dalam kehidupan ini...Baik datangnya dari Yang Maha Esa,dan yang buruk datangnya dari diri sendiri.Kenapa setiap pasangan perlu memikirkan sesuatu yang tidak rasional semasa ada perselisihan faham? Kerana setan yang punya angkara.Dalam perhubungan perlukan satu ikatan konkrit yang tak mudah goyah...Doa sebagai pendinding...Percayalah setiap niat untuk membina masjid impian,tiada yang buruk selain kebaikan Illahi semata...Sukar untuk digambarkan sesuatu yang indah,andai tidak tahu bersyukur apa yang ada...Yakinlah,optimis dan pegang pada tali janji,dan selalu positif dalam perhubungan.
Always doa,if u forget it....,hmm..sorry...Wallahualam

3 ulasan:

Unknown berkata...

entry yg menarikk

ilham berkata...

Untuk renungan bersama....Kadang-kadang tak jadi pada kita,tapi ada orang disekeliling yang merasa.Masing-masing punya nasib,tak nampak...

Tanpa Nama berkata...

WOW!!!

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...